Monday, April 18, 2011

Darat Ok, Air Ok, Udara KO...

Jumaat minggu lepas, malam, naik Maraliner menuju ke Kuala Perlis.
Nak ke Langkawi, berpoya-poya dengan kawan-kawan.
Bas sangat selesa. Tambang pun ok, RM42.80, KL-Kuala Perlis.

Sabtu pagi, naik feri untuk ke Langkawi.
Tambang RM18 seorang.
Dalam feri pun selesa dan pemandangan juga cantik.

Dan semalam, Ahad, kenalah balik sebab Isnin keje.
Lagipun rasanya dah puas ronda satu pulau.

Untuk balik ke KL kami naik MAS,ekonomi kelas saja :D
Kami sepatutnya berlepas pukul 9.40malam tapi tiba-tiba pengumuman dibuat mengatakan
penerbangan ditunda ke pukul 11.45malam.

Wah! Masing-masing dah geleng kepala. Pukul berapa nak sampai KL ni.

Dan tepat pukul 12.50pagi ke malam nak sebut tu, kami jejak kaki ke KLIA.

Dan tetiba rasa sangat sakit hati bila terpaksa membayar RM134 untuk Airport Teksi
 kerana sudah melebihi angka 12malam. Mereka terpaksa kenakan bayaran berganda.

Bukan salah kami, kenapa pulak kami yang terpaksa menanggungnya? :C

Berhati-hati pilih waktu penerbangan kerana kata mereka yang menunggu bersama kami semalam, selalu terjadi perkara sebegini.

Hari ni rasa mengantuk sangat di ofis sebab sampai ke rumah pun dah pukul 2.30 pagi Isnin

15 comments:

  1. tu la..ko tak bagi pakcik driver tu coklat dari langkawi, pahtu kenyit² mata skit, dptlah naik taxi free.hehe

    ReplyDelete
  2. sebab tu taknak amik risiko book flight malam...

    selalu sangat flight delay..

    ReplyDelete
  3. wah balik bercuti terus naik keja eh? ~

    ReplyDelete
  4. Nape tak balik naik Bentley dari KLIA?

    ReplyDelete
  5. Tuhlah ko kena book sorang pakwe lah camtu sure dia free ek ambik ko ;) ko beli apa kat langkawi nie?

    ReplyDelete
  6. pehhhh jalan2 ada beli cekelat x utk aku?

    ReplyDelete
  7. tak jawab komen nih... tidor yek...?




    .

    ReplyDelete
  8. nak angin langkawi jugak. tak kira.

    eh.

    ReplyDelete
  9. ahad mlm tu mmg byk flight delay kot...


    biasa2 kan la flight delay ni yer..


    er...er...








    kulit ada tukar kaler x?

    ReplyDelete
  10. 'kami' = ramai ...
    kami share je lah 134 tu..

    ReplyDelete
  11. penyu,
    bayar kat kaunter. tak guna aku kenyit mata kat pakcik tu :P

    mrs.azmi,
    airasia ngan firefly ok pulak, hish.

    manje,
    bukan bos :P

    ReplyDelete
  12. azrina,
    musim hujan tu lagilah flite suka delay :P

    yb,
    minyak habis :P

    iina,
    tolonglah cari org glasgow utk aku :P

    lilies,
    harga cekelat lebih kurang KL je aku rasa.

    tasek,
    tido2 ayam :p

    ReplyDelete
  13. alis,
    angin mahsuri? :P

    zonaku,
    dah rasa mcm negro :P

    dr.singa,
    kami lain arah tujuan :P

    ReplyDelete
  14. Kuat sgt makan minyak ke Bentley tu?

    ReplyDelete