Dia cakap mahu datang ke rumah beraya
Kami cakap datang sajalah, rumah sentiasa terbuka
Tapi malam2 rumah kena kunci dan mangga
Takut masuk jembalang atau puaka :P
Dia bukan mahu beraya sebenarnya
Tapi mahu bercerita mengurangkan beban derita
Mahu berkongsi dukalara
Mahu menumpang bahu meyandar kepala untuk seketika
Ceritanya.
2 hari sebelum ramadan, dia sekeluarga pulang ke kampung menjenguk orangtua dan saudara mara.
Ketika dalam perjalanan pulang ke KL, mereka ditimpa kemalangan, dan salah seorang anaknya
meninggal dunia beberapa jam setelah sampai di hospital.
Dia tersepit di tempat duduk pemandu, mengalami kecederaan yang teruk dibahagian tangan, kaki, paha dan punggungnya terpaksa dimasukkan beberapa batang besi penyokong.
Setelah menjalani beberapa pembedahan, dia dibenarkan pulang ke rumah dan doktor memberi masa 6 bulan untuk dia dapat berjalan semula. Tapi, dengan kuasa Tuhan, dengan keazaman yang dia ada, tak sampai 2 bulan dia dapat berjalan walaupun agak lambat dan terpaksa menggunakan tongkat.
"Tak sangka abang dapat berjalan secepat ini, abang memang kuat".
"Alhamdulillah, berkat doa semua.Kamu tau kenapa abang nak cepat2 jalan?".
"Kenapa?".
"Sebab abang nak ziarah pusara anak abang. Masa hari pengkebumiannya abang sedang dibedah,
dan sekarang abang dah sihat sikit baru boleh ziarah dia. Dan abang pasti dia akan senyum tengok
abang jalan terkedek-kedek dengan tongkat".
Argghhh! Kami hanya mampu tahan sebak di dada.
moga anaknya ditempatkan di kalangan orang2 y beriman....
ReplyDeletetabahlah!
eh..sedih plak cerita ko kali ni juliet
ReplyDeletehuwaaaaaaaaaaaaaaaa....ko ni..takmolah buat citer sedih mcm ni..mate aku dah panas2 ni..
ReplyDeletedah la dgn mood skrg ni tak bape nk baik..huwaaaaaaa...takmo2...
.
.
.
hati tgh berbolak balik..doakn kekuatan utk aku..:(
tak dpt nak bayangkan kehilangan anak yg dah besar..saya mati nak semasa lahir pun sampai sekarang teringat-ingat..
ReplyDelete...............ahhh, sesekali Nyuliet buat cerita sedih, berbekas hingga ke dasar hati.
ReplyDeleteSedih wei!
N3 ko kali ni buat aku sedih weihhh..
ReplyDeleteUtk bg aku hepi semula ko kena kasi duit raya :p
itulah gunanya ada sedara rakan yang memahami, berikanlah sokongan biarpun hanya senyuman
ReplyDeletemungkin ada penyesalan dan rasa bersalah dalam hati...
ReplyDeleteSalam my fren..memang tabah dan kuat hatinya..tsedu seketika. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang ada di lubuk hatinya kan..
ReplyDeleteAnyway..lama x jenguk umah ko ne..tmbh cantik..simple n sedap mata memandang..salam Aidilfitri..maaf zahir & batin yer kawan..0-0..??
aku taf tau...
ReplyDeletetapi kenapa mata aku panas dan ada air ni..???
masuk habuk kot....
Semoga dia juga terus kuat untuk mengharungi kehidupan.. dan aku doakan ko ku sentiasa kuat dan sihat utk belanja aku chicken shop lagik ahaks
ReplyDeleteentri ni patut diketengahkan pada bapa² yg suka bawak kete laju ketika bawa famili. pagi tadi pun aku nampak satu myvi bawak laju.dalam kete tu ada anak dia,bini dia.isk..isk..
ReplyDeletekdg2 kan babe, kita bawak sopan.. org langgar kita.... apatah lagi kalu kita bawak xsupan...
ReplyDeletehuhuhuh...
dua hari lepas aku drive keta atas jalan yg penuh dgn otak orang... eksiden moto n lori... ngerissss
zonaku,
ReplyDeletesama2 kita doakan
ita,
sedih,pilu,sayu.
asleenda,
aku sentiasa doakan yg baik2 utk kawan :P
hamizah,
ReplyDeletemasa bercerita pon dia dok lap airmata
cklah,
terimakasih kerana turut merasa
lilies,
ReplyDeleteaku pantang bagi duit raya kat org dah besar, takut jatuh susuk,ehehehe
maksu,
ReplyDeletebetul maksu
one,
rasa bersalah sebab anak dia taknak balik lagi, tapi dia berkeras juga
tulip,
ReplyDeletesinggahlah selalu kalo suka :P
drsinga,
letak eyemo, takpun permata hijrah,ehehehe
iina,
ReplyDeletetem raya kedai tutup, nanti kita pekena tomyam perahu pecah sambil bersila :P
penyu,
ReplyDeleteaku harap grenlivina yg laju giler semalam bukan penyu ye :P
konpius,
ReplyDeletekena redha sajalah kan.
ngerinya jln atas otak org,mintak dijauhkan.