Wednesday, October 14, 2009

Berkesan juga

Anak buah berusia 6 bulan kena demam campak. Habis satu badan naik biji2 merah dan dia akan tenyeh mukanya ke bantal, gatal agaknya.

Petua orang tua, kalau kena demam campak jangan di mandikan budak tu. Cukup hanya dengan lap sahaja badannya dengan air suam. Kalau dimandikan bimbang campak tu tak keluar habis dan ini boleh menyebabkan budak demam berlanjutan sehingga kekadang makan masa berminggu-minggu untuk sihat semula. Tapi kenalah jumpa doktor dulu untuk pastikan sama ada budak tu kena campak atau penyakit lain.

Dalam masa 2-3hari campak tu akan keluar sampai ke tapak kaki. Bila dah pasti campak tu dah keluar semua, kena mandikan budak dengan air kelapa muda. Cukup sebiji sahaja. Semalam aku beli kelapa muda ditepi jalan harganya RM2.50 sebiji. Balik rumah ayah belah kelapa tu dan ambik airnya, dapatlah setengah jag. Bagi minum kat baby 2-3sudu, dan yang lebih tu digunakan untuk mandikan baby.

Lepas mandikan dengan air kelapa, badan baby tak perlu dilap dengan tuala, biarkan air kelapa tu kering sendiri dibadannya. Setelah air kelapa tu kering, barulah badan baby di bilas dengan air biasa.

Esoknya baby hendaklah dimandikan dengan air yang telah dicampurkan dengan daun bambu. Adik2 tak kenal daun bambu? Tanyalah kat sesapa ye, kat KL ni banyak daun bambu. Ramas daun bambu dalam sebaldi air dan mandikanlah baby tu.

Menjadi petua ni, kepada adik2 semua, Selamat Mencuba Kak Juliet ucapkan.



28 comments:

  1. ish!
    ni yg tetiba nak jadi raksasa giget budak nih!

    ReplyDelete
  2. Ye kak juliet...dulu masa aku kena demam campak pun mandi air daun bambu gak...air kelapa tu minum je...tak cukup nk buat mandian...pastu aku sapu calamine lotion kat Cik Ayang...Cik Ayang sapu kat aku...ko jgn jeles k!

    ReplyDelete
  3. salam kak juliet..

    kesiannya baby tu..

    apapun bagus petua ni..
    nak nak zaman ni ramai yang tak tahu..

    nak kata apa..semuanya segera..

    :-)

    ReplyDelete
  4. Betul ke petua ko ni? setahu aku minumkan air kelapa tu biar cepat keluar campak tu.

    Kalau ko nak kelapa muda kat surau tempat aku tu ada. Silalah panjat sendiri setelah mendapat kebenaran AJK surau hehehe

    ReplyDelete
  5. salam... terima kasih kak juliet adik baru tahu petua mandikan dengan air daun bambu ni nnti adikcuba yerr.

    ReplyDelete
  6. kak juliet, kalau biarkan air kelapa tu kering kat badan, semut x hurung ke?

    ReplyDelete
  7. agak advance sedikit petua ko ni.setahu aku sama cam yb cakap tu.berdasarkan pengalaman anak aku,aku hantor je ke klinik.2,3 hari baik aa.

    ReplyDelete
  8. aku guna petua ni gak tp without daun bambu...tu psl skrg aku x kenal daun bambu...hehehe...mak abah aku dok kasi air kelapa muda...kuar cepat campaknya abih pun cpt baik pun cpt...huhu

    ReplyDelete
  9. wahh!! tetibe jek aku rasa cam dlm rncgn bersama kak yong.
    eerrr.. daun bambu tu bkn daun pokok buluh ke??
    bambu ke.. semambu??
    aiyak!!! haku kelirrew...

    ReplyDelete
  10. Comel ekkkk anak buah ko,sayang.
    Aku nak pinjam 8 tahun, boleh ke??
    Huhuhuhu....

    ReplyDelete
  11. putu bambu leh pakai x he...23x oh ade tips di sini ek

    gurau je...

    elok la bnde tue kuar mase kecik2..dah besar nnt sonang... tpjgn la kuar mase baby2...sian dorg... xenjoy jd baby lagi

    out of topic--> mak2 pun penampilan kne jaga...baru la si suami xcarik member anak sendiri he...23x

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  12. kat sebelah umah akak ada pokok bambu..sgt laku, org India suka ambik daun dia buat sembahyang..

    ReplyDelete
  13. out of topic--> arghhh.... yup mmg betul die lebih alim dalam keluarga ini...dah ade sorg imam besar dah dalam adik beradik. So xperlu riso

    ReplyDelete
  14. llllaaa... maksu ni, belikan air kelapa utk anak2.... kunun nak beri minum. tapi depa tak nak, last-last maksu yang minum.

    ReplyDelete
  15. jangan dicampak budak tu udah la...banyak dah kes bayi-bayi dicampak.

    ReplyDelete
  16. comeyyy nyerrr baby ni..
    kalau ngn dalia...dah lame dalia cubit2 pipi dia...:)
    semoga cpt smbuh....

    ReplyDelete
  17. dia kena campak kecik ke campak beso?

    ReplyDelete
  18. kalau org tua kena buat cengitu gak ke?

    ReplyDelete
  19. kak saya nak petua bagaimana mahu menghalau lalat dan tikus yg berada di dalam rumah pakcik ajis.
    sekian.

    selamat menjawab :)

    ReplyDelete
  20. julietchun,

    betul tu... daun bambu tuk hilangkan gatal dek kerana demam campak. org dewasa pun boleh pakai. blender aje..

    15 tahun dulu suami k zan cari daun bambu dgn cara curi dari rumah kawan dia yg berbangsa india. tak boleh minta... lepas ambik 2-3 tangkai, ditinggalkannya 50 sen.

    klu skrg... jika tinggal ditaman perumahan... cuma lihat pokok yg ditanam tepi jalan... kbnykkan pokok bambu.

    some ank buah ju..

    ReplyDelete
  21. juliet...petua org tua2 dulu mmg cepat berkesan...mudah diperolehi di sekitar rumah...tak yah ke klinik

    ReplyDelete
  22. hepi depavali..

    " தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

    pecah kaca pecah gelas. lepas baca harap balas...wakakaka!!!

    ReplyDelete
  23. info tentang demam campak kat sini - Demam Campak Berjangkit.

    Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

    ReplyDelete
  24. Mungilnya bibir anak buah cik julet ni...mesti wangi baunya....







    UWWWWaaaaaaa...rindu nak gomol baby!
    Dr Fadzilah Kamsah kata, memeluk baby satu bentuk terapi melegakan tekanan.......

    Err...eh,cerita pasal campak tadi ehh?

    ReplyDelete
  25. Kak Long pun pernah gunakan daun bambu ni...
    Tapi daun ni biasanya orang India suka tanam.

    ReplyDelete
  26. daun bambu dgn daun jambu sama tak kak juliet...?

    he he.

    :P

    ReplyDelete