Thursday, August 6, 2009

Kerja senang

Pagi tadi aku pegi ke Jabatan A (Jabatan Kerajaan) untuk satu urusan. Bila tunjuk dokumen, aku diarahkan ke tingkat 10.

Situasi tingkat 10.

Staff lelaki seronok berborak, ada yang menyanyi-nyanyi,ada yang sedang berbalas sms sambil tersenyum-senyum.

Staff wanita pula sedang sibuk meneliti jahitan manik pada baju dan memberi komen sambil bergelak ketawa.

Aku tengok angka yang tertulis di pintu, 10. Betulkah pejabat? Aku merapati mereka, menunjukkan dokumen, dan dengan sambil lewa mereka suruh aku ke tingkat 11, kerana pegawai yang bertugas kini sedang berkursus.

Aku ke tingkat 11. Situasinya lebih kurang sama dengan tingkat 10. Staff lelaki sibuk bercakap pung,pang,pung,pang. Staff wanitanya pula sibuk bercerita persiapan puasa dan raya. Aku merapati mereka, tunjuk dokumen,dengan sambil lewa mereka mengatakan tiada pegawai pada hari itu kerana pegawai pergi KMK (kawalan mutu kerja) di Putrajaya. Mereka suruh aku pergi ke bandar A jika mahu urusan itu selesai pada hari ini juga.

Aku tengok jam, dah melangkaui angka 10, maksudnya waktu bekerja sudah lama bermula tapi kenapa aku tengok mereka semua masih relax2, , macam tunggu nak punch card balik je. 2-3orang bangsa asing yang sama berurusan dengan aku menunjukkan muka terkejut dengan layanan yang diterima. Aku dah beberapa kali berurusan di sini, caranya masih sama, sambil lewa dan tidak menghormati tetamu. Bila agaknya nak berubah?

13 comments:

  1. lenkali ko dtg buat gaya bos2 beso skit...biar terkujat semua makhluk2 itu

    ReplyDelete
  2. patut a ramai berebut2 nk keje gomen.

    keje goyang buah je~

    pung pang pung pang
    tp bulan2 tak miss.
    siap ada bonus wajib tiap2 thn~

    untung la ye~

    ReplyDelete
  3. Errr...

    Patutnya dorang ni yg kena ISA..

    ReplyDelete
  4. aku pun kakitangan kerajaan tapi xsemua keje gomen begitu.. patut buat aduan jek tuh.. xde kaunter pengaduan ke juliet? idak pun website kerajaan tuh.. hantar jek email atau komen.. selalu kalau aku jumpa kakitangan kerajaan begini.. aku sound gak.. ckp aku pun kakitangan kerajaan juga.. jgnlah buat malu begini.. kerja tuh kan amanah.. silap2 leh hantar kat suratkhabar nie..

    ReplyDelete
  5. ...kalau jadi cikgu...jangan haraplah nak buat perangai begitu....

    Lewat sikit..ketua kelas dah menurut...
    Tak pun...pengetua tunggu dalam kelas.....


    Err...di sekolah ckLah lah....
    Tempat lain tak tau...

    dan syukurlah...kerana aku jadi cikgu...

    ReplyDelete
  6. hohohho.. bukan sume gomen gitu..

    aku cadangkan ko wat komplen, kdg2 dorg nih boleh di anto emel, nak lagi best, ko anto paper...

    muahahhaha...

    xsme gomen pemalas, dan pengulor, xsme org prebet rajin n xngulor... :)\P

    ReplyDelete
  7. y keje kat gomen... bila buat aduan, adakah akan diambil tindakan sewajarnya?????
    aku takut sekadar jadi statistik jer..

    x la aku kata private hebat.. tp if ko buat bising² lat private, ko akan dilayan cam raja gak la...

    ReplyDelete
  8. sepatutnya tiap pejabat kena pasang cctv. Apasal ko tak amek je gambar diorang. hantar kat metro ke kosmo ke. mesti dorang glemer.

    ReplyDelete
  9. tk mau komen lah..kang ada plak org gomen terasa..
    tp itulah hakiki..siapa yg pernah berurusan & terkena..sendiri tau lah beb..tata

    ReplyDelete
  10. lilies,
    pakai seksi skit ye,ekekeke

    mugi,
    dah byk gak yg berubah

    yan,
    zalim sangat tu,kekekeke

    iina,
    tak semua keje gomen gini,tapi jabatan yg satu ni memang tak berubah, heran sungguh aku.

    ckLah,
    masa cuti pun kena bertugas

    konpius,
    betul tu. aku memang selalu berurusan ngan gomen, dah bagus cara keje dorang skang ni. Memang ramai gak yg keje private ngulor, cam aku kot,hehehehe.

    zonaku,
    aku sokong.

    kakpah,
    anggap saja semalam hari malang saya ;C

    ita,
    lu pikir sendiri kan

    ReplyDelete
  11. sakit hati bila keadaan kita mcm bola dibuatnye..

    ingat org suke hati dan senang lenang nak datang sana buat urusan agaknye..kalau tak penting takkan aku datang..

    wah aku plak emosi ni..hehehe..

    ReplyDelete
  12. kasi repot sama Najib. Ko letak nama ko sebagai Altantuya Sharibu. Mesti ada tindakan nanti.

    ReplyDelete
  13. Itu baru 1 pajabat, belum lagi 1 Malaysia! ;D

    ReplyDelete