Wednesday, May 20, 2009

Sekilas ikan di air

Dalam suratkhabar semalam ada berita mengenai seorang remaja perempuan,Zahra Mosaumah Abd Halim,18tahun, akan berenang merentasi Selat Inggeris pada Julai depan dengan memakai "PAKAIAN RENANG YG MENUTUP AURAT SEPENUHNYA". Syabas.





Teringat cerita aku dan kengkawan lebih kurang 3tahun lepas. Kami pergi bercuti ke Cherating, menginap kat Swiss In. Naik bas ekspress KL-Kuantan kat Puduraya. Perjalanan lebih kurang 4jam, sampai kat stesen bas Kuantan ambik teksi untuk ke Swiss In,dalam 10minit je.





Masuk je bilik hotel terus tukar baju sebab semua dah kepanasan dalam perjalanan tadi.Kami pakai tracksuit ngan t-shirt, pakaian rasmi nak mandi pantai dan mandi kolam. Kami serbu pantai dulu, orang KL dapat mandi pantai mula lupa diri. Puas berendam dalam air masin kami pun tuju ke kolam renang.





"Gedebuss!!! kami terjun dalam kolam. Yihaaaaaaa!!! Tetiba..Prettttttt!!!!!! Adik-adik sana tu tolong naik, tukar pakaian renang dulu ye". Arahan dari lifeguard yg dok kat atas bangku tinggi . "Pakaian renang?", kami pandang muka lifeguard tu. Tak bawak la pulak sebab dah banyak hotel yang kami pergi takde sapa pun kisah kami nak pakai apa masa mandi tu.





Kami kecewa, takkan nak pakai pakaian renang dan mandi bersama dengan lelaki yang pasti akan nampak susuk tubuh kami. Oh tidak!!! Patutlah aku tengok ramai kaum hawa hanya duduk memerhati dari jauh anak2 bermain air.





Aku tak selesa nak pakai pakaian renang kalau ada lelaki, takut menambah dosa mereka,kekekkee. Hari tu masa jenjalan kat shopping mall ada nampak baju renang muslimah, harganya mahal gak, jom kita cuba.

26 comments:

  1. errrkkkk...

    aku pun pernah terkena...

    adakah aku yg bersama2 engko 3 tahun lepas itu??
    hikkksss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    mmg tak patut kan??
    tapi.... utk keselamatan kot.. biar lebih ringan.. hikhikhik...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    skrg ni, klu nak mandi pool, aku baca betul2 arahannya.. malu siot.. kena preeetttt kat lifeguard

    ReplyDelete
  2. sebenarnya lifeguard tu terlampau lurus bendul. Kalau pakai baju renang tapi tak tau nak berenang tak guna juga kan..

    banayak hotel dan pool kat malaysia ni tak mesra muslimah...
    apa nak takut, lifeguard ada kalau tak dia tak de kaja pulak

    ReplyDelete
  3. pulak...biasa ok je kan..xpe ntah2 lifeguard tu tingin tgk kome pakai seksiiiii kot hihihi

    ReplyDelete
  4. unifom renang aku pun sama cam ko. tshirt + tracksuit. aku rasa.. bkn unifom kite jek. malah rata-rata kaum pompuan mesia, itu la unifomnya.
    pakaian renang yg tak cukup tutup pun mahal, apatah lg yg fully tutup. mmg mahal. tp chantek gak....

    ReplyDelete
  5. 3 tahun yg lalu...wuitt!!! aku rasa aku ada sama la masa tu. bukan ko ke yg terkencing dalam kolam tu. tu pasal kena sergah lifeguard tu.

    ReplyDelete
  6. Aku penah cuba baju renang cam tu.....tutup sampai kepala. TAPI, anak aku cakap mcm cicak man..terus tak jadik aku nak pamerkan dirik!!

    p/s tak banyak hotel yg izinkan mandi dengan seluar trek mcm ko tu. Paling2 pun dia nak t shirt putih dan sluar putih gak... Pepandai la ko kautim ngan mamat jaga garisan tu! (asik nk preeet jek!)

    ReplyDelete
  7. tu la kan? saja jer nak tengok kita pakai 2 pises tu...

    ReplyDelete
  8. kts,
    dorang sebenarnya takut tgk cara kita berenang, ala2 michael phelps,kekekeke.err..ko knl Phelps tu?

    shimi,
    juga tak mesra pengguna :D

    lilies,
    3tahun lepas aku mmg seksi, skang ni seksa beb,ekekekke

    kakngah,
    fully tutup dkt RM300.00,pehhh, pening,kekekke

    OneZ,
    ko la yg kena tangkap skodeng org tengah tukar baju tu yer,kekkekeke.

    ReplyDelete
  9. yan,
    kawan aku cakap cam katak pisang,ekekekekke

    jah,
    kang kita pakai 2pises dorang tak buleh buat keje plak,kakakaka.

    ReplyDelete
  10. aya lifeguard tu pun mau cuci mata gak....

    ReplyDelete
  11. mesti lifeguard tu lelaki kan?kan? hehe..

    skang ni dah banyak org jual baju renang muslimah online.macam² fesyen. tanya je pakcik gugel tu.

    ReplyDelete
  12. kuina,
    agaknyalah kot

    penyu,
    ada aku tgk aritu kat sogo.

    ReplyDelete
  13. tak mesra alam tul guard ni. tkpun gatai nk preeett-preeet je keja.

    ReplyDelete
  14. maksu tetap takkan beli pakaian renang muslimah tu.... sebab diri ini sangat seksi dan seksa, auuwwww.

    ReplyDelete
  15. Aku tengok pakaian renang muslimah tu pun ketat metat jugak. Baik pakai seluar trek je ngan tshirt labuh. Terjamin. Tu pun bila dah kena air melekat-lekat kat badan.

    ReplyDelete
  16. lifeguard kat situ bukan setakat korang aje kena preet preet. Haikal berenang pakai baju pun dia suruh buka. Kami ke sana lebih kurang 3 tahun lepas jugak.

    Lepas tu dah tak nak ke hotel tu lagi sebab banyak songeh kalau nak berenang.

    ReplyDelete
  17. ye..pakaian renang muslimah sudah byk di jual skrg.
    tapi mahai, aku tk mmpu beli. lebih baik aku renang pakai kain batik aje..

    ReplyDelete
  18. aku tgk pakaian renang muslimah tuhpon bleh tahan gak ketatnye.. keh3...

    err... mgkin ak salah

    ReplyDelete
  19. kak jie ade pakaian muslimah tu..beli kt indonesia..mahal le ...mmg mahal pun

    tapi
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    tak sanggup nak pakai depan public
    ketat nampak bagai2 tu..eeee

    ....dia ade skirt siap2 sampai paras lutut


    kak jie pakai gak t-shirt beso kat luar...eee..tak sangguplah

    cuma yg best dia bertutuplah...lengan ,kepala dgn kaki....

    ReplyDelete
  20. cklah pernah terkena di Cinta Sayang resort Sungai Petani....sebuah Resort yang diusahakan oleh orang tempatan....

    ironinya...

    Masa di sebuah hotel kepunyaan Jerman di Batu Fringgi....mereka tak kisah pun anak-anak kami terjun pakai track suit...

    sadiskan...!!

    ReplyDelete
  21. sengaja jek tuh walhal bukan dia tak tahu aurat perempuan tuh bagaimana.. hehehe.. teruskan usaha.. tapi pada aku berenang kat tepi laut gak best tak yah sesusah nak pakai baju renang ;)

    ReplyDelete
  22. Memang prosedur renang kat hotel ni mcm2, ikut pihak pengurusan la...yg guard tu mmg la lg suka...konon ikut peraturan...ko beli je 'kolam renang plastik' yg bulat2 tu...letak depan umah...pastu ajak kengkawan join...kts mesti nak je tu!

    ReplyDelete
  23. betul kebanyakan hotel ada kelas yg aku pegi semua wajibkan pakaian mandi susuk tubuh. tak heranlah kalau tak mandi.

    ReplyDelete
  24. pretty,
    wisel tu tak bunyi tak siok plak,hehehe

    maksu,
    mengancam sungguh,kekekee

    kakpah,
    memang ketat pun, cuma ada tutup skit2 je.

    YB,
    adakah kita mandi dipantai yg sama, makan di restoran yg sama, tapi bilik lain2 ler,kekekeke

    ita,
    tak terselak ke? kakakaa

    konpius,
    taktau nak pakai apa kan.

    kujie,
    sekali tgk pakaian renang muslimah tu lebih kurang gak ye.

    ckLah,
    org melayu yg terlebih matsalleh ler tu

    iina,
    mandi pantai gak takde peraturan ye,jom gedebusss kat bagan lalang

    DUN,
    kekkeeke, aku sorang pun tak muat kolam.


    izman,
    celup2 kaki sudahla.

    ReplyDelete