Wednesday, March 18, 2009

Hatinya lara


"Man taknak dok sini ayah".
"Abis ko nak dok mana?".
"Man nak balik umah kita".
"Mana ada orang kat umah kita".
"Man tak suka dok sini, Man nak jumpa ibu".
"Ibu ko dah lari, ko paham tak?"
"Ayah tipu, ayah jahat, Man nak ibu, Man nak ayah".
"Nanti ayah cari ibu, ko dok sini dulu, ayah nak pegi keje".
"Ayah tipu, ayah tak datang pun semalam, taknak dok sini,taknak".
"Lepas tangan ayah kalo tidak ayah tampar".
"Man nak ikut ayah, nak ikut ibu".
"Lepas aku kata, lepas!".
'Taknak, nak ikut ayah,nak ikut ibu".

"Pangggg!", satu tamparan hinggap di pipi gebu si kecil dan si ayah terus berlalu dengan menunggang motosikal. Tinggallah Si kecil di sudut pagar menahan tangis, sakit ditinggalkan dan juga sakit menerima tamparan.

Itulah situasi yg dapat aku lihat 2-3hari ni berlaku didepan rumah jiran. Sedih dan menyayat hati melihat anak kecil baru berusia 5tahun menangis dan meraung minta dikasihani dan di mengerti.

Menurut cerita jiran, Man adalah anak saudaranya. Ibubapa Man baru bercerai 2minggu lepas. Ibu Man sedang sarat mengandung dan dijangka akan melahirkan pada hujung bulan ini. Mereka bercerai kerana ayah Man memohon untuk berpoligami. Ayah Man hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gajinya RM900 sebulan. Man ada seorang kakak yg berusia 8 tahun, dan kini kakak dan ibu Man di jaga oleh nenek mereka di kampung untuk sementara waktu sehingga selesai semua proses perceraian.

Man diletakkan di bawah jagaan jiran, namun kerana Man sering menangis dan tidak mahu menjamah makanan maka jiran terpaksa memanggil ayah Man untuk mengambil Man semula. Ayah Man hanya datang sekali sahaja untuk melihat anaknya.

Aku tanya kenapa Man tak tinggal sekali dengan ibu dan kakaknya?

"Ayah dia nakkan Man".

"Kalau nak kenapa ditinggalkan?".

"Entahlah, kakak pun taktau Juliet".

Aku tak sampai hati untuk menatap wajah Man kerana aku dapat rasakan dukalara yg sedang ditanggungnya berpisah dengan orang tersayang.

20 comments:

  1. sian nya Man..
    ni kisah benar ke?
    dh rasa mcm baca novel plaks

    ReplyDelete
  2. betul. ko la bela juliet. he he.


    .

    ReplyDelete
  3. Kat mana rumah Man? ckLah tengah ari anak angkat lelaki ni.




    Ya. Lelaki. ang pompuan macam ko aku tak nak!!

    ReplyDelete
  4. ko tau ke rasa berpisah dgn yg tersyg??
    musykil aku...

    ckLah,
    amikla aku jd anak angkat... aku tak kesah... :P

    ReplyDelete
  5. Ita,
    kisah benar

    One Z,
    gaji ayah dia hanya cukup utk membeli sehelai bajuku sebulan,hahahahah.

    tasek,
    apa kata ko yg bela sbb ko ada pengalaman, lagipun MC takde kawan,hahahaha.

    ckLah,
    anak pompuan syg makpak lebih,amik la saya, amik la, kena isi borang ke? :D

    KTS,
    masa arwah nenek aku meninggal dulu, org tersyg la tu.

    ReplyDelete
  6. akupon buleh cikLah........ muahahahahha..........

    ReplyDelete
  7. gaji sik paknye, ciput je. ade ati nk kawen lain. tah pape tah.

    juliet, amikla award kt my page

    ReplyDelete
  8. err.. ckLah, aku anak lelaki. hehe..

    susah² sangat ko je la bela budak Man tu. pakai ferrari takkan tak mapu bela Man. hehe

    ReplyDelete
  9. ibu bapa yang cerai berai, mangsanya anak-anak. Kesian. Kesan luka itu akan ditanggung seunur hidup.

    ReplyDelete
  10. kesiannya kat Man. budak2 lagi, tentula nak mak ayah jugak. ayah dia takkanla tak boleh jaga anak sendiri. anak dara orang boleh pulak nak pelihara....isy.

    ReplyDelete
  11. konpius,
    blog aku bkn tmpt cari anak angkat okeh.

    meza,
    sewa umah, anak skolah pun tak cukup ade hati nak psg 2.

    penyu,
    ko pun teringin nak jd anak angkat ckLah tu?

    kakpah,
    selagi hayat dikandung badan dia takkan lupa kisah sedih ni kan.

    ReplyDelete
  12. kalau dia tak nak bagi aku bela jelah.. kalau ko nk jadik anak angkat aku pun ok.. setakat baju 900 sehelai baju anytim jek aku beli utk ko.. tapi warna fesyen semua aku yg pilih ok.. ko tggl pakai jek xleh komplen.. ada berani??

    ReplyDelete
  13. kesian...
    aku dah baca n3 ko dari awal sampai kini (kekonon silent reader la nih), ini la n3 paling sedih dari ko yg sentiasa happy2..

    huhuhu..

    ReplyDelete
  14. tipikal, bila mak bapak bercerai, anak² dijadikan mangsa melepas geram pada pasangan

    ReplyDelete
  15. takkan beli baju ko sampai RM900 sebulan? Macam ni aku suruh Jakel bukak cawangan depan rumah ko ajelah hehehe

    ReplyDelete
  16. sian dia. ko pegi tamapr balik bapak si man tu juliet.

    ReplyDelete
  17. cikguzue,
    ayah dia dah dibutakan oleh cinta baru agaknya.

    iina,
    pstttt:gaji aku tak sampai pun RM900,hahahhaa. Aku berbesar hati nak jadi anak angkat ko, ble nak stat weiii? hik,hik.

    alis,
    tq sudi jengah. Sesekali kena menangis ,cuci mata,hehehe.

    DUN,
    syyyyy,syyyyyy, diam ek, kang kita gi beli jajan.

    Zonaku,
    takde kesedaran sivik.

    YB,
    Saya tak minat Jakel, saya minat Euromoda ngan Gulati's,hehehhe.

    jajazuzu,
    bukan tak berani tapi takde masa,hehehe.

    ReplyDelete
  18. Kesian, sungguh kesian.
    Mak ayah bercerai, anak-anak turut bercerai berai.

    Moga masih ada kasih Tuhan untuk mereka semua.

    ReplyDelete