"Man taknak dok sini ayah"."Abis ko nak dok mana?".
"Man nak balik umah kita".
"Mana ada orang kat umah kita".
"Man tak suka dok sini, Man nak jumpa ibu".
"Ibu ko dah lari, ko paham tak?"
"Ayah tipu, ayah jahat, Man nak ibu, Man nak ayah".
"Nanti ayah cari ibu, ko dok sini dulu, ayah nak pegi keje".
"Ayah tipu, ayah tak datang pun semalam, taknak dok sini,taknak".
"Lepas tangan ayah kalo tidak ayah tampar".
"Man nak ikut ayah, nak ikut ibu".
"Lepas aku kata, lepas!".
'Taknak, nak ikut ayah,nak ikut ibu".
"Pangggg!", satu tamparan hinggap di pipi gebu si kecil dan si ayah terus berlalu dengan menunggang motosikal. Tinggallah Si kecil di sudut pagar menahan tangis, sakit ditinggalkan dan juga sakit menerima tamparan.
Itulah situasi yg dapat aku lihat 2-3hari ni berlaku didepan rumah jiran. Sedih dan menyayat hati melihat anak kecil baru berusia 5tahun menangis dan meraung minta dikasihani dan di mengerti.
Menurut cerita jiran, Man adalah anak saudaranya. Ibubapa Man baru bercerai 2minggu lepas. Ibu Man sedang sarat mengandung dan dijangka akan melahirkan pada hujung bulan ini. Mereka bercerai kerana ayah Man memohon untuk berpoligami. Ayah Man hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gajinya RM900 sebulan. Man ada seorang kakak yg berusia 8 tahun, dan kini kakak dan ibu Man di jaga oleh nenek mereka di kampung untuk sementara waktu sehingga selesai semua proses perceraian.
Man diletakkan di bawah jagaan jiran, namun kerana Man sering menangis dan tidak mahu menjamah makanan maka jiran terpaksa memanggil ayah Man untuk mengambil Man semula. Ayah Man hanya datang sekali sahaja untuk melihat anaknya.
Aku tanya kenapa Man tak tinggal sekali dengan ibu dan kakaknya?
"Ayah dia nakkan Man".
"Kalau nak kenapa ditinggalkan?".
"Entahlah, kakak pun taktau Juliet".
Aku tak sampai hati untuk menatap wajah Man kerana aku dapat rasakan dukalara yg sedang ditanggungnya berpisah dengan orang tersayang.