Wednesday, March 31, 2010

Bisakah?


Kakak bawak balik pokok ni 3 batang, pemberian dari seorang kawan cina katanya.
Menurut kawan kakak pokok ini boleh menghalang serangga atau binatang berbisa memasuki rumah dan pokok ini harus di tanam dengan angka ganjil, maksudnya 3 batang, 5 batang ataupun 7 batang baru menjadi khasiatnya.

 Kakak beli pasu kaca dan letakkan pokok ini di atas meja dalam rumah, cantik juga.

Lepas maghrib semalam rumah kami riuh rendah bila anak buah aku jumpa lipan di bawah alas kaki bilik air. Besar juga lipan tu,geli geleman aku tengok. Mujur kakak sempat pukul lipan tu dengan lidi.

"Errr..lipan tak masuk dalam kategori binatang berbisa ke?"

Kakak pandang aku, "akak rasa lipan ni tak nampak pokok tu kot". 

Tuesday, March 30, 2010

Walau Terlewat....

28 Mac 2009, hari Sabtu, ramai orang bercakap pasal Earth Hour. Ramai orang berkata akan bergelap selama 1 jam, ramai yang ternanti-nanti tibanya waktu malam.

Pada hari itu, acik dah tak ingat Earth Hour atau apa sebab hati acik sedang berdebar
menantikan saat kelahiran kamu, ya, kamu yang sangat acik sayang.

Saat abah kamu menandatangani surat persetujuan doktor, acik rasa seram sejuk.
Tika ibu kamu ditolak ke bilik pembedahan, acik rasa bagai nak pitam bila membayangkan
perut ibumu akan dibelah. Acik tak suka hospital. 

Alhamdulillah, kamu lahir dengan selamat dan sihat. Hilang segala gundah saat menatap wajah mulusmu.
Dan, Ahad lepas kamu genap setahun tapi acik tak sempat nak beli apa2
sebab gaji belum masuk, tunggulah lagi 2-3hari :P

Semoga kamu akan jadi anak yang soleh Muhammad Azeem Iman.






Monday, March 29, 2010

Sebelum dan Selepas

Mak Saudara tengah belek-belek telefon bimbit anak saudara lelakinya yang berusia 11tahun.

Acik : Ni semua nombor telefon kawan abang ke?

Anak
Saudara : "A'ah".

Acik : "Ramainya kawan abang. Eh! Ada nombor budak perempuan. Dania ni sapa? Lisa ni sapa?"

Anak
Saudara : "Oh! Dania yang minat kat abang sebelum abang sunat.
                 Lisa tu pulak minat kat abang lepas abang sunat".
                

Acik : Gulp.
              

Thursday, March 25, 2010

Sediakan payung sebelum hujan

Dah 4 hari ayah tak buang air besar, dia tidak selesa.
Kakak pegi farmasi beli ubat.
Tetibe semalam ayah cakap dia rasa macam nak buang air besar, kami pun kelam kabut.

Aku tengok kakak masuk dalam stor. "Cari ini kah"?

Kakak cakap bukan cari benda diatas ni, tapi benda lain yang juga penting untuk
memudahkan dia membantu ayah buang air besar. Kami tertanya-tanya apakah benda penting itu.


"Ya,dah jumpa". Kakak cari topeng ini rupanya dan ayah yang tengah sakit perut pun boleh ketawa.

Tuesday, March 23, 2010

Disini seribu cerita

Kakak selalu pesan jangan buat kerja berat-berat.

Abang pun selalu pesan hal yang sama.

Tapi ayah tak dengar cakap anak-anak, dan akibatnya ayah terpaksa bermalam

disini selama 4 hari 3 malam.

Dan kami sangat kasihan tengok ayah terpaksa makan banyak ubat dan diberi banyak suntikan.

Kerusi ini menjadi katil kami pada waktu malam untuk temankan ayah.

Dan pada waktu siang kami berehat disni, ruang rehat yang sangat selesa yang disediakan oleh pihak hospital. Kami juga boleh menonton tv.

Ayah dah keluar dari hospital dan aku harap ayah takkan datang lagi kesini sebab aku tidak suka hospital.

Ucapan terima kasih kepada Dr.Bhagwan yang bersusah payah menguruskan kemasukan ayah kesini dan sentiasa memantau keadaan kesihatan ayah.

Friday, March 12, 2010

Hitam itu menawan

"Juliet, tolong belikan gula kat kedai".

"Penatlah mak".

"Pegi dengan kereta".

"Takde paking la mak".




Ayahku pulang dari kota

Ayahku belikan kan sekuter

Sekuter kecil warna hitam

Bolehku pusing petang-petang

La,la,la,la,la,la,la,la



Thursday, March 11, 2010

Cuci mata di Puduraya

Tengok jam dah pukul 1, kemas meja untuk keluar makan. Tiba2 bos datang cakap aku kena teman dia pegi Puduraya. "Arghhhhh!" Perut dah berbunyi. Bos dah hon suruh cepat. Nak tak nak kena ikut juga. Gambar diatas adalah tangga Puduraya yang sedang dinaik taraf. Lama aku tak datang ke sini, dah banyak perubahan juga.


Bos datang ke sini untuk cuci matanya, aku rasa dia dah tengok banyak benda kotor,ehehehe.

Tengok auntie ni, matanya dah berbalut sebelah. Aku sangat gerun melihat pesakit2 yang keluar dari bilik rawatan kerana kebanyakkannya berbalut mata. Menurut cerita bos, Dr.Fong ini sudah 30tahun membuka klinik di sini, berhadapan dengan Puduraya dan bos sangat suka dengan cara dia merawat dan memberi khidmat nasihat. Kalau ada masalah mata bolehlah datang kesini, layanan dan bayaran sangat memuaskan.