Kakak bawak balik pokok ni 3 batang, pemberian dari seorang kawan cina katanya.
Menurut kawan kakak pokok ini boleh menghalang serangga atau binatang berbisa memasuki rumah dan pokok ini harus di tanam dengan angka ganjil, maksudnya 3 batang, 5 batang ataupun 7 batang baru menjadi khasiatnya.
Kakak beli pasu kaca dan letakkan pokok ini di atas meja dalam rumah, cantik juga.
Lepas maghrib semalam rumah kami riuh rendah bila anak buah aku jumpa lipan di bawah alas kaki bilik air. Besar juga lipan tu,geli geleman aku tengok. Mujur kakak sempat pukul lipan tu dengan lidi.
"Errr..lipan tak masuk dalam kategori binatang berbisa ke?"
Kakak pandang aku, "akak rasa lipan ni tak nampak pokok tu kot".
tak silap aku kepercayaan kaum tionghua kt pokok tu adalah membawa rezeki AKA ada ong maaa....
ReplyDeletekalau slh.. mintak mahap ye kakak...
tak berkesan ko pokok tu kat rumah ko. Jadi ko bagi aku aje lah hehehe
ReplyDeletelipan tu termasuk di bwh kategori binatang2 jinak... elok utk dijadikan peliharaan
ReplyDeletemuahahaha
Serius...pak Zahan baru belikan ckLah tiga batang....cuba tengok gambar akhir Nuha dengan rambut panjang tu....
ReplyDeleteorang tionghua suka pokok tu, ada ong depa kata, rezeki. cantik gaks kan, buat hiasan atas meja
ReplyDeletekena tambah bilangan pokok2 tu kot..jadik 9 ke, 11 ke...
ReplyDeletehhehehe..
acah je...
salah pokok da....
ReplyDeleteitu pokok "ala ong maa". bukan pokok tak mau kasi binatang masuk laa!!!
Aku rasa kalau ko tabur sulfur keliling rumah pun dah ok.. ubat utk elak binatang berbisa masuk umah gak hehehee ;)
ReplyDeletehehhehee...
ReplyDeleteaku rasa lipan tu ingat pokok tu untuk bawak ong..... bukan halau dia kot!
oh yek..
ReplyDeleteaku xtau pasal kelebihan pokok tu tp aku suka tgk sebab lawo hihi
len kali jangan letak dalam pasu ... tapi 1 letak kat penjuru rumah, 1 letak dalam penjuru bilik air, 1 lagi letak penjuru bilik tido... untung2 semua kebaikkan tu dapat... mana tau kan.
ReplyDeleteHati2 dgn lipan....kene sengat dek si lipan tu, mau tertutup mata ko sementara waktu, Yang.....
ReplyDelete:)
Err.... baru je beberapa hari kak tie jumpa lipan dalam bilik air.. Tapi tak sempat nak ambil gambor laa... lipan tu warna oren, hehe.. dah jadi arwah!!
ReplyDeletePokok tu kak tie minat. Dulu beria-ia nak beli, tapi lupa lak, hehe..
aku dh lama nk beli pokok tu tp budak MC tu bukan bulih harap. silap2 dia buat perambat kucing. haih...
ReplyDelete.
kakngah,
ReplyDeletememang utk ong juga
yb,
sebatabg RM10hengget, ok tak? :P
kts,
naper aku baru tau?
cklah,
citarasa pakzahan dan saya samalah..apakah? hahahaha
maksu,
dimana agaknya letak ong tu yer :P
asleenda,
aku rasa gitu gak
one,
dia kata dua2 pun bleh
iina,
musim ujan byklah serangga keluar kot :P
zonaku,
salah paham disitu ye
lilies,
lawa dan senang bela
izan,
berapa byk penjuru tu :P
zyma,
mmg takut
kaktie,
lipan ni suka duduk tempat sejukkan
tasek,
buat rotan darren pon ok,hahahah.