Monday, March 23, 2009

Datangku tanpa diundang

Hari Sabtu hajat hati nak pusing-pusing KL tapi kawan roger cakap kat Dataran Merdeka jalan tutup sebab malam tu ada Citrawarna M'sia dan Kanda Mizan telah mencemar duli merasmikannya. Aku kurang minat sikit acara2 cenggitu.

Tengah pusing2 fikir mana nak pegi tu tetibe henpon cap ayamku berbunyi. Sorang kawan ajak aku ke Setiawangsa, saja jenjalan katanya. Tengah boring2 ni bagus jugak ada kawan boleh ronda-ronda.

Lalu dekat stesen LRT Setiawangsa, dan kami membelok ke satu jalan. Berenti depan rumah besar dan cantik. Aku rasa macam penah tengok rumah ni tapi taktau kat mana. Yesss, aku ingat, kalau tak salah ni rumah abang YB (Yunus Badawi), kawan blogger yg cemerlang, gemilang dan terbilang tu. Betul ke rumah YB ni?

Cantik dan kemas rumah YB. Rajin sungguh mak Adam tanam pokok bunga. Agaknya tepi ni ke tempat YB anak beranak berlatih badminton?


Banyak sungguh kereta depan rumah YB. Memang besar rumah YB ni. Kawan pandang aku, "jom masuk nak". "Seganlah, YB tak penah pun pelawa aku". Dan kami pun berlalu dengan perasaan yg gembira kerana esok2 kalau YB jemput kami dah tau jalan nak ke rumahnya, tak gitu YB?


Saturday, March 21, 2009

Dia kecewa aku jadi mangsa


Kakak aku kena periksa PTK, tapi aku tengok dia relaks je, 2 buah buku ni pun tak di sentuh, hanya sekadar hiasan atas meja. Aku tengok buku ni pun takut, segala macam etika ada, ngeri.

Esok nak periksa malam tu baru aku tengok dia dok membaca sikit, tu pun bila aku dah takutkan dia cakap soklan esok boleh membawa maut,hehe.
Dan balik dari periksa mulut dia tak berenti membebel. "Soklan tak masuk akal, soklan apa2 ntah, soklan mengarut,soklan saja nak failkan aku,bla,bla,pot pet,pot pet", dan panjang lagi la leteran dia. Untuk mengubat kekecewaan tak dapat jawab soklan PTK tadi, dia ajak aku pegi makan malam kat Restoran Nasi Lemak antarabangsa, cawangan baru kat Taman Melati, Gombak.


Cantik dan selesa, tak macam yg kat Kg.Baru. Iina, nanti aku belanja ko makan kat sini ye. Ni saja aku tunjuk gambat dulu biar ko terbayang-bayang, jangan sakit hati yer,peace no war :D


Nasi lemak dengan paru, pehhh, WALLAH, terangkat abis. Sebenarnya rasa nasi lemak ni biasa je cam yg Kak Munah jual tepi jalan. Habis le diet aku.

Dan semalam dia ajak aku keluar makan malam lagi. "Tak abis marah ngan PTK lagi ke?".
"Memang aku tengah geram ni".




Malam kedua, aku makan bihun tomyam ngan barli panas. Aku tak minum ais, jaga badan beb. Blurrrp, alhamdulillah. Habis lagi diet aku.
Kalau macam ni tiap2 hari kena periksa PTK lagi bagus, bleh aku makan free.
Nota kaki : KEPADA SEMUA PENGGUBAL SOKLAN PTK :
BUATLAH SOKLAN MAUT BIAR KAKAK AKU TAKLEH JAWAB,
PASTU DIA RASA KECEWA & MARAH, DAN DIA AKAN BELANJA
AKU MAKAN TIAP2 MALAM.
KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI :D

Thursday, March 19, 2009

Pilihan hati

"Tak muat yg ni".
"Adik nak yg ni gak".
"Ambik yg lain yer, kita ambik yg lagi cantik".
"Taknak, yg ni baru betul".
"Tapi besar,kalau jalan nanti susah".
"Nak yg ni, nak yg ni,uwaaaa,uwaaaaa".





Bawak anak buah aku beli selipar, puaslah aku pujuk suruh ambik saiz 8 sebab tu memang saiz dia, tapi dia punya meroyan taknak ambik saiz 8. Selipar tu gambar kartun BEN10 jadi kenalah ada nombor 10, kalau tidak tak power,tak boleh lawan-lawan katanya. Hemmm, nasib baik anak orang, kalo anak aku taulah aku nak ajar macammana,hehehe.

Wednesday, March 18, 2009

Hatinya lara


"Man taknak dok sini ayah".
"Abis ko nak dok mana?".
"Man nak balik umah kita".
"Mana ada orang kat umah kita".
"Man tak suka dok sini, Man nak jumpa ibu".
"Ibu ko dah lari, ko paham tak?"
"Ayah tipu, ayah jahat, Man nak ibu, Man nak ayah".
"Nanti ayah cari ibu, ko dok sini dulu, ayah nak pegi keje".
"Ayah tipu, ayah tak datang pun semalam, taknak dok sini,taknak".
"Lepas tangan ayah kalo tidak ayah tampar".
"Man nak ikut ayah, nak ikut ibu".
"Lepas aku kata, lepas!".
'Taknak, nak ikut ayah,nak ikut ibu".

"Pangggg!", satu tamparan hinggap di pipi gebu si kecil dan si ayah terus berlalu dengan menunggang motosikal. Tinggallah Si kecil di sudut pagar menahan tangis, sakit ditinggalkan dan juga sakit menerima tamparan.

Itulah situasi yg dapat aku lihat 2-3hari ni berlaku didepan rumah jiran. Sedih dan menyayat hati melihat anak kecil baru berusia 5tahun menangis dan meraung minta dikasihani dan di mengerti.

Menurut cerita jiran, Man adalah anak saudaranya. Ibubapa Man baru bercerai 2minggu lepas. Ibu Man sedang sarat mengandung dan dijangka akan melahirkan pada hujung bulan ini. Mereka bercerai kerana ayah Man memohon untuk berpoligami. Ayah Man hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gajinya RM900 sebulan. Man ada seorang kakak yg berusia 8 tahun, dan kini kakak dan ibu Man di jaga oleh nenek mereka di kampung untuk sementara waktu sehingga selesai semua proses perceraian.

Man diletakkan di bawah jagaan jiran, namun kerana Man sering menangis dan tidak mahu menjamah makanan maka jiran terpaksa memanggil ayah Man untuk mengambil Man semula. Ayah Man hanya datang sekali sahaja untuk melihat anaknya.

Aku tanya kenapa Man tak tinggal sekali dengan ibu dan kakaknya?

"Ayah dia nakkan Man".

"Kalau nak kenapa ditinggalkan?".

"Entahlah, kakak pun taktau Juliet".

Aku tak sampai hati untuk menatap wajah Man kerana aku dapat rasakan dukalara yg sedang ditanggungnya berpisah dengan orang tersayang.

Tuesday, March 17, 2009

Bertukar warna



Email dari seorang kawan yg tinggal di Sabah. Dia cerita ada durian yg isinya warna merah sekarang ni sangat popular di Sabah. Tak taulah sama ada betul atau tidak isinya merah atau telah di botoxkan dari kuning jadi merah.

Tak lalu pulak nak makan, macam durian yg binatang OOPET tu makan dalam filem GENG UPIN IPIN yer. Kalau fakta ni hanya auta semata2 aku mintak maaf, tolong perbetulkan.

Monday, March 16, 2009

HEBAT

Pertama kali membeli novel yg di tulis oleh LINTANG SUGIANTO,penulis dari seberang. Mungkin aku terpesona dengan kata-kata pujian yg di berikan oleh Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said kepada penulis ini. Novelnya berjudul MATAHARI DIATAS GILLI.



Gilli adalah sebuah pulau kecil yg terletak di sebelah barat kota Probolinggo. Panjangnya sekitar 1.5km dengan lebar 500m, dan jumlah penghuninya 6800 orang.



Mengikut ceritanya, ratusan tahun yg lalu seorang Syeikh bernama Maulana Ishak yg sedang belayar dari Pulau Madura tiba2 berhenti di Gilli dan membuka penempatan disini. Dan setelah beberapa lama hidup di pulau ini, beliau bersama pengikutnya meneruskan kembali pelayaran tetapi ada juga pengikutnya yg terus menetap di Gilli.



"Pada sesetengah tempat, ayat2 Lintang Sugianto meriak lembut, terkadang sempat menitis sebagai bait puisi. Membaca novel ini, saya semakin terangsang untuk lebih ingin tahu tentang Gilli". Ini kata2 dari Datuk A.Samad Said.



"Membaca novel ini tanpa terasa kita diajak tadabbur alam. Dan di dekatkan dengan alam. Terasa alami dan sangat mengesankan". Ini kata2 dari Kang Abik, penulis novel Ayat2 Cinta.

Membaca novel ini membuat aku bangga dengan kakakku, ckLah,KakPah, dan semua guru2 di dunia ini yg bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa tanpa mengira penat lelah.

Juga membuat aku hiba bila membayangkan seorang lelaki yg merana kerana tidak dapat melupakan isteri tercinta yg meninggal dunia saat melahirkan cahayamata pertama mereka.

Ini kata teman-temanku yg belum membaca novel ini:

"Ka sakolaan maemo"- ckLah

"Lesso ka sakolaan"-KTS

"Asakola dhabuna ebu ta'olle obeng"-Tijah Lawa

"Enggi, kaula poron ajer pole"-KakPah

Dan perbahasan ini di gulung oleh YB :

"Ngapote wak lajere e tangale".
"Reng majeng tantona lapadne mole".
"O...mon a jelling odikna oreng majengan".
"A bental ombak sapok angin salajengnga".

iina, kalo ko tau ko buat tak paham je ya. Sep skit.

Hahahaha, aku tersenyum sepanjang hari ini.

















Friday, March 13, 2009

Lain rasanya

"Mak! Sapa buat nasi goreng ni".
"Cik Juliet kita ler, nape?"
"Apsal rasa cam chicken chop,hahahahaha. Buleh makan ke ni?".
"Naper plak tak buleh?".
"Kang pasal2 pendek umur".



Perbualan di atas berhubungkait dengan nasi goreng yg aku masak petang semalam. Sesekali bila tau aku masak semua teruja nak makan, entah, aku pun taktau kenapa, yg pasti aku sendiri tak berapa lalu nak makan apa yg aku masak,hahahahaha.