Tuesday, July 15, 2008

Untuk Erin

Aku di jemput untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran anak seorang kawan yang tinggal di Port Klang pada hari Sabtu ni tapi rasanya aku tak boleh pegi sebab :

1.Aku keje hari Sabtu sampai malam pulak tuh.
2.Sekarang ni musim hujan jadi malas nak jalan sorang- sorang,sejuk :D
3.Kena pegi ngan komuter sebab aku taktau jalan ke sana.

Banyak benar alasan kalau taknak pegi ye.Aku boleh pegi hari Ahad tapi kena tengok keadaan gak sebab hari minggu je lah masa untuk aku kemas rumah,kemas bilik,basuh cadar,tolong mak masak (aku tolong goreng ikan ngan kacau kuah je).Kadang - kadang tak sampai hati nak tolak jemputan orang walau majlisnya tak sebesar mana.Orang telefon & sms berkali - kali suruh kita pegi bila - bila pun takpe tapi akhirnya kita tak muncul juga dengan seribu alasan yang sebenarnya tak logik.Dari rumah aku nak ke stesen komuter hanya ambik masa 10minit je,dah sampai kat stesen komuter Port Klang tu kawan aku sanggup tunggu lagi.Aku kena fikir - fikirkan semua ni.Aku dah beli hadiah untuk befday girl,Erin,yang akan menyambut hari lahirnya pada 17July ni.




Kad pop up ni aku buat sendiri,aku memang kerastangan tapi demi untuk tonjolkan bakat terpendam aku gagahkan jugak jari-jemari aku ni.Terima kasih pada yang bagi idea & tolong aku sehingga akhirnya jadilah kad pop up yang macam tak berapa nak pop up je aku tengok.




Sehelai gaun putih + pink yang aku beli untuk Erin yang akan cukup umur 5 tahun pada 17 July ni.Semoga Erin akan suka dengan hadiah aku yang seberapa ni.Selamat Hari Lahir untuk Erin dan doaku Erin akan jadi anak yng solehah.

Tahniah Nicol

Sekalung tahniah kepada Nicol Ann David,ahli sukan termuda yang telah dikurniakan Darjah Setia Pahlawan Negeri Yang membawa gelaran Datuk sempena ulantahun ke 70 Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang,Tun Abdul Rahman Abbas.Dengan kedudukannya sebagai pemain skuash No.1 dunia Nicol memang layak mendapat ganjaran setimpal.Semoga selepas ini ramai lagi atlit yang akan berusaha untuk mendapat gelaran ini.Kepada pemain - pemain badminton negara,rebutlah ganjaran RM1juta yang dijanjikan oleh kerajaan jika berjaya membawa pingat emas dari Olimpik Beijing,Ogos nanti.Tak sabar nak tunggu Olimpik bermula.Aku dah tengok stadium Olimpik tu tapi dari jarak 50meter,tak boleh masuk sebab masih dalam pembinaan masa aku pegi hari tu.Berhadapan dengan stadium utama tu ada satu syarikat menjual teh cina yang di namakan King of tea kalau tak silap aku.Syarikat ni dimiliki oleh orang Malaysia,dah 7 tahun dia menetap di Beijing.Aku sebenarnya nak cerita syarikat ni telah berjaya mendapat tender untuk menjadi pembekal utama teh cina kepada semua atlit dan pegawai semasa olimpik nanti.Aku dah masuk ke sini,suasananya cukup cantik,dihiasi pelbagai pohon buluh di sepanjang kaki lima untuk masuk ke syarikat ni.Sekali lagi aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Nicol dan semoga sukses selalu.Majulah sukan untuk negara.


Monday, July 14, 2008

Bangi

Semalam pergi ke rumah pakcik di Bandar Baru Bangi untuk copy gambar masa family gathering ari tu. Dipertengahan jalan hujan lebat & sempat jumpa dengan 2 pemeriksaan polis,jalan sesak la bila ada roadblock.Apa-apa aje yang polis tu periksa.Dari rumah aku ke bangi kena bayar tol RM5.40 pergi - balik.Belum kos petrol lagi.Kalau fikir semua tu baik duduk rumah je,tidooooooo.



Tengah bayar tol (muka masam je)


Tuan rumah dah siapkan hidangan atas meja masa aku sampai,bagus betul,hujan ni perut cepat lapar.



Sate,nasi impit,roti jala,kek,krim puff,layan je lah.


Kat rumah tak sempat nak beli suratkhabar,hari minggu bangun lambat sikit.Selagi mak tak bising mana reti nak bangun :D



Hamster yang amat di sayangi oleh sepupu aku.Ini jantan ke betina?




Best ke bela hamster? Garang tau hamster ni,macam lapar je aku tengok,pantang hulur jari dia nak gigit, tapi makanan penuh dalam bekas tu.Rajin betul dorang cuci sangkar dia.Masa balik jalan sesak juga.Ingatkan ada kemalangan tapi rupanya ada roadblock lagi,kenapa agaknya,heran gak aku.





Saturday, July 12, 2008

Kau ilhamku


Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Itukah bintang atau pun rembulan
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kelip ada sinar
Kau ilhamku
Pertama kali berjumpa dengan A.Samad Said di pelancaran antologi puisinya "68 Soneta Pohon Ginkgo".Seorang yang lemah lembut tutur bicaranya walaupun raut wajahnya nampak agak keras.
Nikmat - 12Mei2008
Segala yang di hasrat
Tapi tak dapat
Adalah Nikmat
Yang padat
Hidup Bersama - 24Okt2007
Kita sudah sampai dilereng amat indah
Dibawah pelangi, dalam ufuk yang mencabar
Dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah
Tenang dalam segala uji cabar dan debar
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
Sekata hidup, mengerti dan berbudi
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita kerana
Kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan
Yakin menyanggah musuh,tulus menambah kawan
Inilah tunggak kebahagiaan
Ombak - 10Okt2007
Ombak yang menjamah
Kakiku sekali lagi
Takkan dapat
Kukenali lagi

Friday, July 11, 2008

Melencong ke Kompleks Kraf & Pavilion



Ikut kawan - kawan ke Kompleks Kraf.Ada promosi kerja kahwin,aku tau dorang ni nak tengok kraftangan,tgk design baju,tgk manik.Aku ni kerastangan tapi kena la bagi sokongan ya.






Pelamin yang paling cantik bagi aku pada hari tu.Ringkas tapi menawan.Kosnya aku tak sampai hati nak tanya,takuuuut.






Ni pelamin rekaan Pak Abu,wedding planner yg top kat M'sia sekarang ni.Pak Abu selalu jadi wedding planner untuk selebriti & org kenamaan,harganya sendiri mau ingat la ya.






Masing2 tunjuk skil tersendiri mewarna batik.Setahun sehelai batik :D







Bawang besar tengah berbuai sambil menyanyikan lagu "buailah,buailah,aku nak kawin dengan anak raja.........".






Menenun songket.Mahal harga songket ni sebab ditenun secara manual,cara tradisional.




Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
TEMBAGA BURUK di mata orang
Intan berkarang di hati saya.......Julietchun.




Menjahit manik di atas kasut.Rumitnya aku tengok tapi sekejap je dorang jahit dah siap,mmg aku kerastangan.






Telur pindang pun ada,harganya sebiji RM1.20.Masa kecik dulu aku heran macammana telur leh jadi colourful lepas di rebus kat kenduri kahwin sebab kalau mak rebus kat rumah tak pulak jadi camtu.





Isi borang kursus kahwin ke :D Jgn lupa jemput. Sedang asyik menjawab soalan yang di berikan oleh staf KEKKWA (Kementerian Kerja Seni & Warisan)




Lepas isi borang dapat bunga telur sebagai cenderahati.Ok gak ya,penat jln boleh makan telur.





Entah macam mana boleh sesat sampai ke Pavillion.Shopping time.Belum gaji,saja cuci mata.





Ada pulak yang ajak tengok movie.Kebetulan filem "SEPI" ada,apalagi jom beratur.




Filem SEPI,arahan Kabir Bhatia,pengarah muda yg berpotensi.Kalau nak tgk filem melayu aku mesti nak tau sapa pengarahnya sebab cerita melayu sekarang ni tak boleh di terima akal,hampeh.



Solat tak di tinggalkan.Tapi kat Pavillion ni takde langsung signboard surau,menggagau mencarinya,sempatlah bertanya ngan 3-4 orang security sebelum jumpa.Terletak di satu sudut kat parking kereta,zalim betul.




Makannnn time.Penat tgk movie & jln2,kena isi minyak pulak sebelum balik.Pada sesapa yang tak pernah pergi Kompleks Kraf,aku cadangkan bawaklah keluarga ke sana,pelbagai kraftangan ada di jual dgn harga yg berpatutan.Dan kalau nak ke Pavilion tu credit card tinggal kat rumah,takut terlebih bajet,naya.













Thursday, July 10, 2008

Ranjau sepanjang jalan



Kumeniti awan yang kelabu

Kutempuhi lorong yang berliku

Mencari sinaran yang menerangi kegelapanku

Ku percaya nanti tiba masa

Sang suria pasti menyinar jua

Malam,pukul 10,masa tengah tengok staf buat keje (overtime),aku nampak sorang staf ni tengah duduk atas bangku sambil keluarkan bekalan makanan.Aku menghampirinya.Aku panggil dia auntie,umurnya sama ngan ayah,60+++.Auntie ni ibu tunggal,ada 3orang anak perempuan.2orang anaknya bekerja di tempat aku,tapi anak- anaknya keje 8.30-7.30pm,auntie ni sambung ot sampai 10.30pm,nak cari duit lebih.Auntie pernah bercerita pada aku,suaminya meninggal akibat serangan jantung ketika dia berusia 40thn,anak yang sulung ketika itu baru berusia 13thn.Sejak itu hidup dia susah,suami hanya buruh biasa dan tidak meninggalkan harta.Dia bekerja siang malam untuk menyara hidup bersama 3orang anak yang sedang membesar.Anak sulungnya berusia 20thn telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab kerana lelaki ini menanggung segala perbelanjaan keluarga.Kehadiran menantu yang baik ini telah memberikan sinar baru kepada auntie sekeluarga.Mereka hidup bahagia sehinggalah 2thn lepas menantunya meninggal dunia juga akibat serangan jantung dalam usia yang masih muda,37thn.Keluarga auntie jadi kucar kacir apabila semua harta milik menantunya seperti motosikal,kereta,duit, dirampas oleh adik beradik menantunya.Mujurlah flat yang mereka duduki sekarang ini diletakkan di atas nama anak perempuannya.Kalau tidak auntie ni tak tau di mana harus dia berlindung kerana gajinya sebagai operator pengeluaran tidak mampu untuk menyewa rumah di Kl.Masa aku menghampiri auntie ni,rupanya dia tengah makan biskut lemak di cicah dengan air teh sejuk kerana air teh itu adalah lebihan bekalan pagi tadi.Aku cakap pada dia yang aku ada air panas kalau dia nak buat air yang baru tapi dia cakap tak apa,dia dah biasa makan macam ni.Aku tanya kenapa anak dia tak datang hantar makan macam selalu (jarak rumah dia dari tempat keje 1/2km aku rasa,dia datang keje jln kaki),dia cakap dorang dah penat,biar dorang rehat lebih sikit.Terasa nak menitik air mata aku,begitulah pengorbanan seorang ibu,sanggup buat apa saja untuk kesenangan anak-anak.Aku tanya apa yang dia bawak bekal ari - ari? Dia cakap pagi pukul 5 bangun,buat sarapan yang ringkas,masak nasi & kuah untuk bekal makan tengah hari.Dia jarang beli nasi kat luar sebab mahal,kalau teringin sangat pun dia beli air je.Aku terfikir,macam tu sekali orang berjimat,aku ni kalau pegi pasar malam mesti nak penuhkan kiri kanan tangan baru boleh balik.Pantang tengok ada sale,mulalah berkira hari bila nak pegi.Sejak kebelakangan ni aku tengok auntie ni kurang sihat,mungkin kerana faktor usia dan juga banyak berfikir.Aku bersyukur sangat kerana tak pernah merasa susah walaupun keluarga aku bukanlah kaya,aku berterima kasih pada ayah yang bekerja siang malam untuk memastikan kami dapat hidup selesa macam orang lain.Aku harap auntie ni akan terus tabah mengharungi liku - liku hidup bersama 3orang anak perempuannya.

Tuesday, July 1, 2008

VIVA ESPANA

29Jun20008,2.45pagi waktu Malaysia,bermula perlawanan akhir Euro 2008,Sepanyol vs Jerman di Ernst Happel Stadium,Vienna,Austria.Aku mestilah sokong Sepanyol sebab ada David Vila & Fernando Torres.Lepas ni semua boleh tido lena.





Pasukan Sepanyol bergambar sebelum perlawanan di mulakan.
(L to R,up) Goalkeeper,Iker Casillas,Carlos Marchena,Sergio Ramos,Joan Capdevilla,Marcos Senna. (Forward (down),Fernando Torres (man of the match),David Silva,Andres Iniesta,Xavi Hernandez,Cesc Fabregas,Carles Puyol.



Penyanyi popular,Enrique Iglesias menyanyikan lagu "Can you hear me" sebelum perlawanan.

Duduk dari kiri,wanita yng memakai baju merah tu adalah Permaisuri Sepanyol,Queen Sofia & suaminya King Carlos turut sama memberikan sokongan.Disebelah King Carlos adalah Presiden UEFA,Michel Platini.

Penyokong Jerman & Sepanyol berkumpul di Vienna's Far Zone untuk menyaksikan perlawanan di skrin besar yang disediakan.




Fernando Torres berjaya membolosi pertahanan Jerman dan akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan.




Pasukan Sepanyol meraikan kejayaan mereka mengalahkan juara bertahan,Jerman 1-0.Viva Espana,Viva Espana.