Wednesday, February 17, 2010

Semanis Kurma

Cuti tahun baru cina ini sajalah yang mampu aku buat, makan, dan makan, dan makan, makan. Rasa macam rumah terbuka masa raya la pulak. Di rumah pertama tak sempat nak snap gambar, duduk kat meja makan semua dah serbu juadah yang dihidangkan iaitu nasi beriani.

Rehat sejam kami bergerak kerumah kedua yang hanya 25minit perjalanan dari rumah pertama tadi. Dirumah kedua ni baru teringat nak snap gambar. Dan inilah juadah yang menanti untuk dimasukkan kedalam perut kami,ehehhehe.


BBQ ayam dan udang yang sangat mabeles. Rajin sungguh tuan rumah bermain api dimusim panas ni.

Bubur pulut hitam dan bubur gandum. 2 mangkuk bubur gandum selamat aku simpan dalam perut.


Tuan rumah, Puan Saripah Faridah dengan bergayanya mengenakan busana muslimah :P. Dalam dok sibuk menyiapkan tesisnya masih sempat mencuri masa memasak untuk kami, ribuan terima kasih. Senyuman Kakpah menyambut ketibaan kami membuatkan kami berasa sangat teruja untuk menghabiskan hidangan yang disediakan namun apakan daya perut ni dah tak mampu. Mungkin di lain masa kita boleh bersteambot pula ye :P



15 comments:

  1. Lain kali kalau takut perut ko tak muat, ko ajaklah aku hehehe

    ReplyDelete
  2. Aku ingat ko pergi beraya rumah Cina. Nape tak pergi cari ang pow sementara ko belum kawen ni? ahaks

    ReplyDelete
  3. Laaa hawat tak ajak kak sekali pi rumah dia......

    ReplyDelete
  4. tang BBQ tu yang tak menahan tu...sanggup tuan rumah tu ekk..musim2 panas ni main api bak kate ko..huhu...

    ReplyDelete
  5. tuan rumah tu buat ucapan alu-aluan ka?..

    ReplyDelete
  6. tetiba teringin nk mkn bubur tu.. nmpak sedap!

    ReplyDelete
  7. Jelas kakpah tu puas hati tengok ko makan...sure dia akan lebih rajin pelawa ko lagi lepas ni...

    ReplyDelete
  8. Allahumma barik lana fi ma rozaktana wakina 'azabannar..







    Amin.







    Hik!

    ReplyDelete
  9. Salam Juliet.....

    Ko pegi makan best2....ko ingat kat aku tak??

    :)

    ReplyDelete
  10. pembetulan : sosej

    eeerr... tuan rmh umpama pemidato handalan lagaknya...

    ReplyDelete
  11. yb,
    no tepon takde abih camner? eheheeh

    yb,
    cina kat kg lg

    chefari,
    takut lebih muatan

    asleenda,
    aku tgk api pun rasa nak pitam.

    maksu,
    mmg meriah

    cikguoden,
    siap ucapan dan bertukar buah tgn,hahaha

    zonaku,
    aku lebih suka bubur gandum

    One,
    aku pon rasa gitu la

    kakpah,
    dekat saja ngan bangi :P

    Dun,
    abihla diet ku :P

    cklah,
    ada dibacakan doa sebelum tu

    zyma,
    tak ingat langsung,ahahahha

    kakngah,
    memula aku ingat apa kebenda sosek tu,hahahaha. Tuan rumah mmg bijak bercakap, kalo jual ubat kat cokit sng ni,ahahaha.

    ReplyDelete