"Malaslah, bukan boleh makan pun, mesti dia panggil katering cina".
"Tapi bos besar suruh I ajak U, dia tak jemput semua orang tau, dia pilih2 saja".
"Saya ada hal, nantilah saya bagi jawapan".
1jam kemudian.
"Juliet, I nak ajak U datang open house rumah I esok, pukul 7 malam. U datang ye, kalau tak tau jalan I suruh orang datang ambik U", bos paling besar.
Ah! Macam mana ni, bila bos paling besar yang datang jemput sendiri susah pulak nak cakap tak mahu, tak boleh atau perkataan lain yang sewaktu dengannya. Nampaknya esok terpaksalah juga menggagahkan kaki ni mencari rumah bos paling besar yang tersergam indah di pinggir bandar Kuala Lumpur tu.
