Wednesday, July 22, 2009

Rumah orang

Aku tak kisah berkawan dengan perokok kerana ayahku dulu seorang perokok, saudaraku ramai yg menghisap rokok, kawan-kawan lelakiku juga perokok. Dan aku sangat menghormati mereka selagi mereka menghormati aku.

Semalam, seorang kawan ayah datang ke rumah. Saja berbual kosong dengan ayah. Aku sedang menolong ibu di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu. Tiba-tiba hidungku menangkap suatu bau, ya, bau rokok. Bau itu sangat dekat. Dan tiba-tiba aku melihat ada kepulan asap nipis keluar melalui pintu bilik air. Aku dan mak berpandangan dan sama-sama mengangkat bahu. Tidak lama kemudian pintu bilik air di buka dan tetamu ayah yang keluar dari situ.


"Yekkkkkkk, kotornya", aku dengar anak buahku menjerit dari dalam bilik air.

Tetamu tadi membuang air sambil menghisap rokok dan habuk serta puntung rokoknya 3-4 batang berterabur atas lantai bilik air. Sungguh kejam tetamu itu kerana aku terpaksa membersihkan bilik air masa tu jugak. Rasa nak pengsan bau asap rokok terkepung dalam bilik yang kecik saiznya tu. Kalau kat tandas awam bolehlah buat macam tu, ni tandas rumah orang.

24 comments:

  1. yehhh...first lagiii

    mula2 aku terkejut bila ko kata ko tlg mak ko kt dapur

    kedua...byk puntung tu...selesa sungguh ek tandas ko tu

    ReplyDelete
  2. sekarang musim nyamuk... elokla tu kawan ayah ko tu tolong perasapkan...

    hihihihi

    ReplyDelete
  3. sorry to say...
    org tu kurang sopan..tak tau adab msuk umah org...
    tahap moral rendah...huhhh...
    emo plak aku...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. eee tak baik kan
    datang umah orang buat cam tu...

    ReplyDelete
  5. ko kena buh kat pintu toilet umah ko la...no smoking!! hahaha

    ReplyDelete
  6. Uwaaaa.....

    Orang kalau dah ketagih, tak kira tempat laa...

    Betul kata Ms Lilies tu... kena bubuh signboard No Smoking, ekekeke...

    ReplyDelete
  7. heheh..pak cik tu kena blaja sivik nih

    ReplyDelete
  8. heeppp..jgn kutuk sgt. nanti ko dapat somi yg hisap cerut baru tau. usahkan dalam tandas kat luar rumah pun lalat tak mau lalu.

    ReplyDelete
  9. His2.. tak patut betul ler.. musti ayah ko serba salah nak tegur sebab kwn dia.. aku rasa2 mau mak ko ada sound ayah ko kan hehehehe..

    Aku rasa kena letak signage ler.. kawasan ini larangan merokok.. ko letak kat pintu rumah ko seang sapa2 mask jek dah tau ;)

    ReplyDelete
  10. tak senonoh btol~

    pak cik tu dah terbiasa kat tandas awam kot...

    maafkan je la...

    seb bek time budak tu jerit, pakcik tu dh takde kan?

    er..ke ada lg?

    ReplyDelete
  11. ni yang aku marah ni. Aku pung hisap rokok jugak....

    ReplyDelete
  12. eeeewwww. tu dah biasa buat la perangai mcm tu...

    ReplyDelete
  13. Kat sekolah pun bau rokok kalau lalu kat tandas.
    Agaknya selesa sangat kot merokok dalam tandas.

    ReplyDelete
  14. mak aii?? takde kesedaran sivik langsung.kalu rumah org dia bleh buat camtu, rumah dia apatah lagi.huhu

    ReplyDelete
  15. selamba sungguh orang tu ye.
    ingt tandas umah ko tu, tandas awam agaknya.
    yg bole dibuat sesuka ati

    ReplyDelete
  16. mendalam
    hehe

    jgn isap rokok senang

    ReplyDelete
  17. ek ele... (tu je yang boleh akak komen)

    ReplyDelete
  18. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....


    mesti ko rasa cam nak sekeh je dia kan???

    ReplyDelete
  19. Kalo aku jadik ko..

    aku duduk depan pintu tndas tu letak tapeware satu...

    sambil kutip2 duit org yg nk msuk tndas nnti..

    ReplyDelete
  20. biasalah, perokok tegar. org yg biasa hisap rokok masa buang air akan hisap jugak even rumah orang. kalau tak, tak mau keluarnya...

    tapi aku rasa dia patut hormat rumah orang lain.

    ReplyDelete
  21. Saabas kepada anak buahmu itu....



    Kalau boleh suruh dia cakap lagi kuat-kuat.....biar orang tu denga....

    ReplyDelete
  22. akom...

    aku pon x sk la...klau cam tu nk merokok tu ...ok..tapi jaga la...cam umah sdiri jer di DIA WAT EKK..


    ABIS TU KO X SOUND KWN AYAH KO TU?

    ReplyDelete
  23. sungguh kurang sopan!


    len kali kalo dia dtg, jgn bg guna toilet

    ReplyDelete
  24. DUN,
    tahniah ko fesss.terpaksa tolong sbb muka mak dah semacam,kekekeke.

    kts,
    tandas rumahku takde nyamuk ok.

    asleenda,
    mmg pun.

    sakurasa,
    dah biasa kot

    lilies,
    tulis ngan cat bulehkan,hehehe

    kayteeze,
    kalo ketagih pun tgk tempat la kan

    ita,
    aku rasa camtu gak

    OneZ,
    tak marah dia nak hisap rokok tapi bertempatlah

    iina,
    bkn salah ayah,sian dia,hehehee

    mugi,
    aku rasa dia tak dgr

    shimi,
    hormat menghormatilah kan.

    jah,
    kalo tak biasa idaklah jadi gitu

    mawar,
    feel lebih sikit,kekekekek

    penyu,
    tak buleh bayang rumah dia camner

    prettyrain,
    payahkan org camni

    joe,
    betul tu

    kakpah,
    tu pun dah kira ok,kakakakaka

    konpius,
    ko memahami,kekekekeke

    yan,
    tak kuasa wehhh

    izman,
    rumahku rumahku jua

    cklah,
    lenkali kalo dia buat lagi harus saya yg jerit kuat2,hahahaha

    along,
    lama tak dengar cite fren :D takkan nak sound nanti dikata tak hormat orgtua pulak.

    jaja,
    kang dia buang air kat hall lagi payah,hahahaha

    ReplyDelete