Friday, July 17, 2009

Beranikah aku?

Sejak balik dari Cameron hari tu aku demam dan batuk tak berenti sampailah ke hari ni. Semalam jumpa seorang kawan, sembang-sembang. Dia cakap kesian tengok aku terpaksa cakap dengan perlahan dan tersekat-sekat. Dan dia bagi petua ini untuk hilangkan batuk dan dia pernah cuba dan kesannya sangat mujarab.

Beli coke yg tin berwarna merah ye.
Bukak penutupnya.
Ambik periuk dan isikan air agak2 separuh periuk.
Ambik air coke yg dah dibuka penutupnya tadi dan masukkan dalam periuk.
Rebus lebih kurang 5minit.
Kemudian sejukkan coke tadi dan minum sikit2,kiranya setin coke untuk sehari.

Aku tengah pikir ni, nak cuba ke tidak. Terus minum gitu je buleh gakkan, asalkan niat nak buat ubat batuk,hehehehehe.

18 comments:

  1. Setelah meneliti apa yg ditulis di sini..

    Aku merumuskan bahawa, kalo tin coke tu ko hempukkan kat kepala lepas tu, lagiklah mampu mempercepatkan proses pemulihan..

    Slamat mencuba..

    ReplyDelete
  2. klu rse cm tak berapa berani, x yah la yerk..
    takut nnt jd yg lain plak...
    bkn stkt batuk jer..mcm2 lgi...
    lagi haruuu...

    ReplyDelete
  3. macam tiada lojika jer cadangan tu nok. hhahahah

    ReplyDelete
  4. Aku pernah dgr petua ni tapi sampai la ni aku tak berani cuba lagi

    ReplyDelete
  5. belum cuba belum tahu....
    ko cuba la.. buka dia soh minum racun pun....

    x pun, ko g jer jumpa doc, amik ubat

    x pun, ko try cam aku ari tu.. lemon campur madu.... suam2... heaven oooo.. dan batuk aku baik!

    ReplyDelete
  6. Kawan ko yg 3 org lagi tu tak kena batuk ke? hehehe

    psst - itulah pergi Cameron tak ajak aku.

    ReplyDelete
  7. aku rasa salah tu. patutnya tuang air coke tu ke dalam periuk. kemudian rebus tin coke yg kosong tu dalam air coke tadi. setelah empuk tin coke itu angkat dan tuskan. boleh la kunyak pelan-pelan tin tu...selamat mencuba dgn gagahnya.

    pastikan tak ada org tengok ko buat tu. rahsia ni!!!

    ReplyDelete
  8. haha. kalau dah ada bukti, salah mencuba.

    sangat sadis bila kena batuk2 ni. aaa. semoga cepat sembuh ye!

    ReplyDelete
  9. kalu batuk tu berpunca dari gi cameron itu hari,penawar nye ko telan lah buah strawberry banyak².hehe..

    yg pasal pertua tu, ape susah sgt, ko pi beli je la ubat batuk cap ibu & anak ikan.hehe

    ReplyDelete
  10. ko minum air asam jawa selawat nabi 3 kali.. air coke tuh takde beza pun minum terus dari botol atau rebus.. aku muskil gak cadangan ini.. kalau dari segi sains adakah dengan merebus coke itu akan menjadikan komposisi bahan kimia dalam tuh berubah menyebabkan dia boleh jadi ubat batuk.. harus aku buat kajian cenggini..

    ReplyDelete
  11. salam;

    ku punya batuk mmg payah nak hilang.

    bantaikan minum ais jer kak..

    kira cam antibiotik gak tuh, badan melawan batuk via ais.

    teori tak bertauliah nih, kekeke

    ReplyDelete
  12. Ishhh banyak prosesnye...nak cepat ko g panjat pokok yg ada sarang lebah...pastu ko amik madunye..pastu ko tanam pokok limo nipis...tunggu berbuah...amik sebiji...perah atas sesudu madu tadi...kan lebih cepat?

    Jgn lupa selawat...insya Allah...petua ni bagus!

    ReplyDelete
  13. tak penah lak dengar tips camtu..
    air gas ni byk gule..lagi sakit tekak kalau madu tu takpelah..

    kalau ade madu tu cuba amik sesudu dan telan..bukanlah dgn sudu ko telan..lain lak penyakitnye nanti hehe..

    lagi satu..baik ko g klinik..takut itu adalah sejenis penyakit yg menjadi perbualan hangat skrg ni..

    ReplyDelete
  14. nak cepat sembuh, lepas rebus tu ko terus minum. gerenti baekkk ...hikhik..

    ReplyDelete
  15. Kena berani!
    Kalau tak, mana tau mujarab ke tak coke tu...

    Salam juliet :)

    ReplyDelete
  16. cuba jgn tak cuba...
    harap2 tak memudatkan ...

    ReplyDelete
  17. yan,
    errr..errr..

    asleenda,
    berani buat berani tanggung :D

    jah,
    aku ingat cinta je takde logika,hehehe

    lilies,
    takut yer

    zonaku,
    aku lebih percaya pada doktor

    YB,
    mental & fizikal dorang kuat,hehehe

    OneZ,
    biar pecah dimulut wokeh,hahaha

    ije,
    kalo batuk rasa perut pun bergoyang

    penyu,
    ko dealer ubat batuk tu ye.

    iina,
    buat kajian cpt, kang bagitau aku resultnya.

    alis,
    panas gini mmg sedap minum ais.

    DUN,
    ternyata proses hang paling cepat dan tepat,kekekekeke

    nrina,
    agak2 kalo telan ngan sudu lagi cpt baik

    kakpah,
    mau hangus peti suara ku,kakaka

    BR,
    belum berani lagi,adoiiiii.

    kuina,
    takut gak yer

    mugi,
    ngeri beb

    ReplyDelete