Monday, July 6, 2009

8 tahun yg berbeza

Hari Jumaat member bisik2 ajak naik bukit. Aku setuju saja,tak baik tolak rezeki. Hari Sabtu pukul 12 tengah hari kami dah berada di atas puncak yang hijau dan segar. Lepas alas perut kami terjah ladang teh. Cuaca panas betul masa tu, tapi taklah panas macam KL.



Kali terakhir aku datang ke sini tahun 1999. Ada yang sama dan ada yang dah berubah. Menyusuri ladang teh ni mengingatkan aku pada air teh yang selalu mak buat untuk aku sarapan. Beli ler jugak 2-3 bungkus teh untuk famili di KL.



Pegi ke ladang stoberi. Aku pakai kasut hitam, takde bunga jadi memang jalan berhati-hati,hehe. Kang tergolek kat ladang tu buat malu orang KL je. Nak masuk petik stoberi kena bayar RM20, dia bagi tray polistrin dan 3orang saja bleh masuk. Kami senyum2 sikit kat mat bangla tu dan dia lepas kami masuk tanpa banyak cakap.






Sambil petik tu masuklah dalam mulut gak,sebab satu tray ni tak buleh lebih 1/2kg. Kalo lebih kena tambah duit lagi. Makanlah sepuas hati sebelum keluar. Stoberi bersalut coklat sangat sedap. Agak-agak kalo aku makan bebanyak stoberi coklat ni buleh jumpa Datuk L ke, Datuk M,ke. Bak kata Ustazah Bahiyah, "kita kena berusaha juga mencarinya", :D


Ni selipar aku beli kat giant KL. Aku terkejut masa tengok kat pasar Brinchang harganya RM9-RM12 sepasang padahal aku beli cuma RM3.90.


Hari ni aku rasa lenguh-lenguh kaki dan pening2 kepala sebab jalan Simpang Pulai yang bengkak-bengkok. Ingat nak roger OneZ, tapi masa suntuk sangat. Kalo tidak buleh ajak OneZ & famili makan sate Cameron.







23 comments:

  1. lenkali makan strawberry igt aku weih... :)

    ReplyDelete
  2. lilies,
    cptnyer ko, naik ekspress sinaran apa,kekekeke. mmg aku ingat.psttt: hepi besday, biar aku pun cepat gak dari org len,hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Selipar stroberi tu yang tak tahan....


    he...he...he...


    Tak jumpa onezaba penunggu gunung tu?

    ReplyDelete
  4. bila pulak jln Simpang Pulai bengkang bengkok, bukan jalan nak naik ke CH ke?
    one zaba stay kat CH yea???

    ReplyDelete
  5. klu coll OZ mesti leh g petik yg free belakang umah dia... huhuhu...

    bagus bagus ingat pesan ustazah tu ya... berusaha sehingga ke punck pukit1

    ReplyDelete
  6. selipar ko tu sama harga dgn kaver steering aku weh!

    ReplyDelete
  7. huhu.. pi kameren hailen..

    bestnya kakak!


    miss u ;P

    ReplyDelete
  8. rugi la ko tak call aku juliet. aku buat kenduri nasi ayam hari tu. untung la aku ko tak call... selamat nasi ayam aku.

    ReplyDelete
  9. Poie Brinchangs dgn KTS eekkkk....

    ReplyDelete
  10. "pakai kasut yang tak berbunga".... mentang-mentanglah kat CH banyak bunga, kasut pun kena berbunga gak ke. hehe..

    ReplyDelete
  11. Wah,tahun ni ko dah bjaya mendahului laki aku wish kat aku akakaka.....tq bebeh for the wish

    ReplyDelete
  12. wahhhh.. aku last pi bln 2 ri tuhhhh.. keh3....

    kalo ko roger onez, dpt tambah kalori lg dgn nasik ayam.. :P

    ReplyDelete
  13. waaaa....stroberi. mkn dgn susu pekat lagi nyumm..nyum...

    ReplyDelete
  14. buleh buat bisnes sliper ar lps ni.. banyak untung tu..

    ReplyDelete
  15. Sedapnye stoberi tu. Merah menyala. Manis tak?

    ReplyDelete
  16. rugi la tak sempat makan satay free...beso gedabak sate dia!

    Mamat bangla tu pun suka stroberi coklat gak! Misai pun dh ala2 Tok K!

    ReplyDelete
  17. Asal ada citer cameron jek aku teringat kan member aku yg buat N3 pasal kentut tu...


    Ko kenal tak sape mamat tu??Ngeh3X

    ReplyDelete
  18. ckLah,
    mahal giler selipar stoberi kat atas sana. Tak sempat jumpa OneZ.

    ita,
    sori, bkn jln simpang pulai, jln naik ke cameron. OneZ dok sana.

    kuina,
    belakang umah OneZ tu stoberi hutan kot,hehehhe.

    Jah,
    ye ke? murah,jimat.

    alis,
    moh ler kita pi sama.

    OneZ,
    rugi,rugi,takpe esok masih ada.

    Cklah,
    bersama teman2.

    mugi,
    mmg seronok,sejuk beb.

    kakpah,
    pandai gak apek tu buat ayat,kekeke

    lilies,
    horey,aku menang.

    konpius,
    kalori yg ada ni pun taktau bila nak kurang,huhuhu.

    jaja,
    sedap ke? harus ku cuba.

    kakngah,
    buleh.

    lili,
    manis.

    siti,
    mkn terus dari ladang mmg sedap.

    DUN,
    harus cuba lenkali ni.

    Yan,
    rasanya tau,kekekekeke.

    ReplyDelete
  19. Amboi, sempat gak korang ngorat mat bangla ya?

    Cantik betul gambar strawberry tu, sampai dah nak habis baru teringat nak ambik gambar ya?

    ReplyDelete
  20. aku syak mat bangla yg ko senyum² tu la yg ko jupe kat bank lepas ni.hehe

    ReplyDelete
  21. Eh, eh, selipar tu macam selipar saya!!! :D

    Salam Juliet.

    ReplyDelete