Semalam kakak bawak baby jumpa doktor untuk ambik suntikan hepatitis B,betul ke? Aku lupa pulak. Doktor di klinik mencadangkan baby tu di pakaikan PANTILINER HERBA tak kira apa jenama untuk mengurangkan kembung perut. Dah ramai yang cuba dan berkesan kat baby dorang. Kakak pun beli sebungkus ngan doktor tu.
Caranya sangat mudah. Pantiliner tu lekatkan kat balut perut baby ni dan balutlah perut baby macam biasa. Kakak aku cuba semalam dan hasilnya sangat mengagumkan. Baby dia senang kentut dan kurang dah kembung perut. Tapi aku nak pesan disini, kaedah ini hanya sesuai untuk baby sahaja, kalo mak dan ayah baby nak cuba hasilnya aku tak pasti. Dan jika terdapat sebarang kesan sampingan tolong jangan salahkan aku,kekekeke.
Untuk kawan-kawan semua, inilah daun 4 muka yang buleh mengubat buasir tu. Jauh aku cari ni, sampai ke Genting Highlands. Nama saja daun tapi pokok ni berbatang dan batangnya agak liat kalau nak dipatahkan.Selamat mencuba dan kalau tak berjaya, cubalah cari alternatif lain pulak.
















