Aku baru baca novel ni,di tulis oleh Manera Muhammad,judulnya TIADA DUKA LAGI.Ceritanya mengisahkan seorang wanita yang bernama Hanom Suraya meminta perpisahan dari suaminya,Syahrom kerana suaminya yang sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi telah berlaku curang padanya.Hanom Suraya adalah seorang pendidik,dan disekolah dia digilai oleh 2 orang guru lelaki,Cikgu Malek yang sudah mempunyai 2 orang isteri dan juga Cikgu Zaki yang masih bujang.Hanom Suraya juga digilai oleh pelajarnya ( macam cerita hindustan,kalau dah cantik sampai satu kampung dok kejar dia seorang).Perkenalannya secara tak sengaja dengan Tengku Asmara telah membibitkan rasa cinta.Percintaan mereka dihalang kerana keluarga Tengku Asmara telah mempunyai pilihan sendiri dan mereka menganggap Hanom Suraya ingin merampas harta Tengku Asmara sahaja.Tengku Asmara tidak mampu menolak perkahwinan yang di rancang oleh bondanya Tengku Zawahir & Paklongnya Tengku Jaafar.Tengku Asmara mengahwini Tengku Dayana,anak tunggal paklongnya dengan hati yang rawan demi menjaga maruah keluarganya.Hanom Suraya berasa dipermainkan.Tengku Asmara menerangkan segala-galanya namun semua penjelasan itu tidak dapat diterima oleh Hanom Suraya sehinggalah Tengku Asmawi,adik kepada Tengku Asmara berjumpa dengan Hanom Suraya dan menceritakan semuanya adalah konspirasi bondanya & Tengku Dayana,dan Tengku Asmawi juga memohon belas kasihan Hanom Suraya agar menerima lamaran abangnya kerana abangnya telah disahkan menghidap kanser dan mungkin tidak dapat hidup lama.Kerana cintanya pada Tengku Asmara dan ingin membahagiakannya walau sekejap cuma,Hanom Suraya berkahwin dengan Tengku Asmara.Tengku Zawahir yang terkilan dengan perbuatan anaknya telah menghalau Tengku Asmara dari rumah.Dan disinilah bermula penderitaan Hanom Suraya apabila suaminya terlantar sakit kerana kanser dan dia pula sedang berbadan dua.Akhirnya Tengku Asmara pergi mengadap ilahi sebelum sempat melihat anaknya lahir ke dunia.Hanom Suraya melahirkan 2 orang anak kembar,seorang putera yang diberi nama Tengku Aidil Safuan dan seorang puteri yang diberi nama Tengku Aisya Syahira.Setelah anaknya berumur 5 tahun muncul bekas adik iparnya Tengku Asmawi yang baru menamatkan pengajian di London.Tengku Asmawi memberitahu bondanya telah berubah dan ingin berjumpa dengan Hanom Suraya sekeluarga.Dengan hati yang berat Hanom Suraya membawa anak-anaknya berjumpa dengan bekas mentuanya,dan dia berasa terharu apabila kedatangannya disambut dengan gembira oleh Tengku Zawahir.Pada aku cerita ni biasa je,dan aku cukup tak puas hati dengan ejaan yang banyak sangat salahnya.Kalau baca buku terbitan Creative Enterprise susah nak cari ejaan yang salah dan ceritanya juga bagus.Kalau nak tau best ke tak cerita ni bacalah sendiri,apa2 ajelah yer.
No comments:
Post a Comment