"Tadi kawan adik nampak hewan BEJALAK dalam longkang".
"BEJALAK? Menatang apa tuh?
"Acik ni dah besar pun taktau".
" Zaman acik dulu takde BEJALAK. Tu binatang baru agaknya".
"Ye ke? Ooo,patutlah acik taktau".
"Camner rupa dia?".
"Acik amik buku adik,dalam tu ada gambar BEJALAK".
Aku selak2 buku dia. "Stop!stop! tu lah BEJALAK".
Adeh! Biawak rupanya.
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
ku pujuk2 aku yg lari

Dia berada dibawah kereta. Aku takut kalau sesapa yg tak perasan masa nak keluarkan kereta pasti dia akan hilang nyawa. Aku terhendap2 bawah kereta, tak nampak sangat wajah dia, yg nampak hanya sedikit badannya yg berbulu oren.
"Ala comey,comey, meh keluar, kang pendek nyawa plak". Dia masih berdiam. Mata aku melilau cari sesuatu untuk jolok dia. Nampak ranting mangga, aku ambik dan mulakan operasi memujuk sambil mencucuk manja pinggangnya. Dan mungkin kerana kegelian dia pun keluar. Tapi......
"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk", lintang pukang aku lari. Kerana dia adalah seekor anak anjing.
Monday, April 27, 2009
Lagi lagi aku jatuh cinta
"Juliet, malam ni, pukul 8, pakaian formal tau".
"Malam2 nak pakai formal yg aku malas ni. Pakai jeans ngan tshirt tak bleh ke?".
"Ko nak kena halau?".
"Oklah, oklah".

Aku dijemput oleh seorang kawan untuk menghadiri majlis pratonton teater Mahsuri. Pengarahnya Fauziah Nawi dan pelakon utamanya Vanida Imran. Ada Azizah Mahzan, Cico, ramai lagi ler sampai aku lupa nama dorang plak.
Inilah barisan pelakon dan tenaga kerja teater Mahsuri. Bagi aku ceritanya biasa saja, tapi lagu2 dalam teater ni betul2 buat aku jatuh cinta pada teater ni. Aku bagi 10bintang untuk komposer dan penulis lirik yg berjaya membuatkan aku rasa macam aku sedang berada di pulau Langkawi zaman Mahsuri. Pergilah tengok, tak rugi, berbaloi dengan harga tiketnya.
Budak baju hitam tu namanya kutaksempurna, dialah yg pelawa aku pegi. Kalo tidak aku pun taktau ada teater Mahsuri. Maklumlah aku ni bukannya orang seni macam KTS. Korang tak perlu nak berpakaian formal ok, pakai sajelah apa yg selesa. KTS, aku rasa nak sekeh ko malam tu, punyalah kita ni formal, orang lain pakai jeans ngan tshirt je.Tapi disebabkan pakaian kami yg formal inilah maka kami telah ditempatkan di tempat duduk khas, sebaris dengan VIP sehinggakan ada suara-suara sumbang mengumpat kami. Nak buat macam mana, dah rezeki :D
"Sebak dadaku sesak"
"Menunggu kanda ke mari".
Friday, April 24, 2009
Panjang berjela
Bos suruh aku tulis cek nak buat bayaran untuk satu syarikat ni. Bila aku tengok je nama syarikat dia aku menggigil. Otak terus bekerja keras berfikir cara mana yg sesuai.
Buku cek sekarang kecik, jadi teramatlah susah untuk aku tulis nama syarikat nan satu ini. Nama syarikat dia (bukan nama betul tapi panjang camni)
"Syarikat pembekalan alat-alat mesin dan kejuruteraan dan pembaik pulihan Robert, Wong dan Hussein Sdn Bhd."
Dah puas aku kecikkan tulisan sampai kekadang tak nampak aku tulis huruf A ke B atau C. Payahnya kalo nama syarikat panjang berjela ni. Kepada kawan2 yg baru nak tubuhkan syarikat, pilih ler nama yg ringkas tapi padat, senang nak isi borang atau nak buat cek.
Buku cek sekarang kecik, jadi teramatlah susah untuk aku tulis nama syarikat nan satu ini. Nama syarikat dia (bukan nama betul tapi panjang camni)
"Syarikat pembekalan alat-alat mesin dan kejuruteraan dan pembaik pulihan Robert, Wong dan Hussein Sdn Bhd."
Dah puas aku kecikkan tulisan sampai kekadang tak nampak aku tulis huruf A ke B atau C. Payahnya kalo nama syarikat panjang berjela ni. Kepada kawan2 yg baru nak tubuhkan syarikat, pilih ler nama yg ringkas tapi padat, senang nak isi borang atau nak buat cek.
Thursday, April 23, 2009
Jgn main sebarangan
Bawak anak buah pegi taman permainan. Anak buah aku ni walaupun berusia 6 tahun tapi badannya kecik, macam aciknyer, kiut miut. Umur 6 tahun tapi berat baru 13kg, pakai baju budak umur 2-3tahun pun muat.Nak suruh dia naik gelungsur tapi aku takut dia di langgar oleh bebudak yg besar yg dok main kejar-kejar atas gelungsur tuh.
Aku pimpin dia ke tempat buaian. Terkejut aku tengok budak yg dok berbuai tu punyalah besar, macam mak orang. Rupanya bukan budak, tapi remaja yg dah cukup usia. Agaknyer dia taktau membaca kot sebab kat papan kenyataan tu ada tulis yg alat2 permainan hanya boleh digunakan budak berusia 12tahun ke bawah.
Sekarang baru aku tau kenapa alat2 permainan kat taman ni cepat rosak. Kalo yg naik tu dah terlebih kilo camner benda tu tak putus atau patah.
Teringat cerita kawan aku yg kena saman dengan DBKL kat Tasik Titiwangsa. Dia pegi jogging kat sana, lepas tu berehat sekejap atas gelungsur bebudak. Tetibe datang orang DBKL marah dan terus bagi surat saman. Aku rasa nak suruh pengurusan taman kat rumah aku ni keluarkan surat saman jugaklah untuk sesiapa yg dah diatas umur tu,kekekeke, baru padan muka.
Tuesday, April 21, 2009
Bukan sebarangan
Anak sedara aku, Muhammad Azeem Iman, berusia 20hari. Petang ni ada satu majlis penting untuk dia, aku taktau nak sebut apa nama majlis tu tapi setiap kali ada bayi baru lahir keluarga kami akan buat majlis ni.
Dulang hantaran? Bertunang ke? Nikah? Ke nikah gantung? Kakakaka. Dalam bekas2 tu ada kurma, kismis, air zamzam, gula, garam dan ada lagi benda lain.Selepas solat asar nanti majlis menyuap untuk anak buah aku akan diadakan. Korang mesti tak pernah dengar pasal majlis ni kan. Aku pun taktau tapi mak ikut cara orangtua dalam keluarga kami, tak buat takut dorang kecik hati plak.
Caranya begini. Beberapa orang telah dipilih untuk majlis ini, bukan sesuka hati korang nak volunteer, tak buleh. Dan selalunya mereka yg dipilih ni adalah orangtua yg dihormati dan berpengaruh.
Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran dan setelah itu mereka akan menyuap benda2 diatas dulang tadi kepada bayi tersebut secara bergilir-gilir.Macam tepung tawar pengantin ler. Bukan suap betul2, sekadar letak dimulut bayi untuk beberapa saat sambil tu berpesan agar bayi menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.
"Saya tak buleh suap ke?",aku tanya mak.
"Ko belum akil baligh lagi",kekeke.
Monday, April 20, 2009
Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Terkejut bila aku diumumkan sebagai pengkomen terakhir diblog kutaksempurna (KTS) baru-baru ni belum hilang lagi dan tetibe ada satu lagi kejutan bila masuk ofis pagi tadi aku nampak ada satu bungkusan untuk aku. Wakenabeb,wakenabeb.

Subscribe to:
Posts (Atom)




