Thursday, July 31, 2008

Alahai badan.


Dah 2hari aku demam,batuk & selsema,tapi hari ni rasa ok sikit.Yang herannya :
1.Orang makan durian 3-4biji sehari pun ok je,aku cuma lalu kat tepi orang jual durian pun dah pening-pening kepala ngan baunya.
2.Orang makan rambutan 2-3kilo sehari takde apa-apa,aku baru makan 5-10biji dah batuk sampai kena minum ubat.
3.Orang buat keje tengah hujan,tengah panas masih sihat lagi,aku yang keje dalam penghawa dingin ni tak boleh panas atau sejuk sikit mulalah selsema.
4.Orang keje dari pagi sampai malam angkat barang berat-berat maintain jek,aku yang keje pegang pen ni sakit sana,sakit sini.
Mungkin cuaca panas dan musim buah tak sesuai untuk aku,tapi Allah bagi kita sakit untuk menguji kita jugakkan,orang lain lagi sakit teruk dan ada yang tak boleh diubati. Jadi aku patut bersyukur kerana aku demam cuma sekejap je,makan ubat baiklah nanti.

Tuesday, July 29, 2008

Salah target

Ini cerita pasal penebusan mata ganjaran masa kita isi minyak atau beli barang kat stesen minyak.Seorang staf ni dengan muka yang blur datang kat aku bawak katalog.Dia cakap dia tebus mata ganjaran dia dengan benda lain tapi orang hantar benda lain.Aku pun tengoklah katalog yang dia pegang.Betul la,points yang dia ada dengan barang tu dah ngam,apa pulak silapnya.Aku pun tanya balik,tang mana yang silap,apa yang silap.Dia pun cakap sebenarnya dia nak barang "A",tapi nape dorang bagi barang 'B".Aku pun tengok sekali lagi,takde yang silapnya,aku pun jadik tak paham.Dengan muka yang blur dia pun tunjuk kat aku barang yang dia nak.Laaa,dia salah tengok anak panah rupanya,patutnya kalau dia nak barang "A" kena tengok anak panah yang ke kiri,kat situ ada tulis berapa points dan apa barangnya.Dah dia salah tengok dapatlah barang 'B" yang aku rasa dah ada pun kat umah dia.Aku tahan gelak je,tu lah,salah target lagi.

Monday, July 28, 2008

Hari minggu yg semput

Semput betul aku semalam walaupun hari minggu terpaksa bangun pagi berkejar ke pejabat Kastam Kelana Jaya pegi bayar sales tax.Nasib baik dorang bukak kaunter pembayaran,semalam hari terakhir,saja cari nahas aku nih.





Kuarters Kastam,terletak dalam kawasan ofis.Cantik,yang penting boleh pegi keje jalan kaki,jimat petrol,waktu makan boleh balik makan kat rumah,bestnyer.Balik dari pejabat Kastam terpaksa hantar kekasih aku ni masuk hospital,demam, terlebih makan durian dan rambutan agaknya.Hai,pening kepala aku.



Inilah kekasih aku. Hensem kan,takde sesapa nak tumpang gi megasales?


Inilah doktor yang bersusah payah mengubati kekasih aku semalam,terima kasih bebanyak tuan doktor kerana sudi melayan kerenah kekasih hatiku walaupun semalam hari minggu.




Terharunya

Aku dapat satu panggilan telefon daripada sepupu aku,dia cakap barang dia tertinggal dalam bonet keta aku dan dia suruh aku pegi tengok secepat mungkin.Aku pun dengan malas menuju ke arah keta,aku pun bukaklah bonet "Hah! Ada hadiah dan sekeping kad yang tertulis "Selamat Hari Lahir". Aku dah mula kompius,aku pun selak kad tu "Hah! untuk aku,ingatnya dia dah lupa hari lahir aku bulan lepas,saja nak buat surprise yek.





Hari ini adalah harimu
Itu yang dikata mereka
Walau keadaannya biasa-biasa saja
Kata mereka
Hari ini
Adalah tuah buat sang pencinta
Lahirnya amat indah
Sebaik terbit mentari
Diterangi suria
Malamnya di pancari purnama
Hari ini
Bak mekar bunga
Sehari hadirnya disirami
Titis-titis kasih
Sebenarnya
Itu kata mereka
Bukan kataku
Itulah kata-kata yang di tulis pada kad.


Bila kotak dibuka,lagi aku terperanjat,isinya ialah sepasang kurung moden yang dilehernya bertahtakan manik tabur dan dikiri kanan lengan bersulam indah dengan manik-manik yang penuh bercahaya,hasil kerja tangan sepupu aku sendiri.Wah! Memang cantik,yahooo,aku dah ada baju raya.


Saturday, July 26, 2008

Luka Dilukai

Kanan dan kiri cuba berlari
Masihku dihujani tohmah dan caci
Jangan sekali aku diletak kebawah
Hanya kerana jalan hidup yang susah


Tak siapa diantara kita didunia
Memilih jalan hidup yang derita
Aku sering dipersenda
Dan sering dipersia
Oleh hati mereka yang tak punya rasa


Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namum belum sempat ku merasa
Mimpiku berdarah semula
Kerana dustanya





Terhempas lagi sekian kali
Luka yang dilukai menguji diri
Namum begitu aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat segalanya


Bertemu dengan seorang teman lama semalam,seorang lelaki yang dulunya pendiam dan agak pemalu tapi kini macho habis (pada pandangan aku la).Dia yang tegur aku dulu,aku bukan sombong tapi nak tegur takut salah orang sebab masa form 5 dulu badan dia kurus kering tapi sekarang dah berisi.Borak punya borak aku pun tanya lah, "sorang ke?" Dia gelak,"abis tu awak nampak ada orang lain ke ngan saya". Termalu aku dibuatnya. "Dah kawin?".Kenapalah aku boleh tanya soalan bodoh tu,kang dia tanya aku balik susah pulak nak jawab,termalu lagi sekali kang. Tiba-tiba dia menundukkan muka.Ah sudah mamat ni,aku salah tanya ke.Dia mengangkat mukanya dan menguntumkan senyuman pada aku."Lega",aku berkata dalam hati"."Aku baru putus tunang bulan lepas". Alamak,rasa bersalah bertimpa-timpa datang."Sori",itu ajelah perkataan yang mampu keluar dari mulut aku yang takde insurans nih."Takpe,aku dah boleh terima walaupun sesekali masih teringat".Aku taktau nak tanya apa dah,tiba-tiba kelu sejuta bahasa.Dia menyambung cerita. "Aku kenal ngan bekas tunang aku nih dah setahun lebih,dia budak "U",aku ni keje kilang je.Tapi dia beriya cakap itu bukan penghalang untuk kami hidup bersama dan aku bulat-bulat percaya cakap dia.Setelah mencapai persetujuan dari dua belah pihak aku pun suruh mak masuk meminang dan pinangan aku diterima oleh keluarganya.Maka aku pun percaya yang dia memang cintakan aku sepenuh hati.Lebih kurang 4 bulan melalui alam pertunangan pada suatu hari dia sms ajak jumpa.Aku ingat jumpa macam biasa tapi rupanya masa pertemuan tu dia cakap yang dia nak putuskan pertunangan dengan alasan kami tak ada persefahaman.Aku terkedu mendengar cerita kawan aku ni."Sebenarnya dia dah ada orang lain,sama-sama study dengan dia.Bekas tunang aku ni taktau yang aku ada kawan sama "U" dengan dia,semua cerita dia kat "U" aku tau,apa saja yang dia buat kat sana aku tau.Ya lah kan,aku ni keje kilang,kelulusan pun SPM pangkat 3,mana ada perempuan yang sudi nak jadikan suami,sekadar berkawan boleh la"."Tak semua perempuan macam tu",aku menjawab balik.Dia tersenyum."Aku harap pun tak semua perempuan macam tu".Dia mintak diri untuk balik dan aku rasa ralat sebab terlupa nak mintak nombor telefon dia,manalah tau kot aku boleh tolong ubatkan hatinya yang sedang terluka :D











Thursday, July 24, 2008

Macam-macam

Tengah syok buat keje kat ofis semalam tiba2 aku dengar bunyi handphone.Sampai habis deringan takde sesapa pun yang angkat.Aku ingat aku mimpi sebab lepas makan mata ni rasa semacam je,menguap tak berenti.Kemudian aku dengar lagi bunyi deringan yang sama dan untuk membuktikan yang aku bukan mimpi maka dengan suara yang bagaikan buluh betung ni aku pun jeritlah,"sapa punya handphone ni bunyiiii".Semua buat tak tau je.Tapi tiba-tiba berlari-lari anak lah kawan aku nih mendapatkan hanphonenya.Aku heran gak,takkan bunyi handphone yang kuat tu dia tak dengar dari tadi.Untuk menghilangkan rasa keheranan aku pun tanya dia "tak dengar ke dari tadi bunyi handphone tu dok menjerit?" Dan dengan semyum simpulnya dia jawab "baru tukar ringing tone tu yang tak perasan,ingatkan orang punya".Aku pun senyum sendiri.Balik rumah malam tengah dok seronok layan cerita kat TV tiba-tiba dengar bunyi handphone.Ini juga menimbulkan keheranan aku bila semua yang kat rumah tu buat taktau je.Tak lama kemudian dengar lagi deringan yang sama bertalu-talu sampai mengganggu konsentrasi aku nak menghayati cerita tv.Aku pun jeritlah "sapa punya handphone tuh,tolonglah angkat".Tiba-tiba adik aku yang dok terbaring depan tv tu bangun sambil tersengih-sengih dan cakap "adik punya,tak perasan sebab baru tukar ringing tone tadi". Ha! Dalam sehari aku alami 2 peristiwa yang sama,heran gak ya,sendiri tukar sendiri taktau.Macam-macam kerenah orang ni ya,apa-apa ajelah asalkan bahagia.

Tuesday, July 22, 2008

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku! 20July,Hari Keputeraan Sultan Terengganu,Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin yang ke 46.Tahun ini baginda tidak akan memberi penganugerahan darjah mahupun pingat kebesaran.Ramai yang tertanya-tanya mengapa baginda berbuat demikian dan hanya baginda yang ada jawapannya.Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan bahawa baginda akan memberi penganugerahan juga cuma waktu dan masanya belum dihebahkan lagi.Sebenarnya aku nak cerita kat sini yang aku pernah beberapa kali naik kereta rasmi YDPA Tuanku Mizan,rolls royce warna maroon.Jangan terkejut pulak ya sebab aku kan ada ehem..ehem..dengan Tuanku.Jangan nak berburuk sangka dan bergosip liar pulak :D.Kat bawah ini ada gambar kereta rasmi baginda yang aku ambik masa sedang di servis untuk digunakan semasa hari pertabalan baginda baru - baru ini.Best naik kereta ni,tetiba je aku rasa macam seorang permaisuri :D Bukan sebarang orang dibenarkan masuk ke tempat ni,kereta mahalkan,kereta rasmi Tuanku pulak tu.Kereta ni yang digunakan semasa baginda keluar ke majlis rasmi seperti hari pertabalan dan hari kemerdekaan.