Saturday, February 14, 2009

Bukan salahku

Mak : Nape ko punya je macam ni? Orang lain elok bleh pakai bertahun2.
Aku : Mana tau, agaknye yg ni rejek punya kot.
Mak : Abih masa beli ko tak tengok? Ko tengok ngan kaki aper?

Friday, February 13, 2009

Keajaiban dunia

Aku selalu gak jumpa dengan benda2 yg unik dan pelik tapi tak pernah terpikir nak amik gamba, cuma baru2 ni je rasa apa salahnya aku berkongsi ngan kengkawan. Mungkin korang penah jumpa benda yg pelik lagi unik daripada aku. Marilah kita kongsi sesama. Tak baik kedekut ilmu, tak berkat,hik,hik.


Lampu tido ni aku jumpa dalam bilik yg aku sewa kat sebuah resort. Dia punya senget mengalahkan Eiffel Tower. Semuanya dibuat daripada kayu, berkemungkinan besar dorang guna kayu meranti, kataku dengan konpidennya. Masa nak on/off lampu ni aku baca macam2 doa, takut patah kang pasal2 kena ganti.

Ni plak pinggan sambal belacan ngan timun. Biasanya orang letak sambal belacan dalam mangkuk bulat kecik tu, tapi yg ni lain, unik sekali. Walaupun hanya taraf restoran biasa tapi kerana hidangan yg unik ni aku rasa macam makan kat hotel 5star.


Yg ni aku rasa takde sapa yg tau apa benda alah ni. Inilah bunga kepada bunga kantan. Bunga ni menurut kata org tua boleh digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Cantik tau kalo letak dalam pasu jadi perhiasan, kagum aku tengok.








Thursday, February 12, 2009

Pelik tapi benar



Cerita 1.

Anak buah : Acik nak straw.

Aku : Nak buat apa?

Anak buah : Nak makan sup cendawan.

Aku : ?????

Cerita 2

Kakak : Kalo sesapa nak gi mana2 pakai kereta Along ye. Kunci atas meja.

Aku : Nape? Dapat minyak free ke?

Kakak : Takdelah, saja nak suruh enjin kereta tu bergerak lebih skit.

Aku : ??????

Cerita 3

Aku : Dik, nape ko bawak keta ayah gi keje?

Adik : Keta aku takde minyak, tunggu gaji baru isi.

Aku : ?????

Cerita 4

Aku : Bang, nape ko balik keje awal hari ni?

Abang : Sebab banyak keje kat opis.

Aku : ?????

Wednesday, February 11, 2009

Akhirnya ku tahu

Semalam, sekali lagi aku bermimpi memandu ferrari, tapi kali ini perjalananku agak jauh.

Aku telah pegi ke Jepun, ni gara-gara baca n3 ckLah. Aku terpaksa berjalan dengan penuh sopan santun, maklumlah pakai kimono. Dalam mimpi tu lagi aku telah berjumpa dengan pelbagai jenis binatang yang boleh berkata-kata.


Aku telah di tegur oleh sepasang angsa putih. 'Hi Juliet, kamu sungguh cun", begitulah kata angsa putih itu tanpa segan silu.



Aku juga ditegur oleh beberapa ekor arnab. 'Hi Juliet, bawalah kami pergi bersamamu, kami sanggup berhimpit-himpit".


Dan aku juga ditegur oleh 2 ekor keldai. "Juliet, kecik- dulu ko suka main Donkey kan?".

Aku teruskan perjalanan. Dan tetibe aku berenti di sini. Gara2 baca n3 KTS, aku sampai di sini, Bukit Tinggi. Aku paking kereta. Ah! Mana handbrake nih? Aku kembali mencari di mana handbrake ferrariku. Puas aku raba dan akhirnya aku dapat mencari handbrake yg tersembunyi itu.



Sungguh ku tak sangka, handbrake ni kat sebelah kanan tempat duduk pemandu. Ni yang aku malas naik ferrari nih, kataku dengan bangganya.
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang untuk berbelanja
aku mahu impian besar
jika mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja…,kata Pianka, bukan kataku,hahaha.




Tuesday, February 10, 2009

Mimpiku punah

Semalam aku bermimpi memandu ferrari model F355 dengan nombor plat JC 1, JulietChun 1 ler tuh. Aku pusing-pusing dalam Kl, pastu aku merempit ke Teluk Cempedak.

Dalam mimpi tu aku telah menyertai satu pertandingan ironwoman, dan aku jadi juara. Semua orang berebut nak mintak autograf dan bergambar dengan aku. Pusing-pusing dengan ferrari merahku, tetibe rasa perut berkeroncong. Aku nampak satu kedai makan yg terletak diatas bukit.



Aku pun berenti depan kedai makan tu, free gear, dan aku tetibe rasa panik sebab tak jumpa cari handbrake. Puas aku renung, puas aku tilik, puas aku tekan segala butang namun tak ku jumpa di mana handbrake tu. 'Woiii! ko ni nape dalam tido pun tangan nak meraba2", adik aku marah. Aku terjaga, oh, aku mimpi rupanya. Agak2 korang la, kat mana handbrake ferrari tuh?



Thursday, February 5, 2009

Kebesaran Tuhan

Cuti aritu aku sekeluarga di jemput ke bandar ABC, Selangor, untuk menyaksikan sesuatu yg tak pernah kami tengok selama ni. Pernah dengar cerita serai berbunga? Aku pernah dengar tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri, peristiwa ni pertama kali aku saksikan.


Rumpun serai yg berbunga macam padi. Kata ayahku kalau serai berbunga bermakna ada sesuatu yg pelik akan dapat kita lihat.

Bunga serai yg telah di potong. Menurut kata org tua bunga serai ni byk gunanya.





Sebelum rumpun serai tu di cabut untuk mengetahui apa yg ada dibawahnya, ada sedikit bacaan doa dilakukan oleh orang yg tahu caranya, bukan main cangkul je. Tuan rumah terpaksa meleraikan serai ni satu persatu untuk mendapatkan apa yg tertimbus di bawah rumpun serai.




Siapa sangka dibawah rumpun serai yg berbunga itu terdapat 22 biji batu permata yg sangat cantik. Gambar diatas adalah batu permata yg didapati daripada rumpun serai itu. Kalau tak tengok sendiri mungkin kita tak percaya, tapi inilah rezeki yg tuan rumah ni dapat. Mungkin ini balasan tuhan pada tuan rumah yg selalu menolong org dalam kesusahan tanpa berkira berhabis wang ringgit mahupun tenaga.






Wednesday, February 4, 2009

Hebat!!!!!


Baca novel Faisal Tehrani boleh buat otak berfikir sikit. Aku sangat suka novel ini, tajuknya Tunggu Teduh Dulu, murah je RM 29.90.

Petikan yg aku suka dalam novel ni.

Heroin berkata kepada hero:

"Saya dengan rendah diri ingin menawarkan diri menjadi isteri awak. Atas nama Allah, demi Rasullullah, saya melamar awak".

Agak2 kalau aku cakap kat Romeo Mesia nih apa jadi pada dorang?