Thursday, August 18, 2011

Tips Ramadhan


Petang semalam bawak anak buah umur 8 tahun pegi beli kuih.
Nak beli karipap untuk dia, katanya sebagai upah kemas mainan yang berselerak.
Dan sempat juga beli sedikit kuih untuk berbuka.

Sedang sibuk memilih kuih tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Berteduh di tepi gerai kosong sementara tunggu hujan reda.

Datang sorang makcik dan berdiri berhampiran kami.

"Hujan lebat ye", kata makcik.

"A'ah", kata aku.

"Tinggal di sini?", kata makcik.

"Tak, taman sebelah", kata aku.

"Tu, anak ke", kata makcik sambil menuding jari pada anak buah.

"Bukan, anak buah saya", kata aku.

"Adik dah kawin?", kata makcik.

"Belum", kata aku

Makcik cuit bahu aku dan bagi satu tips," kalau belum kawin jangan selalu bawak anak buah keluar dengan awak, nanti orang ingat anak awak, tak jadi orang nak tekel awak,haaa,rugi kan".

Oh! Begitu rupanya. Anak-anak buah, lepas ni terpaksalah acik tinggalkan kamu dirumah ye.

21 comments:

  1. sian anak buah kene tggl lepas ni....
    :(

    ReplyDelete
  2. - haha...tips ramadhan...makcik tu ckp dr pengalaman kot...

    ReplyDelete
  3. ada betul jugak kata makcik tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. mesti ko pakai baju ala-ala makcik ni,tu pasal makcik tu ingat ko dah kahwin anak satu.hehe

    ReplyDelete
  5. Aku bwk anak pun org igt tu adik aku ;)



    Ehem!

    ReplyDelete
  6. yelah...bukan semua org ada skill PR mcm makcik tersebut!

    ReplyDelete
  7. kak mimi, amboi...bkn main. adik ye? hahhaha

    makcik bg tips yg betol!

    ReplyDelete
  8. ju

    aku dulu masa bujang,,aku hangkut segala anak biah sepupu, sdara,,klau sekali sekala turun berlayar,,cukup jodoh maka berkahwinlah kami,,,,yskin boleh ju,,,

    ReplyDelete
  9. Busybody sungguh makcik tuh.. ko p param nak beli juadah berbuka bukan nak p ngorat.. hahaha

    Weihh tak yah tunggu xbwk anak buah.. kalau kena si bujang tuh berkenan ngan ko walaupun bwk anak buah.. kalau berkenan jadi jek hahaha..

    ReplyDelete
  10. Kirim salam kat makcik tu lain kali ya...hehe

    ReplyDelete
  11. sukati je tau makcik tu...


    nk bantah camana yer.. aku jalan pun suka jer nk bawak rakyat2 tu

    ReplyDelete
  12. hahahha..lepas ni bawak buah sahaja kalau pergi mana mana..anak tinggalkan kat rumah..

    ReplyDelete
  13. makcik tu tak bawak anak kan? adakah makcik tu mintak ditekel?haha

    ReplyDelete
  14. klako..
    tp makcik tu mmg jujur la..

    ReplyDelete
  15. kakngah,
    ni konsep syg anak buah tinggal-tinggalkan :D

    Al,
    berckp dari pengalaman ye :D

    ReplyDelete
  16. fisz,
    byk pengalaman kot :D

    penyu,
    makcik tu main serkap jarang je.

    ReplyDelete
  17. lilies,
    stetmen yg sangat menyakitkn hati.

    hide,
    hahaha, kat tepi jalan je

    ReplyDelete
  18. jaja,
    kalo betul haruslah aku mengikut nasihatnya tu :D

    azani,
    ikan di laut asam di darat dlm periuk bertemu juga yer :D

    ReplyDelete
  19. iina,
    lamanya nak tunggu bujang berkenan,kkekekekeke

    cklah,
    harap2 tak jumpa :D

    ReplyDelete
  20. zonaku,
    hapening je jln ngan kekanak kan :D

    cikguoden,
    hahahaha, buleh gitu kan :D

    ReplyDelete
  21. jeb,
    tak baik ckp lagu tu,hahhahaha

    mizah,
    makcik berkenan kat saya kot,hehehehe

    ReplyDelete