"Kat sini ada binatang liar tak?"
"Dah hampir setahun kami beroperasi, belum pernah jumpa lagi".
"Dalam kolam ada jaws tak?"
"Errr......".
Pemandangan yang indah, udara yang segar, kicauan burung , air terjun, pokok-pokok yang menghijau, sungguh menyenangkan di sini.
Kalau ada yang ingin membawa keluarga berkelah di air terjun, datanglah ke mari. Anda boleh menggunakan segala kemudahan yang di sediakan di sini, surau, bilik air, tempat bbq, dan anda hanya akan dikenakan bayaran RM15 sekeluarga tak kira berapa ramai.Kalau ingin bermalam juga ada kemudahan chalet dan juga dorm.
Oh! Lupa nak bagitau lokasinya. Tempat ini di namakan Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Ya, Ulu Yam tempat korang selalu pegi berkelah tu.Kalau di Ulu Yam kita harus berebut untuk mencari tempat duduk dan tempat menyalin pakaian, di sini takde orang dan bilik air yang di sediakan bersih dan banyak pulak tu.
Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan motivasi.
YB, boleh la bawak staff camping.
Kakpah, boleh bawak pelajar2 tadika menikmati keindahan alam.
Banner tu mengalu-alukan kedatangan atlet Sukan Komanwel dan Sukan Asia, harapnya adalah pingat yang dibawa balik
Surau.
Sesapa yang teringin berenang-renang di tepian dalam kolam ni boleh saja.
Tengok tu, punyalah ramai yang berenang di tepian :P
Tapak perkhemahan, ada 3 tapak. Boleh pilih ikut kesesuaian aktiviti.
Kot ada yang tak suka berkhemah, boleh pilih villa air. Dijamin dalam kolam tu takde buaya ok, jangan takut. : P Kalau nak jimat kos, boleh menginap di dorm, ada dorm yang boleh memuatkan 16orang untuk satu dorm dan ada dorm yang boleh memuatkan seramai 40orang untuk satu dorm.
Nak berakit-rakit ke hulu pun boleh. Tapi rakit tayar la, mencabar ni.Kat KL bukan senang jumpa rakit, kenu atau sampan banyaklah. Jadi, apa tunggu lagi, tunjukkan skil korang yang tersimpan selama ni.Tak pandai berenang? Jangan takut, jaket keselamatan ada.
Satu-satunya gerai burger . Kalau nak berkhemah atau mengadakan kem motivasi korang boleh ambik pakej, makanan dan pengginapan, tak payah susah-susah nak pikir.
Musim panas berendam dalam air terjun sangat syok. Kalau korang nak mandi kat air terjun, takde jaket keselamatan ok :P Pandai-pandailah jaga diri, tapi air terjun ni tak dalam. Cuma batunya agak licin.
Cik Wan, salah seorang penyelia di sini, errmmm,alahai, tabahlah hati :P
Nur Laman Bestari ada di 3 lokasi, Ulu Yam, Lembah Pangsun dan juga Sepang. Pilihlah lokasi yang berdekatan dengan korang. Sesekali bawa keluarga ataupun kawan-kawan beriadah menikmati alam semulajadi pastinya mengujakan. Dan jangan lupa bawa kamera sebab aku tau korang semua sangat fotogenik :P
best...pernah sampai ulu yam..tp bukan kat sini..dekat air terjun yang masuk percuma tu je.
ReplyDeletenak gugel map jap..
ReplyDeletenak tgk jauh ke dekat..
ceit ko pergi tak ajak aku huhuhu
ReplyDeleteoh ko nak riki dulu ek? Ok weekend ni kita kesana lagi. naik kemri
aku bleh pi..
ReplyDeletetp lain tahunla gamaknya
Air kolam tu nampak mcm tak bersih aje. Sanggupke ko nak masuk dlm tu? Aku nak tengok ko masuk situ boleh?
ReplyDeletesolehah,
ReplyDeleteramai kat situkan, aku pon suka tapi bab nak salin baju payah la pulek
kakngah,
dekat je ngan lembah tu
yb,
kalo naik kemri harus tukar driver ok,kakakaka
lilies,
tak sesuai mak buyong nak buat aktiviti lasak :P
yb,
air kolam tu berlumpur,macam teh tarik, tu yg best :P
apsal ko nk suruh bertabah hati lak tu yang...? :)
ReplyDeleteayat2 YB... menggatal sungguh!
he he.
.
kemri tu tak lepas kalau ke ulu yam tu sbb dah lowered. Aku dah bagi ko dua pilihan. Rasanya pilihan pertama lagi cocok utk ko. Ahaks
ReplyDeletePD here we come!!!
tumpang lalu: tasek
ReplyDeletemana ada gatal ayat aku tu. Lainlah kalau air kolam tu yg menyebabkan juliet jadi gatal hehehe
hooo.... best gak ek????
ReplyDeletefotogenik????
ReplyDeletebetul!!!!
aku la tuh..
(yark!!perahsan jap!)
suka sangat dengan sungai...
airnye sejuk...
suka..suka...
:)
Kalau takut di lambung ombak. marilah mandi dalam kolam hehehe.. tgk cam best jek tmpt nie.. boleh utk buat program2 motivasi..
ReplyDeleteTapi buat masa nie aku mandi dalam bath tub jelah hehehe motivasi sendiri sambil berendam bauan lavender hehehe ;)
ala... mana best air x jernih.....
ReplyDeletekonfom ya tak de JOS...!!??
ReplyDeletenak pergi ni!!
sonoknyer membasah ulu yam tewww.. ehehe
ReplyDeletewow! best gaks ek.... esp maksu, maksu ni fotogedik :)
ReplyDeletetasek,
ReplyDeletehanya org bujang saja paham maksudnya,kakaka
yb,
PD ramai sangat, pening :P
yb lagi,
saya dah test, air kolam tu mengikut stended yg ditetapkan, :P
pn.konpius,
en.cayang mesti suka
izzah,
bukan senang nak jumpa sungai yg jernih skang ni
iina,
ReplyDeletehati2 dalam bathtub juga ada bye,kakakka
zonaku,
kolam je airnya tak jernih, air terjun tu cantikkkk.
drsinga,
kot anak jos taktaulah,kekekeke
en.me,
ReplyDeletemandilah sepuas hati :P
maksu,
fotogedik lagi bagus,hahahaha
Ulu Yam.....
ReplyDelete...tiba-tiba rasa nak makan pengat keladi. Dulu pernah buat projek Baktisiswa di perkampungan orang Asli....mukim situ.
aku dah pernah sampai nur laman bestari lembah ulu yam.
ReplyDeleteair kolam tu bukan kotor ke? selamber jer diaorang mandi.adeh!
oo..cik wan ni lah boipren ko ek.hehe