Thursday, March 25, 2010

Sediakan payung sebelum hujan

Dah 4 hari ayah tak buang air besar, dia tidak selesa.
Kakak pegi farmasi beli ubat.
Tetibe semalam ayah cakap dia rasa macam nak buang air besar, kami pun kelam kabut.

Aku tengok kakak masuk dalam stor. "Cari ini kah"?

Kakak cakap bukan cari benda diatas ni, tapi benda lain yang juga penting untuk
memudahkan dia membantu ayah buang air besar. Kami tertanya-tanya apakah benda penting itu.


"Ya,dah jumpa". Kakak cari topeng ini rupanya dan ayah yang tengah sakit perut pun boleh ketawa.

Tuesday, March 23, 2010

Disini seribu cerita

Kakak selalu pesan jangan buat kerja berat-berat.

Abang pun selalu pesan hal yang sama.

Tapi ayah tak dengar cakap anak-anak, dan akibatnya ayah terpaksa bermalam

disini selama 4 hari 3 malam.

Dan kami sangat kasihan tengok ayah terpaksa makan banyak ubat dan diberi banyak suntikan.

Kerusi ini menjadi katil kami pada waktu malam untuk temankan ayah.

Dan pada waktu siang kami berehat disni, ruang rehat yang sangat selesa yang disediakan oleh pihak hospital. Kami juga boleh menonton tv.

Ayah dah keluar dari hospital dan aku harap ayah takkan datang lagi kesini sebab aku tidak suka hospital.

Ucapan terima kasih kepada Dr.Bhagwan yang bersusah payah menguruskan kemasukan ayah kesini dan sentiasa memantau keadaan kesihatan ayah.

Friday, March 12, 2010

Hitam itu menawan

"Juliet, tolong belikan gula kat kedai".

"Penatlah mak".

"Pegi dengan kereta".

"Takde paking la mak".




Ayahku pulang dari kota

Ayahku belikan kan sekuter

Sekuter kecil warna hitam

Bolehku pusing petang-petang

La,la,la,la,la,la,la,la



Thursday, March 11, 2010

Cuci mata di Puduraya

Tengok jam dah pukul 1, kemas meja untuk keluar makan. Tiba2 bos datang cakap aku kena teman dia pegi Puduraya. "Arghhhhh!" Perut dah berbunyi. Bos dah hon suruh cepat. Nak tak nak kena ikut juga. Gambar diatas adalah tangga Puduraya yang sedang dinaik taraf. Lama aku tak datang ke sini, dah banyak perubahan juga.


Bos datang ke sini untuk cuci matanya, aku rasa dia dah tengok banyak benda kotor,ehehehe.

Tengok auntie ni, matanya dah berbalut sebelah. Aku sangat gerun melihat pesakit2 yang keluar dari bilik rawatan kerana kebanyakkannya berbalut mata. Menurut cerita bos, Dr.Fong ini sudah 30tahun membuka klinik di sini, berhadapan dengan Puduraya dan bos sangat suka dengan cara dia merawat dan memberi khidmat nasihat. Kalau ada masalah mata bolehlah datang kesini, layanan dan bayaran sangat memuaskan.


Tuesday, March 9, 2010

Gendang gendut





Bila perut dah berbunyi, makan dimana pun aku tak kisah asalkan kedai itu bersih dan halal. Kata Kts sebutir beras ibarat setitik peluh petani, maka aku licinkan pinggan nasi, dan juga ikan tu tinggal tulang saja. Kalau kat rumah tulang ikan tu pun aku gigit,ehehehehe, tak baik membazirkan. Bila perut dah kenyang baru aku perasan kedai makan ni macam jalan nak ke rumah Yb, blogger yang ramah tamah tu. Kecik saja Keramat ni :P


Thursday, March 4, 2010

Pertama kali...hebat.

Ayah suruh aku caj bateri kereta tuanya. Kalau ayah tau aku panggil kereta tua mesti dia tak bagi aku pinjam lagi keretanya itu. Aku tak pernah buat kerja hebat ini, selalunya aku hanya pandang dari jauh saja. Malas nak campur kerja orang lelaki.

Ayah bagi charger . Untuk tidak memalukan diri sendiri aku buat2 pandai dan mulalah mencucuk sini sana, dalam hati berdoa jangan ada yang meletup sudah. Ok, siap. 3jam lagi boleh hidupkan kereta tua.


Charger ni perlu disambungkan pada plug, guna elektrik.



Lebih kurang 4jam kemudian, ayah keluar, tengok keretanya. Tutup suis charger, dan enjin dihidupkan, vrommm,vromm, ayah tekan minyak. Ayah pandang aku, angguk2 dan senyum. Mesti ayah berbangga kerana aku dah pandai caj kereta. Tapi ayah taktau aku kalut telefon abang suruh ajar cara guna benda tu sampai habis kredit RM10 yang aku baru topup. Fuhhh.

Tuesday, March 2, 2010

Hingga Hujung Nyawa


"Dah 3-4 kali ko terajang.Lagi sekali ko bagi flying kick kat dia ayah tak boleh tolong dah. Ni pun tak tau berapa hari bleh hidup".
Ok, malam ni kena tidur sopan2, kaki kena ikat sikit, jangan nak menendang sesuka hati. Ekonomi tengah gawat sekarang, mana boleh nak beli yang baru. Lagi pun bleh guna lagi :P