Wednesday, April 1, 2009

Suam suam kuku


"Acik pasang ekon". Aku on ekon.
"Acik pasang kipas, nombor 3 tau. Aku on kipas.
"Acik ambik toto". (bkn toto nombor ekor wokeh) Aku ambik.
Dan dengan selamba dia selimut guna toto tu, aku ingat nak buat tilam.
"Apsal selimut ngan toto, macam mana nak rasa ekon ngan kipas?"
"Biar rasa suam2 je".

Tuesday, March 31, 2009

Tolong pandang belakang


"Mahal susu budak sekarang nih. Anak baru dua dah belanja banyak macam ni. Kalau anak dah sekolah sok lagi banyak belanja. Kita keje siang malam nak bela anak, kalau anak tak kenang budi besar nanti sedih sungguh. Tadi akak jumpa anak KakMah, ingat tak yg orang citer kawin sebulan dah bercerai tu. Bukan main seksi lagi".

"Err,errrr, cik, saya rasa cik salah kereta la".

"Hah! Aaaaaaaaaaaa".

Aku paking kereta tepi jalan tunggu adik aku beli barang, tetibe seorang wanita dengan penuh beg plastik di tangan masuk dalam kereta aku kot pintu belakang, duduk dan terus menceceh.

Nasib baik aku tak terus bawak dia balik rumah sebab ingatkan adik aku tadi, kalau tak harus bleh jadi kes penculikan,kekeke.

Monday, March 30, 2009

Debar Earth Hour

Hari Sabtu : 28/03/09

Masa Sarapan.
'Tak sedaplah air milo yg acik buat,macam takde milo je, kalo ummi buat sedap".

Masa Tengahari.
"Acik,nasi ni panas macam mana nak makan? Kalo ummi mesti dia sejukkan dulu baru dia panggil makan".

Masa petang.
"Acik, gorenglah mihun ke, mee ke,laparlah, kalo ummi mesti buat macam2".

Itulah komen dari anak buah aku. Ummi dia kat hospital kerana ini.



Anak buah aku yg baru, cun macam aku gak, tapi dia romeo. Melihat Dunia Realiti pada 28/03/09 pukul 1.30pm melalui pembedahan. Adik aku cakap ANAK EARTH HOUR.


Friday, March 27, 2009

Dia nampak lain

" Cuba ko tengok budak lelaki tu, hensemnya".

"Biasa je, budak sebelah dia lagi hensem".

"Tak, dia lagi hensem".

"Apsal ko kata dia lagi hensem?".

"Sebab dia berpeluh-peluh".

"Errrrrrr".




Thursday, March 26, 2009

Aksi berani mati


Ni artikel dari Harian Metro bertarikh 20 Feb 2009.
Tak bleh scan sebab artikel ni orang punya, dapat ambik gambar pun kira nasib baik.


Artikel tu bertulis begini:
Seorang guru wanita di ugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu gambarnya yg dipaksa bercumbu dengan seorang pelajar lelaki di dalam kereta dan di rakam oleh rakan pelajar terbabit menggunakan henpon jatuh ketangan suami dan rakan-rakan guru itu.
Dan guru wanita terbabit telah membayar RM40,000 kepada pelajarnya supaya menutup mulut mereka dan tidak menyebarkan gambar tersebut.
Suami guru itu akhirnya mengetahui cerita ini dan memaksa isterinya membuat laporan polis.
3 orang pelajar lelaki terbabit telah disoal siasat oleh polis dan jika didapati bersalah boleh didakwa atas kesalahan peras ugut.


Ini pula laporan yg aku dapat dari rakan2 guru wanita terbabit :


Rakan 1 : Dia tu memang gatal, perasan diri cantik sangat.

Rakan 2 : Dia yg menggatal dengan student dia la.

Rakan 3 : Dengar citer makbapak budak tu nak saman dia sebab dorang cakap aksi tu dirakam
suka sama suka.

Rakan 4 : Kalau betul dia dipaksa cium budak tu kenapa tak cakap ngan suami dia? Teruslah
buat laporan polis,apa nak takut ngan budak umur 17tahun.

Rakan 5 : Aku dah lama tau perangai dia, malas nak jaga tepi kain orang je.


Aku pun taktau laporan akhbar atau laporan rakan2 guru terbabit yg betul, tapi menurut sumber aku yg boleh dipercayai, ternyata guru wanita terbabit yg suka dan rela melakukan aksi stunt itu. Cikgu-cikgu wanita, berhati-hatilah, jangan jadi haruan makan anak.


Wednesday, March 25, 2009

Kuala Lumpur,senyumanmu.

Aku nak tanya dah berapa lama korang tak pegi Tasik Perdana? 1tahun ,2tahun, 5tahun? Aku dah dekat 7-8tahun rasanya tak ke sini. Tetibe aritu entah macammana aku boleh sampai ke sini. Dah banyak perubahan, aku ingat kat Tasik Perdana ni untuk orang jogging je, rupanya banyak aktiviti lain yg boleh dibuat.


Sang Kancil yg pemalu macam aku.



Rusa yg jinak. Bawak anak2 datang sini, Taman Kancil dan Rusa, masuk percuma.





Kalau tak larat jalan kaki korang boleh naik kenderaan ni, tambang dewasa 0.50, kanak2 0.20, murah banget dong.











Camner tetibe ada signboard Manjung ni? Jgn kelam kabut, korang masih di tasik perdana, moh kite tengok paya bakau kat tepi jeti.



















Pedal boat, satu boat boleh naik 4 orang, 2 dewasa dan 2 kanak2. Tambangnya cuma RM3 untuk satu boat. Pusing ler satu tasik kalo larat ,takde orang nak marah.

Ayah aku dulu pun ada motor cenggini.






Rumah Felda, adakah rumah Mawi dulu camni?
Apalagi, hujung minggu ni jom kita meriahkan tasik perdana. Kakpah dah senyum2, teringat cerita dating dulu kat sini ke? :D






Tuesday, March 24, 2009

Sedap mulut jer



"Bang, Hundredplus satu".

"Panas ke sejuk? Kecik ke besar?".

"Errr, ape beza panas ngan sejuk?".

"Kalo nak yg panas kat belakang, yg sejuk dalam peti ais".

Beberapa minit kemudian.

'Tak jumpa pun bang".

"Takde dalam peti ais tu?".

"Takde, kat belakang pun takde".

Beberapa minit kemudian lagi.

"Ade la dalam peti ais,pilih yg panas ke yg sejuk?".

"Ni air hundredplus".

"Abih tadi adik mintak hunderdplus la".

"Err,errr, saya nak plaster balut luka".

"Oooo, cakaplah HANDYPLAS".

Arghhhhhhh, malu,malu.

"