Thursday, June 27, 2013

Memandang Awan



Rumah yang saya beli hari tu tu saya sewakan.

Sebab rumah tu agak jauh dari tempat kerja saya.

Dan rumah mak ayah saya pun takde orang.

Lagi pun duit sewa tu bolehlah saya guna bayar ke bank.

Rumah saya di sewa oleh 6 orang gadis bujang.

Kot ada yang nak berkenalan dengan mereka nanti saya mintak nombor telefon :D

Hari tu saya jumpa dengan salah sorang ibu kepada gadis yang sewa rumah saya.

"Rumah ayah?" kata makcik cantik.

"Tak, rumah saya sendiri".

Makcik cantik pandang saya atas bawah.

"Muda-muda dah ada rumah, ada kereta, susahlah lelaki nak masuk meminang, dorang takut".

Gulp!!!

Saya senyum saja.

Jangan takut makcik cantik, saya takkan bagitau lelaki yang saya ada rumah kecik dan kereta buruk :D






10 comments:

  1. Betapa negatifnya pemikiran makcik tu.
    Sekarang ni kalau sidara ada rumah, pelbagai.. lagilah ramai yang nak masuk meminang.. haha.. jgn bimbang.

    Tapi seelokknya jgn beritahu sesiapa.. >_<

    ReplyDelete
  2. selalu dikata macam tu kan....




    apa kata lelaki bujang pulak.. sila beri pandangan anda..... betul ke tak mahu masuk meminang???

    ReplyDelete
  3. Adoiii... makcik tu! Sepatutnya ambil iktibar dan minta anak gadisnya mencontohi Juliet.

    Kalau lelaki, saya masuk meminang cik Juliet :P




    ReplyDelete
  4. Makcik cantik masih di tahap pemikiran lama, dan berbeza pendapat dgn saya. Perempuan zaman sekarang perlu ada semua itu makcik, sebab lelaki makin sikit dan lelaki yang berkualiti laaagi makin sikit.

    ReplyDelete
  5. Tengok jari jemari yang cantik itu, eh baju dia sama dengan alas meja kah?

    Hehehe.

    ReplyDelete
  6. tie,
    masih ada yg berfikiran begitu di zaman yg serba canggih ni kan :P

    ReplyDelete
  7. zonaku,
    lelaki bujang tak mau masuk blog ni,kikiki

    ReplyDelete
  8. BR,
    awak buat rama2 dalam perut saya berterbangan,:P

    ReplyDelete
  9. tata,
    lelaki yg berkualiti mungkin dah jadi hak orang,ehehehehe

    ReplyDelete
  10. tata,
    baju kita RM20 semeter dia samakan dgn alas mjea? takmo kawan.

    ReplyDelete