Rumah yang saya beli hari tu tu saya sewakan.
Sebab rumah tu agak jauh dari tempat kerja saya.
Dan rumah mak ayah saya pun takde orang.
Lagi pun duit sewa tu bolehlah saya guna bayar ke bank.
Rumah saya di sewa oleh 6 orang gadis bujang.
Kot ada yang nak berkenalan dengan mereka nanti saya mintak nombor telefon :D
Hari tu saya jumpa dengan salah sorang ibu kepada gadis yang sewa rumah saya.
"Rumah ayah?" kata makcik cantik.
"Tak, rumah saya sendiri".
Makcik cantik pandang saya atas bawah.
"Muda-muda dah ada rumah, ada kereta, susahlah lelaki nak masuk meminang, dorang takut".
Gulp!!!
Saya senyum saja.
Jangan takut makcik cantik, saya takkan bagitau lelaki yang saya ada rumah kecik dan kereta buruk :D
Betapa negatifnya pemikiran makcik tu.
ReplyDeleteSekarang ni kalau sidara ada rumah, pelbagai.. lagilah ramai yang nak masuk meminang.. haha.. jgn bimbang.
Tapi seelokknya jgn beritahu sesiapa.. >_<
selalu dikata macam tu kan....
ReplyDeleteapa kata lelaki bujang pulak.. sila beri pandangan anda..... betul ke tak mahu masuk meminang???
Adoiii... makcik tu! Sepatutnya ambil iktibar dan minta anak gadisnya mencontohi Juliet.
ReplyDeleteKalau lelaki, saya masuk meminang cik Juliet :P
Makcik cantik masih di tahap pemikiran lama, dan berbeza pendapat dgn saya. Perempuan zaman sekarang perlu ada semua itu makcik, sebab lelaki makin sikit dan lelaki yang berkualiti laaagi makin sikit.
ReplyDeleteTengok jari jemari yang cantik itu, eh baju dia sama dengan alas meja kah?
ReplyDeleteHehehe.
tie,
ReplyDeletemasih ada yg berfikiran begitu di zaman yg serba canggih ni kan :P
zonaku,
ReplyDeletelelaki bujang tak mau masuk blog ni,kikiki
BR,
ReplyDeleteawak buat rama2 dalam perut saya berterbangan,:P
tata,
ReplyDeletelelaki yg berkualiti mungkin dah jadi hak orang,ehehehehe
tata,
ReplyDeletebaju kita RM20 semeter dia samakan dgn alas mjea? takmo kawan.