Kereta saya baru tukar gearbox.
Baru tukar mounting enjin.
Baru servis dan segala macam yang membuatkan saya terpaksa korek tabung arnab.
Jadi, mari kita test drive :D.
Saya ajak kawan-kawan pergi ke Tangkak sebab kami belum pernah sampai ke sana lagi
Jalan jem tak bergerak.
Dalam perjalanan ke Tangkak nampak sawah padi sebab kami lalu ikut jalan kampung.
Sebenarnya kami redah saja, asal nampak papan tanda Tangkak sudah.
Kami berhenti untuk solat zuhur di masjid Tangkak, tapi saya lupa nama masjidnya.
Saya sangat teruja sebab dalam kawasan masjid ada pejabat kadi.
Selesai menjelajah Tangkak, kami tuju ke Muar.
Kami main redah juga, kami takde GPS atau yang sewaktu dengannya.
Kami memang suka begitu, tengok papan tanda dan bergaduh sesama sendiri mahu kanan atau kiri :P
Bandar Muar juga sesak.
Kami pusing banyak kali baru jumpa kedai mi bandung yang terkenal itu.
Mi bandung Abu Bakar Hanipah.
Puas hati.
Singgah di Melaka kami minum coconutshake.
Tak sangka di Melaka ramai peniaga coconutshake.
Harganya murah dan sedap.
Nak beli goreng pisang tanduk tapi dah habis, takpe, lain kali boleh datang lagi.
Perjalanan balik ke KL agak meletihkan sebab jalan sesak dan nak berhenti di RNR pun takde tempat paking.
Tapi, kami seronok sebab dapat sampai ke Tangkak dan Muar.
Dan kami dapat apa yang kami cari.
kampung saya tuuu !!
ReplyDelete:)
aku dulu nk cr mee bandung tu pun tawaf 3-4x pekan muo..
ReplyDeletedoc,
ReplyDeleteye ke? lenkali boleh singgah
kakngah,
kan, melilau baca signboard