Wednesday, January 30, 2013

Besar

Minggu lepas, hari Jumaat.

Lepas solat Jumaat saya hantar anak buah yang tingkatan dua pergi sekolah sebab hujan lebat.
Selalunya dia pergi sekolah naik basikal. Masa dia turun dari kereta saya pesan pada dia petang nanti
saya datang ambik dan suruh dia tunggu depan sekolah.

Petang tu hujan renyai-renyai, saya dengan sekaki payung berlabelkan nama syarikat insuran
tunggu dia depan sekolah. Kereta saya paking agak jauh dari sekolah sebab kereta lain dah
penuh depan sekolah tu.

Dengar loceng tamat sesi sekolah di bunyikan, dan pelajar menderu keluar. Sorang, sorang, sampailah
semua pelajar keluar dan pengawal kunci pagar tapi anak buah saya masih tak muncul.

Saya tanya beberapa orang kawan dia yang saya kenal dan mereka cakap dia dah balik tumpang basikal
kawan. Oleh kerana saya ibu saudara yang baik, saya pusing-pusing cari dia di sekitar kawasan berhampiran namun tak jumpa. Saya telefon rumah dan mak cakap anak buah dah sampai, tumpang kawan.

Saya mula naik angin, tapi sebab saya ibu saudara yang baik cepat-cepat saya sabarkan hati yang tengah panas, cepat-cepat saya halau syaitan yang mula nak bisikkan perkara jahat.

Sampai rumah saya tanya dia tak nampak ke saya berdiri tegak macam askar kena denda depan sekolah.

Dan dia jawab, " abang tak nampak, acik besarkanlah badan sikit,baru senang abang nampak".

Errrr..............asalan.

13 comments:

  1. kehkehkeh kurang besar rupanya acik...

    ReplyDelete
  2. hahahhaa.......

    so acik.. lps ni x yah susah payah nk diet lagi dah... kang anak buah x nmpk....

    ReplyDelete
  3. ahakss.. cian acik.. lain kali kena bawak kayu papan tanda 'acik is here'

    ReplyDelete
  4. saya perasan dua kali awak menaip terma "ibu saudara yg baik"

    abang, ada mi sebalik udang tuh.

    ReplyDelete
  5. acik terlindung payung sykt insuran tu agaknya .... hehehe

    ReplyDelete
  6. susah nak dapat emak sedara baik mcm juliet ni.

    ReplyDelete
  7. mrs.azmi,
    alasan dia je tuh,ehehehe

    ReplyDelete
  8. zonaku,
    hidup utk makan ke makan utk hidup eh :D

    ReplyDelete
  9. asleenda,
    nak mintak ngan abg as lah :D

    ReplyDelete
  10. iina,
    letak lampu lip lap,kekekkeke

    ReplyDelete
  11. yb,
    payung lagi besar dari tuan agaknya :D

    ReplyDelete