Thursday, January 17, 2013

2

Semalam terjumpa dengan En.S, cikgu sekolah memandu saya dulu. Tanya kabar dan berbual sekejap.

Teringat cerita 5 tahun dulu masa saya belajar memandu dengan En.S.

Satu hari masa saya tengah memandu En.S suruh saya berhenti di stesen minyak sebab dia nak ke tandas. Sebelum keluar dia hulur telefon bimbitnya pada saya dan pesan suruh saya jawab panggilan tak kira dari siapa dan ambik pesanan dari pemanggil.

1 minit lepas En.S keluar telefon bimbitnya berbunyi dan nama yang tertera di skrin ialah "sayang". Saya dah kelam kabut, nak jawab ke tak panggilan tu, tapi bila ingat sifu pesan suruh jawab, dengan takut-takut saya tekan butang hijau.

Saya : "Hello, saya student En.S, dia pegi tandas dan dia pesan suruh saya jawab panggilan".

Dia : "Oooo...saya dah biasa, En.S memang macam tu.Saya isteri dia, sampaikan pesan suruh
            dia balik awal sikit malam ni ya, ada hal kat rumah,ok,dik,terima kasih".

Saya : "Sama-sama", sambil tarik nafas, lega.

Bila En.S masuk dalam kereta terus saya cakap yang isterinya telefon.

En.S : " Isteri no.1 ke no.2?"

Hah! Saya pandang tepat-tepat pada En.S dan berharap dia bergurau saja.

En.S : "Dia tak cakap isteri no.1 ke 2?"

"En.S ada dua isteri ke?", tergagap-gagap saya bersuara.

"Ya, dan awak jangan risau, tak mungkin ada yang ketiga, buat masa ni lah", katanya sambil senyum-senyum.

Terkesima. :D


19 comments:

  1. Nasib baik awak tak jadi yg ketiga ... ngeeee

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak!

      KTS bljr sendiri. Pro la ktkan

      :P

      Delete
  3. Ckp kat en.S, lain kali ltklah "sayang 1" "sayang 2". Baru tak kompius

    Hahaha

    ReplyDelete
  4. Wahai KTS dan Juliet

    Sudikah kalian jadi sayang 2 dan sayang 3 saya? hahaha

    ReplyDelete
  5. cikgu kelas memandu aku ntah ada lagi ke ntah tidak ek....
    Masa tu henpon pun belum wujud lagi kehkeh..

    ReplyDelete
  6. hehehee.....

    sempat aje YB buka tender....

    ReplyDelete
  7. yb,
    saya lebih berminat pada engineer,ehehehe

    ReplyDelete
  8. yb,
    bkn kts belajar dengan yb ke? kekeke

    ReplyDelete
  9. kts,
    bkn 5x test baru pas kan dulu?

    ReplyDelete
  10. kts,
    kalau jumpa nanti aku cakap eh.

    ReplyDelete
  11. yb,
    permintaan anda sedang di pertimbangkan,kikiki. Jap, bukan awak dah ada sayang no.2?, larikkkkk

    ReplyDelete
  12. kakpah,
    zaman akak masih guna surat menyurat eh :D

    ReplyDelete
  13. apalah soalan cikgu ko tuh.. dah dia yang letak nama sayang tuh.. takkan tak tau no 1 ke 2.. hahaha...

    ReplyDelete
  14. iina
    aku syak dia tengah gabra gak tuh,kekekeke

    ReplyDelete
  15. iina
    aku syak dia tengah gabra gak tuh,kekekeke

    ReplyDelete