Kawan saya selalu cerita dia kena simpul biawak.
Errr...tau ke simpul biawak? Kalau taktau sila gugel :D
Kawan saya cakap dia hampir menangis tahan sakit kalau kena simpul biawak.
Kenapa di panggil simpul biawak eh? :D
Saya jarang sangat kena, setahun sekali pun tak pernah, jadi saya kurang ingat rasa sakitnya.
Kata kawan seorang lagi, dia pun selalu kena simpul biawak dan sakitnya tak tertanggung.
Kawan cerita lagi kalau dia kena simpul biawak dia akan urut kakinya dengan minyak panas dan sarungkan kaki dengan stokin waktu tidur.
Pagi tadi masa mak kejut sahur, saya tetiba rasa sakit yang amat di bahagian betis.
Saya tak mampu menggerakkan kaki selama beberapa minit dan memang rasa nak menangis.
Sebenarnya saya rasa nak menangis sebab takut tak sempat makan sahur, bukan sebab kena simpul biawak.
Saya sapu ammelt yoko yoko kat betis, barulah rasa lega sikit.
Dan sekarang saya ok,saya wira, bak kata Azizulhasni Awang :D
aku rasa malam tadi ada biawak masuk bilik ko dan simpulkan betis ko kut..hehe..
ReplyDeletep/s : 1st time dengor simpul biawak ni
Wira kena bangun awal tolong mak masak len pagi eh...?!
ReplyDeleteada panggil simpul mengkarung tau!!
ReplyDeletebiasenya pompuan preggy yang kena simpul biawak ni..sebab kurang kalsium..apakahhh????
ReplyDeleteheheh..
saya tak panggil simpul biawak tapi tarik mengkarung....
ReplyDeletesaya terpaksa menggoogle untuk mencari maksud simpul biawak...
ReplyDeletebiawak tu malas nak bangun sbb tu dia dok menyimpul kat betis tuh..hehe..
ReplyDeletehappy fasting!!
akk panggil simpul mengkarung
ReplyDeletehaah.. org bunting je yg selalu kene simpul biawak ni..
ReplyDeleteten.. ten.. ten..
aku pggl tarik mengkarung...
ReplyDeletetime pregnant kenala... tp takdelah selalu... ;)
selalunya sebab2 kena simpul biawak nie 1 sebab kurg garam dan 2 sebab terlalu sejuk.. ahaks..
ReplyDeleteSy cuma kena kalau time hujan dan cuaca mlm sejukk dan tdo dlm ekon.
ReplyDeletesetahu saya simpul biawak tu bila jam tak bergerak terutama di simpang bila semua kenderaan tak nak mengalah bila traffic light mati ....
ReplyDeletepenyu,
ReplyDeletehahahaha, biawak komodo eh.
doc,
saya ramai kakak yg rajin. :D
Simpul mengkarung lagi ganas bunyinya.
asleenda,
ReplyDeletesila bersangka baik di bulan mulia,hhahahaha
mrs.azmi,
panggilan berbeza tapi sakitnya sama kan :D
nazli,
hahahaha, berguna gugel tu
izzah,
ReplyDeletesaya rasa gitu juga,kekekeke
rozita,
tak pernah dengar pulak tu.
kakngah,
ReplyDeleteerrr...aku prektis dulu,kekekkekekeke
lily,
kalo tak peknen kena juga apa masalahnya tu?
iina,
ReplyDeletekalo garam aku rasa tak kurang tapi lebih,kekeke
alis,
kalo musim tengkujuh asyik kena la yer :D
yb,
hahahahaha, lagi pelik.