Wednesday, July 4, 2012

Bagaikan mimpi

Makcik Mah, kawan mak, selalu cerita dengan mak yang dia sangat teringin untuk menjejakkkan kaki ke tanah suci sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah.

Minggu lepas ketika mak berziarah ke rumahnya, Makcik Mah peluk mak dan berbisik menyatakan bahawa dia dan suaminya akan berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 3 Julai ini.

Makcik Mah dan suami membuat persiapan tergesa-gesa kerana pemergian mereka ke tanah suci sebenarnya tidak di rancang. Pemergian mereka berdua adalah hadiah daripada anak-anak dan segalanya di uruskan oleh anak-anak.

Semalam, 3 Julai, pukul 11 pagi, Makcik Mah dan suami berlepas ke tanah suci. Makcik Mah kelihatan sangat gembira kerana hajatnya telah di penuhi oleh anak-anak.

Dan lebih kurang pukul 5 pagi tadi, mak dapat panggilan daripada salah seorang anak Makcik Mah mengatakan bahawa Makcik Mah telah meninggal dunia di Jeddah.

Dan tengah malam ini jenazah Makcik Mah berkemungkinan akan tiba ke tanah air.

Semoga rohnya di tempatkan bersama orang beriman.


12 comments:

  1. Al-fatihah

    ntri sedih kali ni

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah semoga rohnya tenang disana.. tercapai juga hajat dia kan

    ReplyDelete
  3. al fatihah

    drNya kt dtg. kpdNya jua kt kembali

    ReplyDelete
  4. Salam takziah.

    W/p belum sempat mengerjakan umrah tapi insyaAllah niat dia dah diterima Allah. Semoga arwah dicucuri rahmat.

    Kenapa tak kebumikan jenazah di sana aje?

    ReplyDelete
  5. takziah buat sekeluarga....

    syukur anak2 berjaya gembirakan hati bonda....

    ReplyDelete
  6. Arwah ada apa2 penyakit kronik ke? Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman. Alfatihah.

    ReplyDelete
  7. Allahu rabbi...
    sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik buatnya..
    al-fatehah..

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah tuk arwah..terharu baca kisah ni..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih pada semua yg mendoakan kebaikan untuk arwah.

    ReplyDelete
  10. Takziah...awat x ckp ke sy pon.. Tetibe sebak.

    ReplyDelete