Wednesday, May 11, 2011

Tak paham

Tadi pagi2 mak suruh beli gula kat kedai runcit depan rumah.

Maka, berskuterlah gadis itu dengan segera untuk memnuhi permintaan ibu tercinta.

Sampai di kedai, gadis itu pun capai 2kg gula dan hulur not RM5 sekeping.

Abang kedai senyum capai duit dan angguk2 kepala.

Gadis itu masih berdiri depan kaunter dan sedikit cuak sebab abang kedai buat tak tau.

"Bang, gula sekilo berapa?"

"RM2.50".

"Oh! Bukan RM2.30?"

"RM2.30 tu harga untuk pemborong, bila dah sampai ke pembeli kecik macam adik ni harga RM2.50".

Gadis pun berlalu dengan muka sedikit kehairanan bila dengar penjelasan abang kedai.

Dalam hati gadis berkata, "kalau kat kedai lain harga RM2.30, jaga kedai ni, kita bako,kita bako".

16 comments:

  1. lor.. boleh pulak gitu?

    bako je kedai tuuuuu

    ReplyDelete
  2. report kt tribunal pengguna.

    ReplyDelete
  3. Oo... pandai-pandai je... gi report cepat!!

    ReplyDelete
  4. dah 4posen rugi..
    kalau kali 100..
    kalau kali 1000..

    repot cepat!!

    ReplyDelete
  5. tak tanya ju, dia pakai lereta isi minyak ron berapa?kalau dia kata 97, tanya lagi dia kutip sendiri gula dekat kilang ke?

    ReplyDelete
  6. kalo ko bako pastikan api x marak na musim panas ni...kang abih kedai sebelah hihihi

    ReplyDelete
  7. bako gula tu..
    jangan bako kedai.
    kau pencen je la guna gula nih.

    ReplyDelete
  8. dah survey ke kedai lain?? kalau udah bila ko nak bako kedai tuh?

    ReplyDelete
  9. mrs.azmi,
    nak untung lebih ke?

    kakngah,
    nak repot kesian sebab kaum sendiri

    kaktie,
    dia nak cepat kaya agaknya

    alis,
    temankan buleh ? :P

    ReplyDelete
  10. zonaku,
    guna C4 buleh? :P

    dr.singa,
    kesian pengguna kecik

    azani,
    saya rasa van dia guna diesel.

    ReplyDelete
  11. iina,
    kedai lain RM2.30perkg.
    aku tunggu ko balik, kita bako sama2, :P

    ReplyDelete
  12. lilies,
    nasib baik ko nasihatkan aku,kekekeke

    kakpah,
    tak makan gula rasa menggigil kak :P

    ReplyDelete
  13. naper tak cakap "takpelah pakcik,pakcik simpan duit lebih 40 sen tu buat pi haji"

    ReplyDelete
  14. kalau nak bako,
    bako gula tu.
    boleh jadi gula hangus
    pastu ko buat kek.
    sedap !

    ReplyDelete