Thursday, May 12, 2011

Garis tanpa sempadan


"Kami nak buat u-turn je pakcik, bukan nak masuk mandi atau main air", kata aku.

Dia geleng-geleng kepala sambil hulur dua helai kupon.

"Kalau dah masuk lepas garisan ni, tak kira nak buat apa, berapa lama, harus bayar", kata pakcik itu.

Aku dan dia berpandangan bila tengok dua helai kupon yang dihulurkan.



Kupon pertama.

Bayaran RM1 seorang dikenakan. Kalau dalam kereta ada 10 orang maka sila bayar RM10 ye, tanpa was2




Kupon kedua

Sebiji kereta bayaran dikenakan RM2. Kalau datang dengan 3 biji kereta, sila bayar RM6, tanpa was2

"Tapi pakcik, kami bukan nak letak kereta, kami nak buat u-turn je. Takkan 2 kupon nak kena bayar?"

Pakcik bermuka garang bermisai lebat itu tetap hulur 2 kupon tanpa was-was.

Haihhhh.

17 apa2 aje:

kakngah said...

ko ke arah rawang ke.. selayang??
kalau arah selayang, kat depan sikit ada u-turn. penat JKR buat taw!
kalau arah rawang, kat depan sikit ada petronas. boleh jek gunapakai utk u-turn.
duit tiket beli goreng pisang.. kenyang!

Mr PenyuBiru said...

naper ko tak u-turn jer kepala pakcik tu.hehe..

tasekM said...

celah lain tak ada ke nk buat u-turn tu yang...?




.

ckLah said...

pakcik tu yg buat orang was-was...

iina said...

kalau tak nak bayar camna? takkan pakcik tuh nak bako keta ko lak kan hehehe ;)

Yunus Badawi said...

Tadi dah komen panjang2 tapi blog mengong. Penat aje tulis huhuhu

Yunus Badawi said...

Kalau awak ke depan sikit dan buat u turn dekat opis saya tu free aje.

AZANI said...

boleh reverse tak?

dangarumbia said...

Wah, Ada ditulis kat situ ke ? Kalau tak de, tak perlu bayar... Boleh komplen kat tv3... :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hamboi.

kalau dengan hati panas aku ni...

Ms.Lilies said...

erkkk....
kalo dgn bos aku dia dah kena tibai ni hahahaha...apa ke nak u turn pun kena bayo...melampau

Cikgooden said...

betul...masuk kawasan wajib bayar..

hahahha

||alis|| said...

tanah2 tuh sume dari hong kong ke hapa nak soh bayar even just u turn jer?? adooiii ai..

DrSinga said...

dah alang-alang bayor...
mandi je lahhh........

julietchun said...

kaktie,
tak perasan pulak ada tulis ke tak sebab dok sibuk bertekak :P

azrina,
kalo aku tak sampai hati nak ambik duit

julietchun said...

lilies,
aku pon hangat jugak beb

cikguoden,
takkanlah takde diskaun :P

julietchun said...

alis,
duit adalah segalanya

dr.singa,
tak bawak baju :P