Rumah dia di atas bukit.
Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah dia yang terletak di atas bukit.
Bukan nak cerita pasal bukit yang dah makin gondol itu.
Bukan nak cerita pasal pemandangan yang cantik pada waktu malam dari atas bukit.
Bukan juga nak cerita pasal rumah-rumah yang semakin banyak di bina atas bukit.
Yang sebenarnya nak cerita kalau nak ke rumah dia di atas bukit tu, aku terpaksa melalui sebatang jalan yang dikiri kanannya ada hutan agak tebal.
Aku syak kalau masuk dalam hutan ni boleh sesat, tapi tak taulah kalau boleh guna GPS Papago untuk cari jalan keluar.
Satu malam, bulan purnama. Dia suruh, bukan suruh tapi paksa aku pergi kerumahnya untuk mengambil sesuatu.
Sampai di simpang untuk masuk ke jalan rumah dia, hati rasa tak sedap. Aku terpaksa lalu kawasan perkuburan yang masih dalam proses pembinaan. Tiba-tiba, pohon-pohon di tepi hutan bergerak-gerak. Makin lama makin kuat gerakan yang berlaku.
Dan tak semena-mena muncul makhluk yang buat aku jerit, eeeeeeiiiiiiiiiiii, BABI! BABI!
Ya, makhluk itu adalah seekor babi hutan. Dan babi hutan itu lintang pukang lari bila terkena suluhan lampu kereta aku.
Aku beritahu dia yang aku jumpa babi hutan, dan dengan selamba dia cakap dah biasa dengan pemandangan itu dan selama dia duduk di situ tak pernah dengar lagi ada kes orang langgar babi atau babi langgar orang.
Fuhhhh! Aku rasa taknak buat rumah diatas bukitlah, bahaya.
cop tempat dulu
ReplyDeleteYes saya first hari ni. Skrg baru nak baca. hehehe
ReplyDeleteAlaaa setakat babi hutan tu kat Bukit Antarabangsa tu banyak. Sayapun pernah jumpa.
ReplyDeleteIngat awak jumpa pontianak atau gajah hehehe
Awak pergi sorang2 ke? Lain kali kalau takut boleh saya temankan.
ReplyDeletepsst - jgn bagi tahu org lain takut ada yg jeles hahaha
kat umah aku pun banyak gak. Tapi siput BABI laaa
ReplyDeleteahahaha
ko pernah lalu bukit tungku tak..? seram yek...?
ReplyDelete.
ala..
ReplyDeletekt plaza tol lembah, siap berkampung depa anak beranak nok...
jln nk mai rmh aku pun sama..
sebbaik hrtu mimi dtg time siang. kalau dtg memalam + lps hujan.. gerenti terserempak punyer...
Juliet, kat sini pun ada banyak babi. Kak tie kalau nak jemur kain kena teropong dulu. Kalau line clear, baru boleh keluar, hihihi...
ReplyDeleteNasib dia lari.. dibuatnya dia tunggu ko huhuhuhu... hilang keayuan ko
ReplyDeletehalar...
ReplyDeletebaru nak suspen ... ingatkan kak limah yang lalu ...
rupanya babi hutan ... fuhhh... simpan debar balik ... penat bedebar tadi ...
salam juliet
ReplyDeletemujur tak seladang yang lalu...cer try lalu jemaluang rompin waktu senja.....silap silap gajah pun lalu.
tumpang lalu JC
salam tasek
apa yang seram kat bukit tungku tu?
orang buat drift ke?
jangan2 tu hantu babi hutan !!
ReplyDeletekat kampung saya siap babi hutan anak beranak main kat laman selambe derk je
ReplyDeletebabi betul babi tu.. hikhik..
ReplyDeleteapsal ko tak langgar jer dan jual di restoran cina.hehe
ReplyDeleteyb,
ReplyDeletetak payah cop2, ai tak lari :D
yb,
awak tak de keje ke? :D
yb,
tak sangka kat bukit a/bangsa byk babi. Selambe je saya gi memalam.
kts,
ReplyDeletekata orgtua, kalo rumha byk siputbabi bermaksud penghuni rumah itu pengotor,eiiwwwww
tasek,
pernah,lalu siang pun seram sebab mcm takde orang
kakngah,
ReplyDeletelembah tu adakah lembah beringin?
kaktie,
ye ke? kita tak penah tgk babi hutan kat kawasan rumah.
iina,
kalo dia tak lari akulah yg lari,:D
izan,
ReplyDeletekalo kaklimah rasanya tak buleh nak lari,hahahaha
azani,
berdoa jgn jumpa binatang liar gitu,takut :D
dr.singa,
kakinya jejak tanah,hahahaha
mrs.azmi,
ReplyDeleteduit tu,duit,hahahahah
kakpah,
hahaha,setuju,setuju
penyu,
kang nak samak kete payah pulok :D