Wednesday, April 28, 2010

Trett,trett...sms masuk..ARGHHHHHH!!!!

Trettt,trettt, bunyi sms masuk, jam dah pukul 10 malam.

Sms daripada seorang sahabat yang nak pinjam novel Kanda Faisal Tehrani.
Berbalas sms dengan sahabat ini lebih kurang 15minit.

Teringat pulak nak tanya khabar berita sahabat itu. Sms dia.
Sahabat yang ini sedang rilek2 sebab penat ganti puasa siang tadi.
Berbalas sms dengan dia lebih kurang 15minit juga.

Pukul 11 malam, bunyi sms masuk.

Hati berbunga-bunga baca mesej dari dia. Dah sebulan dia tak sms, mungkin sibuk atau mungkin
merajuk, entahlah, aku taktau.

Dah pasang niat nak memujuk dia malam ni, beralah untuk kebaikan bersama. Karang ayat baik-baik, ada pantun seloka supaya dia tak lari lagi. Tekan butang SEND, tapi tak jalan. Tekan lagi, tekan lagi, tekan lagi sampai rasa macam nak campak henpon tu.

Darah muda dah mendidih, henpon ni memang nak kena baling ke dinding, masa kecemasan dia nak buat hal pulak. Otak ligat berputar mencari penyelesaian, tiba-tiba tangan tergerak nak tengok nilai kredit henpon.

"Baki anda RM0.02, sila tambah jumlah.......".

"TIDAKKKKKK !!!!!!!     TIDAKKKKKKK !!!!!!!   TIDAKKKKKKK !!!!!

Kekanda dimedan perang
Adinda dimedan seni
Sama-sama berjuang
Demi untuk pertiwi

Lagu ni takde kena mengena, saja nak menghiburkan hati.

26 comments:

  1. muahahahahaha

    sungguh sadis! sungguh sadis!!


    .
    .


    kalau dah jodoh, takkan lari ke mana..

    ikan di laut, asam di darat...


    lagu2 ni pun takde kaitan dgn entri


    muahaha

    ReplyDelete
  2. Itulah yg ko layan sangat kts nak pinjam novel sampai habis kredit ko tu buat apa?

    Kongsilah pantun ko tu. Kalau boleh pantun yg dia balas tu ko siarkan sekali hehehe

    ReplyDelete
  3. heheheh...alahai...cian ko ekk..xpe..cube lagi...

    ReplyDelete
  4. Hahaha....kasihan henpon itu disalahkan

    ReplyDelete
  5. cepat lari ke depan rumah. kat seberang jalan tu ada public phone...

    ReplyDelete
  6. ngeh3...





    babe, pinjam novel FT ko???


    ;)

    ReplyDelete
  7. Tulah lainkali check kredit.. susah2 ko ambik line byr bln2 jek.. seng ;)

    ko tau tak ko leh sms free jek guna internet.. kalau agak2 dah xde duit tuh leh ler sms

    ReplyDelete
  8. frust betoi,... kan. emergency topup camner ek?

    ReplyDelete
  9. Salam Juliet.....

    Alahaiiii....baki RM0.02 aje.
    Nak call pakwe ko pun mmg tak lepas daaaaaaa......

    Apa kata ko suruh dia top-up kan utk ko. Jgn la ko kata aku yg kata.
    Huhuhuhuhu....

    :)

    ReplyDelete
  10. heheheehhehehe.. sadis!





    er buat la y free tu.... cam aku.. ada sampai 100 over free sms. ada x ada, aku sms ngan pnKompius jer

    ReplyDelete
  11. trett,trett.....




    ...tukarlah ring tone sms tu!


    ckLah punya suara doraemon! He..he...

    ReplyDelete
  12. moral: sila ambil talian tetap. ko boleh sms sampai lewat pagi..

    ReplyDelete
  13. Ni mesti kuat sms... sambil makan, sambil tengok tv dan sambil kerja, ekekeke........

    ReplyDelete
  14. tu lar kata... selalu disaat kecemasan atau ati sedang menggebu2nk meluah hasrat... kedit kasi potong kan...
    (mcm kita x penah tengok kedit... sentiasa tak ada..hehehe)...

    ReplyDelete
  15. kts,
    ikan dilaut asam didarat tu sesuai utk ko :P

    yb,
    mana ada pantun yg dia balas sebab tak anta,hahhahaha

    asleenda,
    usaha tangga kejayaan :P

    lilies,
    mujur tak salahkan maxis :P

    One,
    takut la dah tgh malam

    Pn.K,
    Org mengandung kena baca Quran :P

    iina,
    ambik line nanti mau aku guna tak hengat, tgk bil sampai ratus2 :P

    maksu,
    online pun buleh tapi taktau camner

    zyma,
    idea yg bagus :P

    zonaku,
    sadis sampai berkudis

    cklah,
    henpon cap ayam mana ada bunyi yg cangih :P

    kakpah,
    esok kat opis tido? mengamuk bos :P

    kaktie,
    sebulan tak sampai RM20,percaya tak?

    izan,
    tem betul2 nak guna selalu gitu :P

    ReplyDelete
  16. tukar lah ke postpaid..insya-allah masalah ini tidak akan berulang lagi..
    anda boleh bersms sehingga pagi atau sehingga dini hari..

    wassalam~

    ReplyDelete
  17. tragis sungguh kejadian yg berlaku kat ko ni. naper ko tak mtk dia topupkan tuk ko.hehe

    ReplyDelete
  18. sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu
    suruh maakan abang makan..
    suruh top up..abang tak mau..
    .
    pantun ini tidak ada kena mengena..saja nak memenuhkan komen..

    ReplyDelete
  19. ita,
    nak bayar bil yg sakit tu

    penyu,
    takut termakan budi nanti tergadai body,hahahahaha

    dr,
    memang takde mengena :P

    ReplyDelete
  20. salam,
    takpe...itu maknanya dia suruh tidur.hehe...

    ReplyDelete
  21. tak ada jodoh le tu.... hehehe...

    :P



    .

    ReplyDelete
  22. cikguzue,
    tido lambat tak baik utk kesihatan

    ReplyDelete
  23. tasek,
    err...jgn la masin mulutmu itu,hahahha

    ReplyDelete
  24. hahaha!
    sabar je lew!

    ReplyDelete
  25. :D ... pagi-pagi lagi saya terhibur! ... dan nyanyikan lagu itu perlahan-lahan ... terima kasih entri ini!

    Salam Juliet :)

    ReplyDelete