Monday, June 8, 2009

Beri dia ruang

Sehari sebelum hari itu.



"Sha nak mama ngan baba datang masa hari anugerah cemerlang tu".

"Mama pasti datang, tapi baba tak taulah dia free ke tak".

"Mama paksa la baba,Sha nak baba tengok Sha ambik hadiah".

"Nanti mama cakap ngan baba".



Selepas hari itu.



"Mama tipu Sha, mama cakap baba nak datang, mama tipu! Mama tipu!".

"Baba sibuk sayang, mama ngan adik ada tadi".

"Sha nak baba, Sha nak baba".

"Alisha, jangan macam ni,baba balik nanti kita tunjuk gambar Sha dapat hadiah ya".

"Sha nak baba,Sha nak baba.



"Bummmmmmmmm".



"Alishaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".



Dan Selepas hari itu.

Alisha,pelajar pintar,17tahun,terjun dari tingkat 10 kondominiumnya kerana terluka dengan sikap bapanya yang tidak pernah ambik tahu mengenai dirinya. 10tahun lalu,ibubapanya pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian disana. Nasib bapanya agak malang kerana baru beberapa bulan bekerja sebagai pengurus bank tapi telah diberhentikan kerana negara mengalami kegawatan. Semenjak itu bapa Alisha tidak pernah bekerja. Bukan tiada tawaran lain yang datang tapi bapanya terlalu memilih. Dan semenjak itu bapanya mengikuti kumpulan tabligh sehinggakan berminggu-minggu meninggalkan anak isteri dirumah.

Mujur ketika Alisha terjun malam itu ada tong sampah besar betul-betul dibawah balkoni kondonya dan dia tercampak masuk ke dalam tong sampah. Alisha dirujuk kepada seorang kaunselor dan dia tidak ingin meneruskan persekolahan buat masa ini kerana jiwanya tertekan. Sekarang Alisha berada disebuah sekolah pondok dibawah pengawasan seorang guru agama yang sangat dihormati di daerah Sabak Bernam dan alhamdulillah dia nampak ceria dan tenang disana.

Moga Sha tabah harungi hidup ini dan akan segera kembali ke pangkuan mama dan adik yang selalu merindui Sha. Dan moga Sha dapat maafkan baba.

22 comments:

  1. citer betul ke darling?


    kesian alisha yek. dia x mntk byk pun. nak baba dtg tgk dia masa aritu je. alahaiiii...~~

    ReplyDelete
  2. jaja,
    citer betul ni dan aku tak sangka Sha berani bertindak macam tu.

    ReplyDelete
  3. hhhhmmmmm... kalau kisah benar, ini x seteruk mana la....

    syukur dia x mati, or else?

    ReplyDelete
  4. Cite betul beb? Mintak2 aku ngan laki aku x buat anak2 kitorg camni..seriaula anak2 zmn skrg ni

    ReplyDelete
  5. haihhh.. kesiannya....

    harap2 dia ok, n tak wat lagik...

    dr dia tejun2 gitu, ko bawak dia pi bunjee jumpinglaaa.. leh terjun gak, n jerit2 lepas tensen...

    pastuh, duduk n bertafakurlah pada Dia, Dia kan Maha mendengar dan memahami.. :)

    ReplyDelete
  6. zonaku,
    kalo mati bunuh diri tak ke haru tu.

    lilies,
    jaga n sayangi anak anda,hehe

    konpius,
    remaja sekarang ni jiwa kacau tapi makpak pun kena beri perhatian gakkan.

    ReplyDelete
  7. TERINGAT arwah anak mustapa kamal.
    al-fatihah.

    kesian la eh. tapi time aku dulu kak, kalau aku ada amek hadiah pama aku tak datang, paling2 aku majuk laa, tuh pon sehari. x lama.

    anak2 sekarang sngt menakutkan. aku rasa punca dia internet la, kan?

    ini, buat aku fikir banyak kali untuk punya anak punya family. takut aku yg tak bleh diharap anak2 ;S

    ReplyDelete
  8. beraninya dia terjun!!
    boleh join aku sky diving ni..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    semoga mak pak dia pun insaf gak

    ReplyDelete
  9. alis,
    Zaman kita dan mereka sgt berbeza.
    Kena betul2 bersedia mental dan fizikal utk jadi makpak alaf sekarang.

    ReplyDelete
  10. kts,
    errr, ko sky diving atas tilam ke?kakakakakakakaka.

    ReplyDelete
  11. perkara mcm nie prnah berlaku & akan berlaku jika ibubapa tdk ambiltahu

    anak tu memendam perasaan sehingga tak mampu mengawlnya..

    ReplyDelete
  12. takutnya, perasaan anak susah nak dijaga, ek

    ReplyDelete
  13. aku dpt adiah dlu kan.. ma abah aku takde dtgpon.. ko tau la cekgu.. tp wpun dorg tak dtg, aku tau dorg proud... keh3...

    tuhlaaa.. zaman berubah kan... pendekatanpon kene berbeza... kataku dgn seyes skali.. amacam? ada cam kaunselor dak?? keh3

    ReplyDelete
  14. Salam...
    Salam....



    Ku ingin tumpang beraksi di gelanggang selalu-selalu..


    apakan daya...





    Line tumpang orang ni...


    curi-curi...


    Broadband ckLah hancur...anak bawa pergi kem...

    ReplyDelete
  15. kesian. tp aku xtau nk kesian kt sape. kat dia ke, kat mak dia ke, kat adik dia ke, atau kat baba dia??? apa2 pun aku mmg rasa kesian la...

    ReplyDelete
  16. kisah benar ek.. kesiannya.. tapi zaman skrg nie mmg ramai sangat yang ambil jalan mudah.. kdg2 fikir mungkin sebab byk pengaruh media.. yang menunjukan insiden penyelesaian.. tujuan dia buat begitu sebab nak tarik perhatian ayah dia.. pengajaran utk ibubapa untuk tidak mengambil mudah sesuatu perkara..

    hati dan perasaan manusia itu kompleks.. kdgkala kita anggap mudah tapi kdgkala kesannya amat besar

    ReplyDelete
  17. eh..kisah benar ke ni?
    betapa pentingnya kasih sayang kpd anak2 ye

    ReplyDelete
  18. baba tu nak kena babap sebab tak nak hiraukan anak bini.

    ReplyDelete
  19. Sayangi diri anda...anak2 anda...keluarga anda...dan org2 yang menyayangi diri anda...termasuk yg secret admire kt anda!

    ReplyDelete
  20. anak2 ni mau diri mereka dihargai mcm juga kita semua.

    Masa aku kerja makan gaji dulu aku terpaksa ambik cuti bila anak2 dpt hadiah di sekolah. Ni aku dah tak kerja makan gaji tak pulak mereka dpt hadiah huhuhu

    ReplyDelete
  21. kuina,
    kena prihatin walau kita rasa perkara itu kecil

    maksu,
    anak2 alaf baru.

    konpius,
    tem kita lain,ikut 100% ckp makpak.

    ckLah,
    buleh plak tumpang2 ye,kekeke

    kakngah,
    kesian utk famili yg kucar kacir gini

    OneZ,
    kalo buleh kita elakkan ya

    iina,
    anak2 skang terlalu terdedah dgn media, kalo perkara yg baik2 taknak ikut, yg buruk tu la yg suka ditiru.

    ita,
    jgn ingat bila anak dah besar dorang tak perlukan kasih sayang

    kakpah,
    sibuk berdakwah sampai lupa utk berdakwah kat famili sendiri

    DUN,
    yg pasal SA tu aku tak berani komen,kekeke

    Yb,
    tak lama lagi ada le tu yg dpt hadiah & suruh yb gi seklah,hehe.

    ReplyDelete