Friday, June 19, 2009

Wajahmu dimana-mana

"Telefon berbunyi RING,RING,RING"

"Kuangkat ku tanya siapa"


Lagu feveret masa tadika.



Pukul 11 lebih,malam, tetibe henfonku berbunyi. Aku tengok kat skrin, banyaknya nombor, dari negara mana.



"84906141780".



"Hello".



"Juliet, saya Viet, Vietnam, saya Viet".



Staff aku rupanya. Dia balik ke Vietnam minggu lepas setelah 3tahun bekerja disini. Dah cukup duit katanya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di Hanoi. 3tahun rasa sekejap saja. Dan dalam 3tahun tu banyak ilmu yang aku dapat dari dia.Ilmu penunduk,ilmu pengasih,hehe.

Memula dia masuk keje naik pitam aku mengajar cara nak buat keje, sampaikan aku terpaksa belajar cakap Vietnam sepatah dua untuk memudahkan komunikasi. Ingat lagi tongga ni kat sifu dia, sampaikan sanggup dia buang duit telefon aku dari jauh. Sebenarnya dia nak ucapkan terima kasih sebab aku uruskan segala permit,visa dan tiket dia balik. Budimu ku kenang.





Kualiti gambar amatlah dikesali,aku snap kat passpot dia. Namanya Dang Van Viet. Kalo buleh dia nak keje 24jam, nak cepat kumpul duit balik ke Vietnam. Sekali tengok gambar ni macam yang orang cina letak kat kubur plak,kekeke.


25 comments:

  1. ko berbudi dia berbahasa.....hihihi...


    bagus mamat ni...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. itulah org asing, kalu niat nak buat bisnes sendiri kat negara dia, sanggup kerja keras. kalau dia baik, kita 10kali baik layan dia ;)

    abang-la yg keje kutip bola golf dlm kolam kat mesia, tapi kat kampung dia laa pemilik tanah terbesar daerah... kaya eh..

    jiranku ada maid, dah tak mcm maid, mcm sedara, keje dah 12thn kat sini. ibu tunggal, anak sorg, kebetulan semua anak2 makcik nih keje baik, anak maid nih kalau raya, jadik billion-wan, duit raya je uncle 3 org nih bagi sorg rm1,000.

    1st time nmpak pic si viet nih, ku igt sama, cina mana laa plak yg ko kenal mati nih ;P

    p/s: al-fatihah buat dato' sharani tuh..

    ReplyDelete
  4. nama ko dan namanya ada persamaan aa. Juliet & Viet. mungkinkah ade bibit² cinta disitu. hahaha..

    ReplyDelete
  5. dia tu baru tau erti rindu la tu

    ReplyDelete
  6. Cinta sudah berputik iya...(kena baca gaya ala2 60an)...

    ReplyDelete
  7. wajahmu di mana2?

    aisehhhh...sah la ko dok rindu2an dgn dia ni kan?

    ReplyDelete
  8. sat sat nak nyanyi sat...

    "wajah mu dimana-mana
    sering ku temui...

    alamak...
    lupa lirik la...


    pekerja kontrk kat sini dr Myamar... keja kuat.. pagi smpai malam, nak kumpul duit balik negeri buat bisnes..

    orng kita.. termasuk saya... keja kuat gak.. petng nak balik tido.. wakaka..

    ReplyDelete
  9. lilies,
    org asing pun pandai menghargai

    alis,
    kalo kita baik org pun baik.dorang keje siang mlm,blk kg jadi org kaya.

    penyu,
    ko nak soh aku kena kejar ngan parang vietnam,kekeke.dia dah kawin.

    OneZ,
    dia rindu bebelan aku le tu,hehe

    yan,
    kalo aku baca gaya 90an tak buleh ka?

    jaja,
    kalo dia ada senang sikit aku nak suruh2,kekekeke

    ReplyDelete
  10. kuina,
    samalah kita,kekekeke. pantang dorang tanya ot mulalah buat muka garang.

    ReplyDelete
  11. ooo... dak juliet ni taukeh rupanya....

    :)

    ReplyDelete
  12. betul ler... cam gambo kt jirat... seram aku nok...

    ReplyDelete
  13. 'kualiti gambar amat dikesali'

    haha~

    apsal gmbr pasport kaler b/w...

    kerja2 seludup org pun boleh buat nih.
    hebat!

    ReplyDelete
  14. ingat pakwe ko tadik hehehehe.. alah2 muskil aku.. mula2 jadik sifu pastu jadik menantu mak ayah ko ;)

    ReplyDelete
  15. bukan ko ada hati dengan dia ker..
    aku agak2 jer

    ReplyDelete
  16. juliet...
    itu salah satu job saya...kat sini orang asing dok keja o.t...sebab diorang main duit kutu...tue yang bila hantar kg selonggok jadinya tue...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. kelakar lah~
    kem salam kat viet eh

    ReplyDelete
  19. dia rindu la tuh...

    staff hang?...baghu perasan tadi..(julietchun boss rupanyer..he he he)

    ReplyDelete
  20. Aku tgk cam ada ciri2 lelaki idaman yg ko slalu citer kat blog tu jer...

    ReplyDelete
  21. senang nak ingat, viet... vietnam... sahdunya.

    esok teringin melancung ke sana dah ada tempat nak tuju... hihi... yelar mana tau, kita bukan tau tempat org kan, sekurangnya rasa lar selamat sikit...

    kalau ada rasa nak pergi sok, jgn lupa ajak ye..

    ReplyDelete
  22. kakngah,
    keliwon bebeh,hehehe

    mugi,
    ko mcm penah buat je keje2 camtu,hehehe

    iina,
    tak sesuai yg ini,hehehe

    shimi,
    mmg ler aku ada hati, bkn dgn dia tapi dgn ...err,tak payah cakaplah,kekekek

    honeyB,
    sekali anta buleh buat banglo

    kakpah,
    oh tidak,tidak,tidak.

    ita,
    dia faham ke kalo aku ckp ko kim salam? err.....

    cikguoden,
    aku berangan je nak jadik bos :D

    DUN,
    tak baik ko fitnah aku,kakaka

    izan,
    makanan halal susah kat sana, takpe kita cmping & masak sendirik,hehe.

    ReplyDelete
  23. "Sekali tengok gambar ni macam yang orang cina letak kat kubur plak,kekeke."

    tau xpe cik kak

    ReplyDelete