Friday, June 26, 2009

Anda ikhlas kami juga ikhlas

Pegi bank untuk keluarkan sedikit duit. Depan pintu bank berdiri seorang gadis berusia dalam lingkungan 20an memegang beberapa keping kertas yang ada tertulis sesuatu. Di sisi gadis itu ada tabung yang agak besar juga.



"Sudilah untuk menyumbangkan kepada rumah anak yatim kami. Moga Allah merahmati anda". Itulah ayat yang diucapkan oleh si gadis kepada setiap orang yang lalu dihadapannya.

Selesai urusan dengan bank, aku pun keluar. "Assalamualaikum puan, sudilah memberi sedikit sumbangan". Aku renung muka si gadis. Tiba-tiba hati terusik melihat mukanya yang nampak kepenatan. Aku buka dompet lalu hulurkan beberapa keping wang kertas biru.

"Terima kasih puan, moga Allah murahkan rezeki puan dan merahmati puan". Aku senyum saja. "Ambillah ini tanda terima kasih kami". "Tak payah, saya ikhlas, lagipun berapa sangatlah nilainya tu." "Kami juga ikhlas puan, sudilah terima, sudilah puan". Tidak sampai hati untuk menolak pemberiannya. "Terima kasih". "Sama-sama puan".Terima kasih kerana sudi menerima pemberian kami". Aku dan dia bersalaman. Kalau lelaki buleh gak mintak nombor telefon,hehe.



Inilah yang aku dapat, sebuah buku yang mengandungi bermacam doa dan juga cerita-cerita para sahabat. Kalau beli mahal gak.

22 comments:

  1. ...terima kasih atas keikhlasan puan..he..he...



    ckLah pun hadapi situasi ini di depan bank Islam...tambah-tambah hari ni hari gaji.....tapi dia tak bagi bukulaaa...


    Dia bagi 'minyak balm'....

    Lepas tu pergi public bank....
    ....depan bank cina tak adalah pula... senario macam ni....


    .....Melayu ...er....wallahualam bis sawaaaab..

    ReplyDelete
  2. apa apa pon.. niat kita kan kak...


    :)

    ReplyDelete
  3. aku lebih suka andai x perlu bg balasan apa2 pd aku....

    sbb rs cam membeli pulak

    ReplyDelete
  4. aku derma kat masjid jer. tapi tak dapat buku aa.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,
    semoga ramai yang ikhlas seperti anda dan mereka.

    ....kak long memang selalu jumpa situasi ni depan bank...

    cuma bila lihat budak2 yg sepatutnya berada di sekolah atau di rumah untuk mengulangkaji pada waktu petang yang memberi salam dan memohon derma tu....tak sedap hatilah pulak.

    ReplyDelete
  6. puan juliet ehehe....alhamdulillah ko dah ringankan beban gadis tu....siankan berdiri lama...

    aku slalu jumpa kat cimb bank..

    ReplyDelete
  7. aku dulu pun dapat macam2 buku gak.. yelah camtu kot cara diorg.. yg penting ko ikhlas.. pas nie ikhlaskan diri ko belanje aku pulak ya

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang rasa ragu...

    sekarang ni bnyk org menggunakan agama meminta sedekah... juga menggunakan cara bersedekah dan mendapat buku (seolah satu proses pembelian tanpa paksaan)....

    yang diragukan ialah kandungan buku, sebab zaman sekarang ni macam2 perkara boleh berlaku untuk menyelewengkan aqidah...

    apapun niat bersedekah tetap mendapat manfaat..... (sekadar pendapat sahaja)

    ReplyDelete
  9. moga puan diberkati selalu!!!!

    ReplyDelete
  10. banyak pahala puan dapat.
    depan bank ni memang selalu diorang jadikan target. Kalau rasa ikhlas nak bagi tu, bagi je.

    ReplyDelete
  11. puan dah baca buku tu?..saja tanya. he he..

    ReplyDelete
  12. waaaaaaaaaaaaaa...... baguih laaa puan nih.. :)

    ReplyDelete
  13. Kalo ikut kepala aku plak, "nak derma, ada salurnya"...jangan plak org take advtg plak....

    Apa pun, as long Puan ikhlas, tak de masaalah..

    ReplyDelete
  14. Juliet...
    kadang2 kesian dengan budak2 nie...
    di sini kadang2 sampai 9.00 malam masih bekerja...atau barangkali mereka didera cara begini...

    ReplyDelete
  15. sy pun kena gini gak puan. semalam. dekat stesen minyak esso tepi federal hiway.

    ReplyDelete
  16. tangan yg memberi lebih dr tangan yg menerima..syabas juliet

    ReplyDelete
  17. Selalu gak jumpa yg mcm puan jumpa ni...esp dpn bank la...yg penting nawaitu...tak gitu puan?

    ReplyDelete
  18. moga segalanya yang kita lakukan adalah ikhlas

    ReplyDelete
  19. cklah,
    kat sini depan semua bank ada.

    alis,
    betul tu.

    zonaku,
    betul, tapi takut org fikir aku tak sudi pula.

    penyu,
    yg penting ada menyumbang.

    mawar,
    saya pun bkn beri sebarangan.

    lilies,
    sedap plak ko panggil gitu,ekekeke

    iina,
    setakat nak belanja eskrem asam boi mmg aku ikhlas,hehee

    izan,
    kat kaki lima bank tu penuh org yg minta derma, kita kena tgk gak.

    OneZ,
    amin, harapnya begitulah tuan...

    kakpah,
    kekadang nak masuk ke atm pun takut bila byk sgt mata memerhati.

    cikguoden,
    belum tuan,hehehee

    tasek,
    terima kasih.

    konpius,
    sesekali,hehee

    yan,
    biarlah mereka yg menanggung dosanya

    jaja,
    kat stesen myk? kalo tempat camtu aku tak layan gak.

    ita,
    amin

    honey,
    sebelum memberi tu kena selidk gak.

    DUN,
    agaknya bank adalah tempat yg sesuai ye.

    sakurasa,
    harapnya gitulah.

    ReplyDelete
  20. nape saya tak ske bg kt org2 cmni kalau jmpe kt luar ek?

    lg2 kalau mintak masa mkn...

    walopon kesian, tp cm takde napsu je nk bg apa2~

    ReplyDelete
  21. wah bestje dapat buku tu. nt nk pinjam eh kak juliet :P

    ReplyDelete