Thursday, June 27, 2013

Memandang Awan



Rumah yang saya beli hari tu tu saya sewakan.

Sebab rumah tu agak jauh dari tempat kerja saya.

Dan rumah mak ayah saya pun takde orang.

Lagi pun duit sewa tu bolehlah saya guna bayar ke bank.

Rumah saya di sewa oleh 6 orang gadis bujang.

Kot ada yang nak berkenalan dengan mereka nanti saya mintak nombor telefon :D

Hari tu saya jumpa dengan salah sorang ibu kepada gadis yang sewa rumah saya.

"Rumah ayah?" kata makcik cantik.

"Tak, rumah saya sendiri".

Makcik cantik pandang saya atas bawah.

"Muda-muda dah ada rumah, ada kereta, susahlah lelaki nak masuk meminang, dorang takut".

Gulp!!!

Saya senyum saja.

Jangan takut makcik cantik, saya takkan bagitau lelaki yang saya ada rumah kecik dan kereta buruk :D






Wednesday, June 26, 2013

Cermin Diri

Saya pegi ke bank.

Saya dapat nombor agak banyak, saya pun duduk diam2 di kerusi.

Tiba-tiba saya nampak makcik yang duduk depan saya bangun dan mengintai ke luar.

Dan tiba-tiba dia meluru ke kaunter.

Dan tiba-tiba makcik tu marah-marah dan berlari keluar.

Dan beberapa minit kemudian makcik tu masuk semula.

Dan makcik tu terus ke kaunter dan marah-marah lagi sambil menunjukkan sehelai kertas di tangan kepada petugas di kaunter.

Dan keadaan jadi agak kecoh bila makcik tu terus membebel dan bising-bising.

Dan saya lihat wajah petugas kaunter seperti sedang menahan marah.

Dan ceritanya, makcik tadi paking kereta tapi tak bayar kat mesin dan telah di saman.

Dan bila kena saman dia marahkan petugas kaunter yang katanya buat kerja sambil lewa dan suruh dia ikut nombor giliran.

Paking kereta tu 50sen saja, kenapalah kedekut sangat.

Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda, tapi tanyalah apa sumbangan anda pada negara.

Tuesday, June 25, 2013

Mahakarya Cinta


Semalam dia beri saya ini.

Hah! 

Saya beritahu dia adakah dia tersilap hadiah atau barangkali tersilap orang.

Dia senyum dan cakap saja bagi semangat pada saya. :D

Kalau nak makan nasi minyak jomlah saya belanja.

Tak perlu buat kejutan begini.

Rasa nak luruh jantung :D

Ni yang rasa nak nyanyi lagu tenda biru ni.

Ah! Lagu yang hepi la kan.

Kepada "dia", terima kasih kerana membuatkan saya selalu rasa sangat istimewa.

Dan kepada "dia" yang seorang lagi, masjid kat KL ni banyak, pilih saja nak yang dekat atau jauh :D




Friday, June 21, 2013

Keringat


Dia akan berniaga, esok sehari saja.

Saya harap dia tak kena saman sebab buat pembakaran terbuka. :D

Dan saya harap tangan dia cukup kuat untuk mengipas.

Dan saya juga harap dia akan dapat untung berlipat ganda :D


Tuesday, June 18, 2013

Jujur


Ini telefon yang saya gunakan sekarang.

Dah 6 tahun saya guna.

Dan saya masih sayang untuk tukar.

Sebenarnya bukan sayang sangat tapi saya tak berduit,kikikiki

Hari tu jumpa dengan kawan saya.

Dan saya pegang henpon di tangan.

Tiba-tiba anak kawan saya cakap " henpon auntie sama dengan henpon bibik".

Gulp!!!!

Kanak-kanak tak pandai menipu.

Dan saya sangat hargai pendapat dia.

Auntie tunggu orang letak iphone 5 atas dulang hantaran :P

Thursday, June 13, 2013

Latih Tubi



Dah seminggu Jim tak pakai diapers waktu siang.

Sebab dia yang tak nak.

Sebab dia meraung-raung cakap dia dah besar.

Sebab dia akan bukak diapers tu kalau kami pakaikan jugak.

Tapi malam kena pujuk dia pakai.

Dan nasib baik dia nak pakai.

Setiap 2-3 jam kami akan tanya dia nak pergi tandas atau tak.

Sampai Jim bosan setiap kali kami tanya.

Sampai dia jawab dia tau macam mana rasa nak buang air. :P

Jangan buat hal buang atas toto atau tilam sudah.

Tapi dalam seminggu ni memang Jim berjaya buang air di tempat yang betul.

Syabas nak.

Friday, June 7, 2013


Dia ajak saya lari.

Bukan saya taknak teman dia lari.

Pukul 7 dah kena ada kat Dataran Merdeka.

Hari cuti mana boleh bangun pagi-pagi :D

Lagipun sayang nak bakar kalori yang di kumpul bertahun-tahun :D

Saya harap dia mampu habiskan larian 7km tu.