Tuesday, September 9, 2014

Kebesaran

Dia isi borang cuti, 2 bulan dia mahu bercuti.

Kami cakap bos mesti tak bagi.

Dia cakap bos mesti akan bagi.

Kami pandang dia yang dari tadi asyik senyum sambil isi borang.

"Awak sakit ke?

Dia pandang kami lama, kemudian dia angguk.

Hah! Terus kami kerumun dia.

Dan pelbagai soalan kami ajukan sampai dia jerit....ok!ok! Saya cerita.

Minggu lepas dia rasa tak sedap badan, perut rasa tak selesa.

Suami bawak dia pergi klinik. Dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor marah-marah.

Rupanya dia dah mengandung 8 bulan, dan dia tak rasa apa-apa perubahan.

7 tahun dia dah berkahwin, dan tahun lepas dia dan suami sering berulak alik ke HKL.

Jumpa pakar sakit puan dan macam-macam pakar lagi, dan alhamdulillah, hujung bulan ini dia bakal menimang bayi perempuan.

Haaaahhhhhhhh!!!!!

Kami terlopong. Kami ternganga.

Ada yang pegang perut dia sebab tak percaya.

Adakah sebab dia berbadan besar maka dia taktau yang dia mengandung?

Atau adakah sebab dia tak pernah mengandung maka dia taktau dia mengandung?

Dia pun mulanya tak percaya.

Tak sabar nak tengok bayi dia yang sekarang jadi bualan hangat kat pejabat. :D


5 comments:

  1. Alhamdullilah..

    Tapi mmg pelik la dia tak rasa pergerakan baby dalam perut dia...hihihih

    ReplyDelete
  2. huh..kalau 8 minggu tak sedar, boleh gak terima..ni 8 bulan...emmm...kes ni 1 dalam 1000

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete