Thursday, February 7, 2013

Merah dan murah


Jim suka kacau masa abang-abang tengah buat kerja sekolah.

Kalau abang warna gambar dia pun sibuk nak warna juga.

Masa mewarna tu dia akan tekan kuat-kuat dan bila pensil mewarna tu patah dia akan tajamkan banyak kali.

Seminggu je pensil warna abang-abang dah pendek di kerjakan.

Semalam pergi Giant saya belikan dia pensil warna cap Giant.

Beli yang mahal pun nanti sekejap je dia rosakkan.




(Ejaan kat kotak pun salah :D)

Saya bagi pada Jim.

Dia ambik, renung-renung, tilik-tilik atas bawah depan belakang.

Dia campak dan cakap "Nak kotak kaler merahhhhhhh".

Saya pujuk cakap kotak kuning lagi cantik,lagi power.

Tapi dia tetap dengan dengan pendiriannya, "Nak kotak merahhhh".

Pling! Idea mari.

Saya cari kotak pensil warna yang lama yang warna merah, dan tukar saja dengan kotak kuning.

Ok, Jim senyum, saya lega.

Kalau yang ni rosak pun tak sayang sebab sekotak cuma RM3 :D



12 comments:

  1. Nasib baik Acik pandai.

    Berapa umur Jim tu?

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh!!
    tak baik tau acik akal2kan jim...

    ReplyDelete
  3. Jim bijak. Macam makciknya juga ;)

    Salam.

    ReplyDelete
  4. jangan cik. esk2 jim.dh beso dia akalkan acik dia plak.

    jim, gud job, nak.

    ReplyDelete
  5. iina,
    hahahha, budak kecik boleh la :D

    ReplyDelete
  6. kakngah,
    untuk kebaikan masa depan :D

    ReplyDelete
  7. rampai,
    terima kasih,terima kasih :D

    ReplyDelete
  8. alis,
    lambat lagi nak beso tuh,kikiki

    ReplyDelete