Wednesday, August 8, 2012

Bukan harum kemboja


Saya mandikan adik dia.

Saya pakaikan seluar baju untuk adik dia.

Saya sikat rambut dan pakaikan bedak untuk adik dia.

Ok, sekarang adik dia dah hensem dan wangi.

Dia yang sedang baring sambil tahan lapar puasa sambil tengok tv panggil adik.

Adik pun terkedek-kedek pergi dapatkan dia.

Dia cium pipi adik kiri kanan dan "wangiiinyaaaa adik, macam musang".

Hah! Saya pandang dia dengan muka berkerut.

"Kenapa cakap adik wangi macam musang? Tak baiklah".

"Ada malam tu abah suluh pokok mangga pastu abah cakap, "ni bau wangi ni macam musang".

Saya rasa macam nak bukak puasa masa tu je.:D



9 comments:

  1. musang pandan wangi perrr...

    ReplyDelete
  2. Abah deme suluh musang ke suluh angry bird?
    Eh.

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah hidu bau musang, so tak tau aa musang tu wangi atau tak.tapi aku rasa wangi kut sebab ada musang diberi nama musang pandan. pandan kan wangi..hehe

    ReplyDelete
  4. hahhahaa... wangi mcm musang.. cmtu kucing pun wangi jugalah

    ReplyDelete
  5. doc,
    yang bau macam daun pandan kan.

    zonaku,
    orang cakap musang pandan wangi

    ReplyDelete
  6. alis,
    psstttt... suluh amoi laaa

    ReplyDelete
  7. penyu,
    pegilah zoo dan cium musang tu,kekekeke

    ReplyDelete
  8. iina,
    kucing wangi tang mana? kikiki

    ReplyDelete