Wednesday, March 28, 2012

3


Hari ni genap 3 tahun umur Azeem.
Semalam umi dah beli hadiah, basikal merah.

Tapi Azeem agak pelat sikit berbanding abang-abangnya.

Semalam dia tarik tangan saya dan cakap " Jim nak culo, anyakkkkkkk".
Lama saya merenung kedalam matanya, cuba mentafsir apa yang dia maksudkan.

Namun hampa. Saya tak ketemui jawapannya.
Saya bawak dia masuk dalam rumah dan suruh tunjuk apa yang dia nak.

Tanpa segan silu dia menangis meraung-raung sambil menyebut, "Culo! Culo!".
Saya ambil beberapa biji kereta mainan dan beri pada dia.

Tanpa segan silu juga dia membaling kesemua kereta tersebut kearah saya sambil menyebut "Nak Culo!"

Selalunya Azeem akan berhenti menangis jika dapat susu.
Saya cepat-cepat berlari ke dapur dan membancuh susu untuk dia sebotol penuh.

Saya beri susu pada dia dan dia menyambutnya dan secara automatik tangisannya berhenti.
"Cikkkk, tak lo, Jim nak culo".

OOOOhhhhhhhhhhh!
Baru saya paham, rupanya dia nak susu yang diletakkan sedikit milo.


Nasib anak orang, kalau anak sendiri taulah saya macam mana nak mengajarnya :D

Malam ni kena tutup lampu sejam kan? 

10 comments:

  1. susu + milo = culo

    adeh.. memula aku ingat dia nak gula2...

    ReplyDelete
  2. istilah gabungan baru nie.. ;)
    psst.. nnti kita date bwk ferrari tuh ye ;)

    ReplyDelete
  3. kalau susu + horlicks?

    culiks? kehkehkehe

    eh, malam ni ke kena ttup lampu? bukan malam ahad nanti ke?

    ReplyDelete
  4. Aku nak kete merah belakang tu...hehe


    Weih, bukan 31 hb ke tutup lampu?

    ReplyDelete
  5. hahahaha...
    culo yer?
    memula aku tafsirkan gulo2..
    :)

    ReplyDelete
  6. la..aku ingatkan dia nak kuar main basikal..

    ReplyDelete
  7. gua dah tak nampak culo dah...gua nampak ferrari je! perghhh

    ReplyDelete
  8. Bila acik nak ada anak sendiri? Janganlah garang sangat dgn anak. Kesian budak tu nanti .... hehehe

    ReplyDelete
  9. Saya nak lo. Taknak culo. Juliet tolong buatkan boleh tak?

    ReplyDelete
  10. Aduiii, sian kat Juliet pening kepala dibuat Jim!

    Kalau anak sendiri, Juliet nak buat camnner? ;)

    Salam :)

    ReplyDelete