Thursday, November 26, 2009

Hak orang

Bukak peti sejuk kat opis tadi nampak buah pisang kaki ni dok bergolek-golek. Wah! bos aku dah tukar selera ke? Selalunya dia beli buah oren. Atau dimusim hujan ni tak sesuai kot makan buah oren sebab aku nampak dia selalu tergesa-gesa ke tandas.

Dah lama tak makan pisang kaki ni, kalau aku korbankan sebiji ke dalam perutku adakah bos tau?

Esok dah raya korban,malam ni mak mesti masak sedap2 untuk makan di pagi raya. Tahun ni makayah tak ambik bahagian dalam korban, dengar khabar harga lembu dan kambing mahal tahun ni yer. Kalau mampu tak salah untuk melakukan ibadat korban ye, setakat RM300++ saja.

Kepada saudara mara dan sahabat handai yang balik kampung, berhati2 ketika memandu dalam keadaan jalan raya yang licin.

Salam aidiladha.

19 comments:

  1. Semalam aku pergi Chow Kit banyak buah ni. kenapa ko tak cakap. Boleh aku belikan. Takpayahlah ko korbankan buah bos ko tu hehehe

    Ko sempat ke baca komen aku ni sebelum raya? hehehe

    ReplyDelete
  2. Fulamak aku firstlah kali ni.

    Ok jumpa ko malam ni masa takbir.

    ReplyDelete
  3. owh~
    centu ke rupe pisang kaki~


    yb, jom takbir~

    sronok...sronok~

    ReplyDelete
  4. bos oh bos, biarler kat bos..nanti kita beli pisang kaki, pisang tangan, pisang abu, pisang awak, pisang emas, pisang wolverine. oops!

    ReplyDelete
  5. ish xbaik korbankan pisang bos he...23x

    salam aidiladha

    out of topic--> peh mulut die xde insuran betul la.... mase bile bro ngis 4hari 4 malam nie ek

    bro dulu mase khatan siap tgk dokktor khatankan bro.. yg xtahn nurse leh ckp yg bro punye besar.. (ayat bodek bg bro xtakut kot)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. sy pun suka mkn pisang kaki ni, tapi mana kakinye ye, takde rupa pisang pun kan... salam aidil adha

    ReplyDelete
  7. Kalau ikut pantang larang keturunan aku.. aku memang takleh makan buah nie.. boleh muntah darah.. hahaha.. aku pun xingat bila last aku ada makan.. ada ke ek??

    Salam Aidiladha Juliet

    ReplyDelete
  8. aku musykil la, ko nak korbankan buah pisang ke kambing ni? hehe

    ReplyDelete
  9. pisang kaki...my favourite!!! wowwwiiiee...

    salam aidiladha, dear...
    nampaknya minat kepada buah seakan2 sama nieh:

    ReplyDelete
  10. alah..makan 1 biji..bukannya semua. dia kan kaya? boleh beli lagi...

    ReplyDelete
  11. Salam Aidil Adha, Juliet.

    Semoga ceria selalu ye di samping yg tersayang.

    ;)

    ReplyDelete
  12. julietchun,

    hissshhh... ambik sorok2 nanti kembung. ada ke nama lain pisang kaki tu.... ye lar tak nampak pun kakinya...

    ReplyDelete
  13. muahahaha... betul ke ko tak korban kan lagi pisang kaki bos ni??

    .
    .
    .


    errr... bukan ko dah mabik ke?? baik ngaku...

    muahahaha

    ReplyDelete
  14. ambik la....

    lepas tu ko ganti la dengan pisang tangan.

    ReplyDelete
  15. Uwaa.... beraya lagi ke ?

    Kak tie baru balik ni. Letih lagi gak!

    ReplyDelete
  16. dapat ke ko korbankan pisang kaki bos ko tu..kaki dia ko dapat nanti hehe..

    eh..bukan pisang kaki warna itam ke? kalau yg itulah..aku rasa mcm tak penah makanlah. Tapi nasib baik aku tak mengidam kalau tak payah jugak nak cari tu..hehe..

    ReplyDelete
  17. yb,
    buah ni bkn bermusim gak ke?
    psttt:baca komen lps raya lagi afdal,kekeke

    yb,
    saya dok dibelakang sekalik,hehehe.

    mugi,
    syahdu dgr takbir raya.

    jaja,
    ko keje gak ke? slm aidiladha.

    maksu,
    pisang wolverine? err...

    bro,
    blm korbankan lagi, masih berfikir,kekekeke

    kenari,
    sapalah yg bagi nama yer.

    iina,
    betul ke ko takleh makan? seram gak eh.

    penyu,
    dua2 buleh?hahaha

    sha,
    sedapkan :D

    juk,
    macam mencurik pulak kan,hahaha

    zyma,
    slm aidiladha buat zyma dan keluarga juga

    izan,
    ada nama saintifiknya, tapi tak ingat dah.

    kts,
    lain padang lain belalang,sekian.

    one,
    pisang tangan? errmmm....

    kaktie,
    cuti 3ari saja.penat tapi seronok yer kaktie.

    nrina,
    pisang kaki warna itam tu yg dah busuk,kakakkakakka.

    ReplyDelete
  18. maka terkorban kah pisang kaki itewwww?

    ReplyDelete