Thursday, March 12, 2009

BAJET 2009

Pemandangan dari arah depan rumah, besar dan cantik.
Pemandangan dari arah belakang, rumah kayu tu bahagian dapur kot.

Nak buat macammana, tengah buat rumah tetibe ekonomi gawat,bajet lari. Takpun pinjaman tak diluluskan,hehehe, tu yg jadi lagu tuh. Atau ni cara baru buat rumah.


Wednesday, March 11, 2009

Ikut saja

"Acik ni SENGAL betul". "Nenek ni BEDEBAH". "Ko ni BANGANG".

Anak buah aku baru 6 tahun tapi mulutnya sekarang bukan main lagi, dah pandai bercakap yg bukan2, nasib baik tak reti mencarut.

Bila aku tanya apa maksud SENGAL, dia geleng. BEDEBAH tu apa, dia geleng. BANGANG tu menatang apa, dia geleng jugak.

Abih tu aku tanya mana dia dapat semua perkataan tu, dia cakap dari cerita2 kat TV dan dengar bebudak besar lain cakap.

Famili aku takde yg cakap kasar macam ni. Cepat betul kekanak ikut kalau benda2 yg tak elok gini ya, sekali dengar je dorang dah bleh cakap walaupun tak faham apa maknanya, janji bunyinya sedap di dengar.

Tuesday, March 10, 2009

Mahal tu

Adik aku mengamuk sakan semalam sebab payung dia hilang. Mulanya aku buat taktau je, tapi bila aku dengar dia dok bising mengalahkan bunyi hujan , aku pun terpaksa masuk campur, kakak mithali katakan.

Aku : Apsal ko nak bising sangat? Beli je yg baru, bukannya mahal pun.
Adik : Orang syg ler payung tu, susah nak dapat tau, kena oder, taktau ada stok lagi ke tak.
Aku : Alah, payung AVON ler tu, berapa?, meh aku bayar, sepuluh hinggit pun nak kecoh.
Adik : Payung adik VANTAGE punya ler, empat puluh hinggit.
Aku : Berapa?
Adik : Empat puluh hinggit satu, di ulang, satu payung saja bersamaan empat puluh hinggit.
Aku : ???????? (mahalnya, aku punya free je, di taja oleh minyak hitam Castrol)hehehe.



Ni ler gambar payung dia, tapi yg ni kakak aku punya. Dorang siap tulis nama kat payung takut bertukar, aku punya tak payah susah2 tulis nama, takde yg teringin nak rembat pun.



Friday, March 6, 2009

Cederahati

Mari! Mari! Dekat! Dekat! Ini bukan KOPI ABANG KUAT atau pun JAMU SARI RAPAT, ini ubat sangat mujarab, kalo kena pisau atau paku karat.

Bos aku ni baru balik dari Thailand, kiranya pegi bercuti sambil melawat sedara mara dia kat sana. Tetibe semalam dia bagi ubat ni 3 peket kat aku.

BOS: Juliet, cenderahati untuk you.
Aku : Apa ni bos?
BOS : Ubat luka dari Thailand, bagus ni, kat Kl takleh dapat.
Aku : Bagi ler sutera Thai sepasang dua, tu baru namanya cenderahati, ni ubat luka 3peket bukan cenderahati, tapi CEDERAHATI,huhuhuhu.



Thursday, March 5, 2009

15

Tengok rancangan Bersamamu di TV3 semalam membuat mulut aku dan mak terlopong. Kisah sedih seorang ibu tunggal yg mempunyai 15 orang anak. Mereka hanya berlindung di sebuah pondok kecil di tepi kebun getah.

Mak pandang aku," anak dia 15 Juliet". Aku angguk. "Kenapa nak anak ramai2, memanglah anak tu anugerah Tuhan, tapi kalau sampai tak terjaga kebajikan mereka macammana?", mak mengomel sendirian.

Kesian anak2 Makcik Rosni, tak pernah dapat menikmati makanan yg cukup dan berkhasiat, seperiuk nasi dan 3 biji telur terpaksa berkongsi dengan 15 orang, cubalah bayangkan.

Dalam zaman sekarang ni anak 3-6 orang cukuplah, bergantung pada ekonomi keluarga, kalau rasa mampu takpe. Dengan pendapatannya sebagai penoreh getah, apa sangatlah yg mampu Makcik Rosni berikan pada anak2 yg sedang membesar dan memerlukan makanan dan pelajaran yg cukup untuk mengubah masa depan keluarga.


Makcik Rosni, ibu kepada 15 orang anak, yg sulung berusia 24thn dan yg bongsu berusia 2thn


Bekas suaminya, walaupun telah berpisah namun mereka bersama2 memerah tenaga untuk membesarkan anak2.

Salah seorang anak Makcik Rosni sedang merenung hari2 depan di tepi kebun getah yg juga menjadi tempat kediaman mereka sekeluarga.











Moga kediaman baru ini dapat mengubah masa depan Makcik Rosni sekeluarga.





Wednesday, March 4, 2009

Moga ada sinar menanti




Setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan masih belum di kurniakan zuriat,sepasang suami isteri ini mengambil keputusan pada awal tahun lepas untuk menjalani beberapa proses penyuburan untuk mendapatkan zuriat di sebuah hospital ternama di ibukota dengan kos RM12K++. Dan hasilnya, 3 bulan selepas proses itu si isteri telah di sahkan hamil. Namun tiada siapa yg dapat menolak semua ketentuanNYA, saat kandungan berusia 5 bulan si isteri mengalami pendarahan yg teruk sehingga doktor terpaksa menggugurkan kandungan untuk menyelamatkan nyawa si ibu.

Awal tahun ini sekali lagi mereka menjalani proses yg sama, dengan harapan yg sama iaitu mendapat cahayamata walaupun kosnya telah meningkat. Dan, alhamdulillah, si isteri telah di sahkan hamil beberapa minggu lepas dan kini sedang menjalani beberapa proses lain agar tidak berlaku kejadian yg sama seperti tahun lepas. Doakan agar mereka tabah dan sabar menempuh segala cubaan dan dugaan, dan moga doa mereka untuk memperolehi cahayamata dimakbulkan olehNYA.

Monday, March 2, 2009

Buat Kenangan


Depan rumah pengantin perempuan, 2 orang kawanku sedang menggayakan macam2 aksi untuk di rakam. Pengantin perempuan tu dorang kenal, tak kisahlah kan.
"Rombongan pengantin lelaki dah sampai", jerit seorang budak. Kecoh sebentar di rumah pengantin perempuan. Dan 2 orang kawanku ini turut berlari mengusung kamera menuju ke arah rombongan pengantin lelaki. Aku pun turut mengikuti mereka berdua.
Kawan 1 : "Masa kompang pun ko ambik gambar gak tau".
Kawan 2 : "Aku berdiri sebelah pengantin lelaki nanti ko snap elok2 skit".
Dan sibuklah mereka berdua bergambar bersama rombongan pengantin lelaki.
Aku : "Korang kenal ke pengantin lelaki tu?".
Kawan 1 & 2 : "Taklah".
Aku : "Abih beriya korang dok bergambar ngan rombongan lelaki tuh?".
Kawan 1 & 2 : "Bukan kena bayar pun".
Aku : ?????????