Friday, October 12, 2012

Separuh jiwaku pergi


"Pin! Pin! Dia dengar orang bunyikan hon depan rumah.

Terkocoh-kocoh dia berlari keluar.

"Ada bungkusan untuk adik", kata abang poslaju.

Dia rasa ingin melompat sampai ke bintang.

Dalam hati dia tertanya-tanya juga siapa yang menghantar bungkusan tepat pada hari jadinya itu.

Abang poslaju hulur pen, dia sambut dengan senyum paling manis di dunia.

Abang poslaju hulur bungkusan, dia tengok nama dan alamat dan....dunianya tiba-tiba gelap gelita.

"Ni alamat lorong depan sanalah bang, salah rumah ni", dia hulur semula pen dan bungkusan pada abang poslaju.

Abang poslaju tengok semula alamat yang tertera dan geleng kepala.

"Sori dik".

Dia berjalan masuk ke rumah dengan langkah yang longlai.

"Hahahahahhahaha", saya ketawa sungguh-sungguh dengar cerita dia.

8 comments:

  1. siku sikit abg posmen tu...

    :p


    .

    ReplyDelete
  2. Klu sy.. Esk sy jmpa abg posmen tuh.

    Amboi. Saja je kan.

    Err.. Tnya adik.. Stiker "aku msih solo" ada lagi x? Nk 3keping.

    Yerr... Aunty mmg tamak haloba.

    ReplyDelete
  3. kakngah,
    pengajaran paling berharga,kekekeke

    ReplyDelete
  4. iina,
    aku nak meroyan giler sebab tak dapat komen kat tempat ko, asyik cakap word tu aku salah taip. tolonggggggggg.

    ReplyDelete