Monday, September 30, 2013

Kasih sayang


Bawak kanak-kanak ke Kuala Selangor.

Dari Selayang kami lalu ikut LATAR, pegi balik tol RM12.00.

Senang je nak gembirakan kanak-kanak, rendam dorang dalam kolam lama-lama :D



Riuh kanak-kanak berebut nak patung harimau.

Mulanya kami tertanya-tanya jugak apa guna patung harimau banyak kat sini.

Rupanya untuk takutkan monyet yang banyak berkeliaran dan tak takut langsung dengan orang.



Menginap di De Palma, berdekatan Bukit Malawati.

Mulanya saya bayangkan hotel sebab namanya De Palma Hotel.

Tapi rupanya macam chalet.

Waktu pagi dan petang banyak monyet berkeliaran.

Monyet tak berani nak turun dari pokok sebab kanak-kanak saya langsung tak takut dengan monyet, monyet pulak yang takut dengan mereka :D



Malam bawak kanak-kanak tengok kelip-kelip kat Kg.Kuantan.

Satu sampan kena naik 4 orang dan bayarannya RM50.00.

Jim tanya, "uncle, takde boyer ke? Jim takut boyer".

Dan yang dewasa pun mula mengucap panjang :D

Suasana gelap dan kita tak dibenarkan ambik gambar guna flash sebab kelip-kelip takut kan cahaya, kata pengayuh sampan.

Dan kelip-kelip hanya duduk di pokok berembang.

Ingat nak naik ke Bukit Malawati, nak mengimbas kenangan lama, tapi tak sempat.

Masa begitu pantas berlalu, sekejap je dah kena berkemas untuk balik.

Takpe, dengan adanya LATAR ni perjalanan lebih dekat, boleh datang lagi lain kali.




Friday, September 27, 2013

Bayang-bayang

Saya pegi pasaraya.

Jumpa dengan makcik yang duduk setaman.

Makcik tu cuit saya dan bisik " hensem, boleh tahan manis".

Saya pandang makcik tu dengan muka yang sedikit blur.

Makcik tu bisik lagi, "tuuuuuuuuu, pakwe awakkan yang berdiri kat belakang awak".

Cepat-cepat saya pusing belakang.

Seorang lelaki yang tampan sedang berdiri di belakang saya dan jarak kami agak rapat.

Dan saya rasa nak ketawa kuat-kuat.

Kusssss semangat.

Saya bisik pada makcik, "suami orang tengah tunggu isteri dia kot".

Dan makcik pun tutup mulut tahan gelak.

Thursday, September 26, 2013

Putih putih melati

2-3 hari ni mata saya rasa gatal-gatal dan nampak sedikit merah.

Selalu lupa nak singgah farmasi atau klinik beli ubat mata.

Taktau gatal dan merah di sebabkan habuk atau air yang agak kotor kebelakangan ni.

Kualiti air di kawasan saya agak terjejas sekarang.

Sekejap warna oren sunquick, sekejap warna teh O nipis.

Semalam anak buah saya cakap saya menangis bila tengok mata saya yang sedikit merah.

Dah besar-besar ni menangis dalam hati sudah lah kan.

Boleh ke menangis dalam hati?

Saya tak boleh. Tak reti.

Kalau rasa nak menangis masuk dalam bilik dan kunci pintu :D

Ada masanya kita perlu menangis kan.




Wednesday, September 25, 2013

Angin Monsun


Baru siap satu projek besar.

Baru dapat bernafas dengan selesa.

Baru dapat mengadap pc sambil nyanyi lagu kegemaran.

Baru dapat berjalan ke rumah kawna-kawan.


SUNGGUH AKU SUNGGUH RINDU KAMU.

Friday, August 30, 2013

Merak Kayangan


Doa-doakanlah, mana tau ada rezeki untuk saya jadi permaisuri :P

Saya takkan lupakan awak semua yang selalu komen di blog saya :P





Thursday, August 29, 2013

Pendapatan sampingan

Nak basuh baju .......

Seluk yang warna coklat, dapat 10 ringgit, masih dalam sampul lagi.

Seluk yang warna hitam, dapat 5-6 ringgit, ada dalam sampul dan ada yang sampul dah koyak.

Seluk warna kelabu, jumpa 7-8 ringgit, ada warna biru dan juga hijau.

Raya ada lebih kurang seminggu lagi kan, harap-harap sempat kumpul 4-50 ringgit  :P

Dapat buat bayar upah baju raya haji sepasang pun ok juga :P




Wednesday, August 28, 2013

Tangan yang memberi


"Dah sebulan dalam boot kereta, asyik lupa je nak bagi, sibuk sangat urus malis-majlis rasmi".

Saya terima alasan dia.

Walau ada rasa berbuku di hati.

Alasan yang sama setiap masa.

Tak berani nak tengok isi dalamnya, entah dah jadi serbuk ke atau tinggal bekas kosong saja.