Friday, August 28, 2009

Ya...Ya....Ya....Penatlah

Dia tengok si adik minum milo, dia cari nenek, "nanti abang nak berbuka dengan air milo ya nek". "Ya,nanti nenek buat". Dia tengok si adik makan keropok, dia cari nenek, "nanti kalau nenek pegi kedai belikan abang keropok sama macam adik ye, nak makan lepas berbuka. "Ya, nanti nenek beli".

Dia tengok si adik makan epal, dia cari nenek,"nanti nenek kupas epal untuk abang ye, nak makan masa malam tengok tv". "Ya, nanti nenek buat". Dia tengok si adik makan roti ngan planta, dia cari nenek, "nenek buat roti macam adik makan ye,abang nak makan lepas makan nasi". "Ya,dahlah, pegi tengok tv, nenek penat ni".


Baru 6 hari puasa macam-macam yang dia mintak, maklumlah selalu pagi-pagi hari biasa sarapan dengan nasi lemak ayam, tak pun roti telur, paling tidak kuih 3ketul. Semua yang si adik makan dia nampak sedap. Tapi alhamdulillah, dia masih mampu bertahan untuk terus berpuasa sampai ke hari ini walaupun kami tak menjanjikan apa-apa habuan, dah besar kenalah latih berpuasakan.



Abang bersama Fizz Fairuz. Dia bercita2 nak jadi macam Ustaz Aidil dalam NurKasih.




Abang bersama Nabil. Dia juga nak cepat kaya macam pelakon ini.
Cutekan anak buah aku macam aciknya jugak,hahahahhahahahahahaha.


Thursday, August 27, 2009

Tak tercapai akalku

"Kalo nak ikut abah pegi surau cepat mandi pastu ambik wudhuk,pakai baju bersih"

"Ok"

20 minit kemudian.

"Abah!abah! tolong ambikkan korsi untuk adik".

"Nak buat apa?"

"Nak ambik wudhuk, tinggi sangat adik tak sampai".

"Errr.....Errrr".

Dan wudhuk yang dia maksudkan adalah songkok.

Wednesday, August 26, 2009

Bagai menanti...ahhhhh..

"Hi,good moling".



"Banyak lambat mari,saya punya kerja banyak sudah sangkut".



"Manyak soli nyuliet, ada sikit ploblem tak muleh mali"



"Ini ari mesti bikin siap tau, kalo tidak saya cari lain orang".


"Musti,musti, I tau U mau main itu blog,mau chatting sama lengchai,kekekeke".


"Hehehehe,syyyhhhh, diam2 ar, nanti saya kasi biskut raya mama carie,hehehhe".














Friday, August 21, 2009

Hitam dan Kelam

"Ini sudah kena H1N1 la".
"Ye ke? Buleh baik?"
"Buleh, lambat sikit la. Lain minggu saya mali bikin, cali balang dulu".
"Isk...iskkkk....iskkkkkk".
Susahnya nak jadi blogger tegar,iskk....iskkkk.
Selamat berpuasa.











Wednesday, August 19, 2009

Keringat



"Apsal dok melompat tengah hari buta ni?"

"Exercise, nak suruh berpeluh".

"Bukan susah nak berpeluh, ko pegi berdiri tengah panas dalam 5 minit berpeluh ler, takyah nak melompat-lompat".

"Errr...Errr...."

Tuesday, August 18, 2009

Duda desperado

"Jom kita gi tangkap gambar kat studio".

"Tangkap gambar apa?"

"Gambar kawinlah".

"Gila apa!".

Aku bantai gelak bila kawan cerita ada staff lelaki baru masuk kat tempat keje dia ajak dia bergambar kat studio. Baru kenal 2-3 hari saja dah berani macam tu. Dan bila kawan aku risik-risik rupanya sidia ini seorang duda. Kawan cakap nama duda ni pun dia taktau,hanya berencik saja. Sungguh gentleman,hahaha.

Monday, August 17, 2009

Serba salah



"Acik nak pegi mana?".

"Giant".

"Nak kirim boleh?".

"Kirim apa?".

"Tolong belikan boxer utk abang".

"Errrr,errrrr........"

Wednesday, August 12, 2009

Sembunyi

"Tretttt", bunyi sms masuk.

"What is difference between blood & U? Blood enters the heart
& flows out immediately but U enter MYHEART & stay there
forever as a wonderful person. MISS U JULIET".

Taktau dari sapa. Nombor yang tak dikenali. Aku pun saja memain balas.

"Miss u too".

Tak lama kemudian "Trettttttt", sms lagi.

"Kehidupan ini seumpama bunga, maka madu adalah penawarnya.
Oleh itu carilah cintamu. Rindu kamu".

Nombor sama. Sapa pulak pagi2 hari ni jiwang benar. Dan aku balas lagi.

"Rindu kamu juga".

Dan terus menerus sms yang berbaur jiwang masuk. Tak buleh jadi ni, aku tanya pengirim sms tu siapa dia dan adakah aku kenal dia tapi dia diam pulak. Aku pun bagilah sebijik dua kat pengirim tu, dan ayat aku bukan jiwang tapi berbaur ancaman,hehehe. Geram diganggu.

"Kringgg,kringggg,kringgggg",telefon bimbitku berdering. Tengok nombor, alamak, nombor pengirim sms tadilah. Hati berdebar tapi nak tau jugak siapa orangnya.

"Hello".

"Juliet, ni Kak Zi, sampai hati ko kata akak macam2".

"Err,Kak Zi ke yang hantar sms berbunga2 tu?"

"Ya lah, tu nombor baru akak.Nak manja2 dengan adik ipar pun tak buleh".

"Errr,lenkali cakap terus terang, tak pasal2 dah kena,heheeheh".

Tetiba rasa rindu dengan kakak ipar aku ni, dah hampir sepurnama tak jumpa,duduk jauh dan masing2 sibuk dengan urusan sendiri.

Monday, August 10, 2009

Panjang pendek

Situasi 1

"Nak pegi mana tu?"

"Kedai"

"Tolong beli bla,bla,bla,bla".

"Tu je? Ok,nanti orang beli".


Situasi 2

"Mak! mak! Kacang panjang takde, orang beli kacang pendek".

"Kacang pendek????"

"Ni hah".

"Ni kacang buncis lerrrrr".

"Errrrr".

Friday, August 7, 2009

Manual dulu

"Srttttttttttttttttt", nasib baik sempat brek, kalau tidak mau pecah lampu depan.

A : Saya yang patutnya jalan dulu, kenapa pulak tetiba awak yang jalan, terang2 salah awak.

B: Memang awak yang patut jalan dulu tapi saya tak biasa kat simpang ni, apa salahnya bagi
saya jalan dulu.

A: Tak kiralah awak biasa ke tidak dengan jalan ni, yang penting saya yang patut jalan,
mana buleh awak main sondol keluar je. Bahaya cara awak memandu.

B : Ok,ok, saya mengaku salah, tapi kalau kat simpang gini bagilah saya jalan dulu lain kali.

A : Kenapa pulak?

B : Sebab kereta saya manual, ingat senang ke nak tukar gear.

A : Errrrrrr.

Thursday, August 6, 2009

Kerja senang

Pagi tadi aku pegi ke Jabatan A (Jabatan Kerajaan) untuk satu urusan. Bila tunjuk dokumen, aku diarahkan ke tingkat 10.

Situasi tingkat 10.

Staff lelaki seronok berborak, ada yang menyanyi-nyanyi,ada yang sedang berbalas sms sambil tersenyum-senyum.

Staff wanita pula sedang sibuk meneliti jahitan manik pada baju dan memberi komen sambil bergelak ketawa.

Aku tengok angka yang tertulis di pintu, 10. Betulkah pejabat? Aku merapati mereka, menunjukkan dokumen, dan dengan sambil lewa mereka suruh aku ke tingkat 11, kerana pegawai yang bertugas kini sedang berkursus.

Aku ke tingkat 11. Situasinya lebih kurang sama dengan tingkat 10. Staff lelaki sibuk bercakap pung,pang,pung,pang. Staff wanitanya pula sibuk bercerita persiapan puasa dan raya. Aku merapati mereka, tunjuk dokumen,dengan sambil lewa mereka mengatakan tiada pegawai pada hari itu kerana pegawai pergi KMK (kawalan mutu kerja) di Putrajaya. Mereka suruh aku pergi ke bandar A jika mahu urusan itu selesai pada hari ini juga.

Aku tengok jam, dah melangkaui angka 10, maksudnya waktu bekerja sudah lama bermula tapi kenapa aku tengok mereka semua masih relax2, , macam tunggu nak punch card balik je. 2-3orang bangsa asing yang sama berurusan dengan aku menunjukkan muka terkejut dengan layanan yang diterima. Aku dah beberapa kali berurusan di sini, caranya masih sama, sambil lewa dan tidak menghormati tetamu. Bila agaknya nak berubah?

Tuesday, August 4, 2009

Sedih atau gembira

Entah apa aku mimpi malam tadi agaknya boleh pulak hari ni pagi2 aku bangun buat sarapan untuk diri sendiri. Buat sarapan yang ringkas, air teh dan roti telur. Tapi masa dok membakar roti telur tu mata asyik ke arah jam saja, takut terlambat, maklumlah selalunya mak yang sediakan semua. Aku cuma duduk makan saja :D


Roti telur sedikit hangus kerana api gas yang besar digunakan, nak cepat. Sedap jugak aku makan roti telur ni, rasa macam sandwich tuna pulak,hehehehehe. Bukan senang nak bangun pagi2 sediakan sarapan,esok aku tak mau buat lagi dah, habis berkecah dapur mak aku kejekan. Aku tabik hormat kat kaum ibu yang boleh goreng nasi, goreng mihun di pagi hari dalam sibuk dok siapkan anak2 ke sekolah lagi tu, nak pegi keje pulak, memang kalian hebat.

Monday, August 3, 2009

Tua Dan Muda

"Kalau anda tidak memerlukannya hari ini, esok lusa mungkin anda perlukannya. Diproses mengikut amalam pengilangan Islam atau IMP iaitu piawaian yang bertaraf "halalan toyyiba". "Cuba satu anda baru tahu. Yang umur 55 bertukar jadi 25".

Aku tengok ramai orang dok kerumun terutama orang tua. Aku pun mencelah sama nak tengok apa sebenarnya. Oh! Krim uban, katanya yang pertama di Malaysia. Mengikut kata jurujual tu kalau pakai krim ni rambut putih boleh bertukar jadi hitam dan rambut pun jadi bertambah lebat. Sesapa nak cuba boleh cari nama syarikat ni :

89 Network Sdn Bhd
No.89, Jalan tun Dr.Awang,Relau,Pulau Pinang.
Hotline : 019-366378

Orang muda pun banyak yang dah tumbuh uban sekarang, mungkin terlalu banyak berfikir,hehe.