Wednesday, May 26, 2010

Mari Kita Ke Ladang,..heyyyyy...

Epal merah pasar malam, RM5, 7bijik

Biskut Jacobs.

Air minuman SeaMaster

Air teh dan nasi goreng daging

Ni sarapan pagi yang mak sediakan untuk aku. Rasa macam bekalan untuk pegi kerja kat ladang kelapa sawit pulak. Eh! Ladang kelapa sawit ramai lelaki Lombokkan? Tukarlah, ladang getah.

Terima kasih mak dengan ucapan selamat hari ibu :P

Kalau cakap depan mak mesti dia balas balik, "Ermmmm,hari2 pun hari ibu".

Tuesday, May 25, 2010

Kalau takut di lambung ombak

"Kat sini ada binatang liar tak?"
"Dah hampir setahun kami beroperasi, belum pernah jumpa lagi".

"Dalam kolam ada jaws tak?"
"Errr......".

Pemandangan yang indah, udara yang segar, kicauan burung , air terjun, pokok-pokok yang menghijau, sungguh menyenangkan di sini.

Kalau ada yang ingin membawa keluarga berkelah di air terjun, datanglah ke mari. Anda boleh menggunakan segala kemudahan yang di sediakan di sini, surau, bilik air, tempat bbq, dan anda hanya akan dikenakan bayaran RM15 sekeluarga tak kira berapa ramai.Kalau ingin bermalam juga ada kemudahan chalet dan juga dorm.

Oh! Lupa nak bagitau lokasinya. Tempat ini di namakan Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Ya, Ulu Yam tempat korang selalu pegi berkelah tu.Kalau di Ulu Yam kita harus berebut untuk mencari tempat duduk dan tempat menyalin pakaian, di sini takde orang dan bilik air yang di sediakan bersih dan banyak pulak tu. 

Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan motivasi.
YB, boleh la bawak staff camping.
Kakpah, boleh bawak pelajar2 tadika menikmati keindahan alam.



Banner tu mengalu-alukan kedatangan atlet Sukan Komanwel dan Sukan Asia, harapnya adalah pingat yang dibawa balik

Surau.

Sesapa yang teringin berenang-renang di tepian dalam kolam ni boleh saja.

Tengok tu, punyalah ramai yang berenang di tepian :P

Tapak perkhemahan, ada 3 tapak. Boleh pilih ikut kesesuaian aktiviti.

Kot ada yang tak suka berkhemah, boleh pilih villa air. Dijamin dalam kolam tu takde buaya ok, jangan takut. : P Kalau nak jimat kos, boleh menginap di dorm, ada dorm yang boleh memuatkan 16orang untuk satu dorm dan ada dorm yang boleh memuatkan seramai 40orang untuk satu dorm.

Nak berakit-rakit ke hulu pun boleh. Tapi rakit tayar la, mencabar ni.Kat KL bukan senang jumpa rakit, kenu atau sampan banyaklah. Jadi, apa tunggu lagi, tunjukkan skil korang yang tersimpan selama ni.Tak pandai berenang? Jangan takut, jaket keselamatan ada.

Satu-satunya gerai burger . Kalau nak berkhemah atau mengadakan kem motivasi korang boleh ambik pakej, makanan dan pengginapan, tak payah susah-susah nak pikir.

Musim panas berendam dalam air terjun sangat syok. Kalau korang nak mandi kat air terjun, takde jaket keselamatan ok :P Pandai-pandailah jaga diri, tapi air terjun ni tak dalam. Cuma batunya agak licin.

Cik Wan, salah seorang penyelia di sini, errmmm,alahai, tabahlah hati :P

Nur Laman Bestari ada di 3 lokasi, Ulu Yam, Lembah Pangsun dan juga Sepang. Pilihlah lokasi yang berdekatan dengan korang. Sesekali bawa keluarga ataupun kawan-kawan beriadah menikmati alam semulajadi pastinya mengujakan. Dan jangan lupa bawa kamera sebab aku tau korang semua sangat fotogenik :P

Friday, May 21, 2010

Kalau takut jangan tutup mata


"Cuba teka apa ni?"
"Alaaaaa, pinggan koyak".

"Bukan. Teka lagi".
"Pinggan kena gunting".

"Bukan, tengok bebetul".
"Betullah pinggan kena gunting tu" ( key suara dah sedikit tinggi)

"Tu ikan JAWS. Tak nampak ke mulut dia ternganga nak gigit acik. Aummmm... makan acik. Takut tak?"

"Yaaaaaa, takuuuuttt", sambil geleng-geleng kepala dan urut2 dada.

Wednesday, May 19, 2010

Lena di Ulit....

Semalam pukul 2 pagi bangun minum ubat batuk.
Pagi tadi kepala rasa sangat weng, mata bukak 5mm saja

Masa sarapan kat ofis tadi dah pasang niat nak tidur sekejap sebelum bos masuk.

Bos masuk awal pulak. Dia bos, ikut suka hati dialah.

"Juliet,kita ada appointment kat PJ,sekarang ya".

Tak suka,tak suka. Dahlah pakai baju buruk hari ni,mekap pun tak,minyak wangi pun tak sempat spray tadi.
Tak boleh ke cakap siang-siang, bos ingat dalam beg aku tu ada lipstik ke, ada bedak ke, takde,takde.

"Bila bos buat appointment kat PJ tu?"
"Tak payah buat appoinment, kita terjah saja".

"Kalau dia takde?"
"Dia mesti ada".

Sampai di PJ orang yang nak ditemui takde di pejabat.
BOS = Betul Otak Sengal :P


Sebab bos dah buat aku marah, aku pow limau dia dalam peti ais 2bijik. Harap dia tak kira. :P


Nasib baik aku tak angkut fail2 banyak ni pegi ke PJ tadi, kalau tidak aku pow limau dia 4 bijik lagik :P
Bos ni asyik simpan limau je, sekali sekala tukarlah selera pada stoberi Korea ke, anggur USA ke, apple Washington pun sedap gak.

Tuesday, May 18, 2010

Tempur

"Cantik, iya, iya,ok,ok,, bagusssss".

Bukan main riuh mulut dia.

Tapi, tiba-tiba dia senyap dan seperti sedang bertafakur.

"Kenapa ko senyap nih?"

"Jangan kacau, aku tengah berdoa".

"Ko doa apa?"

"Aku doa biar Chen Jin kalahkan Simon".

"Kenapa?"

" Aku dah lapar, kalau Simon menang kita kena tunggu perlawanan seterusnya, entah pukul berapa nak habis".

"Errr...".





Mujur ada air mineral untuk alas perut. SPRITZER, air mineral rasmi untuk Piala Thomas :P

Monday, May 17, 2010

Bukan dari Jakarta dan tak mahu ke Lombok

" Seperti pernah lihat. Kamu dari Jakarta?"
"Tidak. Dari KL"
"Belajar disini ya?"
"Tidak, saya orang MALAYSIA. Proud to be MALAYSIAN" :P






Walaupun Malaysia tak bermain semalam tapi kerana semangat kesukanan yang meluap-luap aku gagahkan kaki bersesak di Bukit Jalil bersama penyokong Indonesia dan China.



Salah seorang penyokong Indonesia yang fanatik. "Mas, kamu kalo tersenyum manis sekali".

Tahniah kepada pasukan China, mereka memang layak untuk membawa pulang Piala Thomas. Bila tengok jersi mereka yang kuning tu teringat iklan DIGI. Naisb baik dorang kurus.

Rasa nak jerit kuat2 nampak pemain Jepun, Tago Kenichi lalu tepi aku semalam, kiutnya budak tu.

Kepada pasukan Malaysia, USAHA LAGI.

Friday, May 14, 2010

Esok kita rindu-rinduan


Dia dah bising-bising pagi tadi. Dia cakap tak nampak langsung muka aku kat situ.
Hari ni dia siap hantar kereta,  terpaksa pergi jugalah.

"Demi cintaku padamu, kemana pun kau kan kubawa"
"Kehujung dunia ke bintang kejora"



Jom kita penuhkan Stadium Putra hari ni.
"Abang Zahan, jomlah kita sorak sama2 :P
"YB, ingat nak ajak sekali, tapi pas tu untuk 2orang je" :P

Thursday, May 13, 2010

Orang biasa


Ini kad yang perlu aku bawa setiap kali pegi ke salun untuk buat facial.
Bulan ni sangat senang hati kerana aku dapat facial free.
Setiap kali pegi mereka akan cop gambar seekor rama2, tengok kotak akhir tu tulis free, yahuuuuu.
Kamu ada?


Ini kad yang perlu aku bawa jika hendak membuat kiriman wang keluar negara.
Dulu aku kena beratur untuk mengisi borang dan kena ambik nombor giliran. Sekarang tunjuk saja kad aku akan dilayan dengan senyuman.
Kamu ada?


Ini kad yang perlu aku bawa jika berbelanja di Hari-Hari. Seronok, dapat mata ganjaran dengan mudah.
Kamu ada?




Ini beg yang perlu aku bawa untuk ke Stadium Putra tengok badminton. Terima kasih Kanda :P
Kamu ada?


Kad Kredit? Kad Kredit?
Waaaa,waaaaa,aku takde,aku takde  :C
Kecik hati.







Wednesday, May 12, 2010

Ikut Hati..Mati





" Sapa letak tanah liat dalam peti sejuk nenek?".

"Adik".

"Kenapa letak dalam peti sejuk?"

"Kesian dia panas".

"Nasib baik tak makan, ingatkan talam keladi".

Wednesday, May 5, 2010

Malu?....

Dia depan aku.
Lampu isyarat merah.

Bukan main lagi dia tekan minyak, mentang-mentang
kereta baru, ekzos pulak besar batang kelapa.

"Vrooommmmm...Vrooommmmm".
Vrooommmmm..Vroooommm".

Saja nak bagi aku mendidih, ya, aku tau kereta aku buruk.
Ya ,aku tau ekzos aku kecik.

Lampu bertukar hijau.
Berdesup dia pergi, betul-betul macam kilat.

Tiba-tiba kat depan,tak jauh dari lampu isyarat tadi aku tengok dia terbongkok-bongkok kutip ekzos
yang sebesar batang kelapa.

Aku tak hon, aku tak gelakkan dia, aku cuma bukak tingkap
dan bagi "ciuman terbang".

Agak-agak malam ni dia mimpikan aku tak? Hahahahahahha.










Tuesday, May 4, 2010

Kecewa? Carilah bahagia.

Ayah mengadu sesuatu pada KakLong.
KakLong yang memang garang sudah mula bising-bising.

Semua orang dalam rumah geleng-geleng bila KakLong tanya.

Petua untuk mengelakkan diri jadi salah sorang saspek ialah bila lalu depan
ayah dan KakLong kena kerut kening dan merungut2 sikit,
dan lagi afdal kalau kepit fail besar, konon macam banyak keje
yang nak dibuat dan tak selesai lagi.


"Ko tau Juliet, ayah topup semalam RM30, tapi dia tengok harini tinggal RM15,
jahat betul Maxis tu,kata KakLong.

"Ya, Maxis memang jahat" :P

Walau apa yang terjadi, hidup harus di teruskan :P